Bagaimana Untuk Berjaya, Bahagia dan Kaya Tanpa Berusaha dan Bekerja ?

Adakah Siti Nurhaliza Bekerja atau Berkarya ?

Sebagai manusia, tentu kita semua mengejar kejayaan. Sebagai usahawan pula, tentu kejayaan yang ingin dicapai adalah bebas dari belenggu kemiskinan dan ingin menjadi kaya raya.

Jika ditanya dengan lebih mendalam, apa sebenarnya yang ingin kita lakukan apabila mencapai kejayaan. Ramai yang akan tersentak dan tidak tahu menjawab apa. Yang biasa kita dengar.

“Aku ingin duduk relax di rumah”

Ini memang sesuatu yang kita inginkan. Namun apabila anda mencapai tahap ini nanti. Mungkin seminggu anda boleh duduk sebegini. Selepas itu anda akan merasa bosan dengan keadaan ini.

Kita manusia perlukan cabaran dan perlu berkembang untuk merasa satu perasaan puas. Jadi kejayaan sebenarnya bukanlah duduk relax di rumah, tetapi melakukan sesuatu yang kita suka dan merasa puas melakukannya.

Sesuatu ini boleh jadi menyelesaikan masalah, menghadapi cabaran, berusaha keras untuk mencapai sesuatu objektif atau membangunkan sesuatu.

Jadi jika anda sedang melakukan sesuatu yang anda suka. Anda sudah berjaya.

Anda sebenarnya bukan bekerja. Anda sedang berkarya (Dalam bahasa Indonesia, bekerja di sana memang dipanggil berkarya)

Berkarya adalah melakukan sesuatu yang kita suka. Tidakkah saya sudah cakap tadi bahawa berjaya bermaksud anda melakukan apa yang anda suka. Anda juga tidak akan penat berkarya. Mana mungkin anda penat melakukan sesuatu yang anda suka. Anda semakin bahagia melakukannya. Segala penat dan lelah adalah bukti kepuasan anda.

Manakala bekerja pula adalah melakukan sesuatu aktiviti dengan wang sebagai ganjarannya. Ini bekerja. Sudah tentu besar bezanya dengan berkarya.

Kita boleh lihat disekeliling kita, ramai orang bekerja namun segelintir daripada mereka ini berkarya. Mereka yang berkarya kelihatan sangat berjaya. Kerana mereka tidak perlu berusaha, mereka berkarya dan mencapai apa saja yang mereka mahukan dalam hidup ini.

Contoh mereka yang berkarya adalah seperti berikut

Tun Mahathir Berkarya

1. Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir tidak bekerja sebagai seorang ahli politik. Beliau sebenarnya berkarya. Segala yang beliau buat, beliau tidak merasa penat dan lelah melakukannya. Tidak ada erti bersara dalam hidup beliau. Baginya politik adalah minat dan berkecimpung dalamnya tidak ada akhir. Selagi nyawa dikandung badan.

Siti Nurhaliza Berkarya

2. Siti Nurhaliza

Ramai artis di Malaysia bekerja sebagai artis. Apabila jualan album mereka kurang, mereka terpaksa mengubah memakai pakaian yang lebih seksi, terpaksa menimbulkan kontroversi dan masalah utuk menarik perhatian. Mereka berusaha keras.

Tetapi ini tidak berlaku dengan Siti Nurhaliza. Pakaian beliau biasa, tidak ada masalah sosial, tidak ada kontroversi. Namun pendapatannya jauh meninggalkan semua artis lain. Ini adalah kerana Siti Nurhaliza berkarya dan bukan bekerja.

Safee Sali Juga Berkarya dan Tidak Bekerja

3. Safee Sali

Safee Sali seorang pemain bolasepak yang berdisiplin dan tidak bermasalah. Ramai pula pemain bolasepak lain yang prestasi tidak la sehebat mana pun. Namun masalah daripada dalam padang sehingga ke luar padang. Bermula dengan kes bergaduh dengan pasukan lawan, pengadil, penjaga garisan, penonton dan dengan teman wanita pun akan tersebar luas. Ini adalah kerana mereka ini semua bekerja dan tidak seperti Safee Sali yang berkarya.

Orang yang berkarya juga tidak akan menggadaikan karyanya untuk najis rasuah. Mana mungkin seseorang yang sedang berkarya mengambil rasuah. Ia hanya akan menyakiti dirinya sendiri.

Ini mungkin beberapa contoh besar yang kita dapat ambil sebagai contoh. Namun sebenarnya ramai lagi disekeliling kita yang sudah pun berjaya dengan apa yang mereka lakukan.

Mungkin seorang mat rempit yang bekerja sebagai despatch juga adalah seorang yang berjaya. Sekiranya dia bahagia membawa motosikal untuk menghantar surat atau pizza dalam pekerjaaanya. Jadi dia akan lakukan pekerjaan ini sebagai satu karya dan bukan bekerja. Tidak ada sesiapa dapat menghalangnya untuk merasa berjaya dan bahagia.

Saya secara peribadi membuat analisa terhadap hidup saya. Apa sebenarnya yang saya minat dan adakah saya sedang bekerja atau berkarya.

Saya lihat saya minat 5 perkara utama iaitu menulis, mengajar orang, bercakap, berniaga dan melancong. Dan apa yang saya lakukan sekarang adalah menulis blog ini, mengadakan Kursus Borong China, membawa Rombongan Usahawan ke China. Selain itu saya juga membekalkan barangan kepada agensi kerajaan, salah seorang pengarah Lot.my dan pemilik beberapa perniagaan lain.

Jadi saya lulus ujian ini. Saya tidak bekerja tetapi juga berkarya. Alhamdulillah..

Bagaimana pula dengan anda ? Adakah anda sedang bekerja atau berkarya ?

Satu lagi soalan, adalah Polis Trafik dalam video di bawah ini bekerja atau berkarya ?

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

27 Responses to Bagaimana Untuk Berjaya, Bahagia dan Kaya Tanpa Berusaha dan Bekerja ?

  1. fifahnazri says:

    Artikel yg sungguh hebat dan menarik. Saya percaya tuan mampu menerbitkan sebuah buku motivasi yg hebat agar melahirkan ramai masyarakat kita berkarya suatu masa nanti. Saya pun masih menilai diri sendiri adakah saya sekarang ini bekerja atau berkarya…

  2. stoz- says:

    Persoalannya… apakah minatku~ apa yang kusuka~
    menantikan artikel dari tuan berkenaan Tips2 kenali diri sendiri..

  3. Ramli says:

    Sangat bagus artikel ni. Saya suka yang bahagian Safee Sali tu. “bermain bola”, beliau bukan sahaja berkarya tetapi juga bermain kerana minat yang tinggi pada bolasepak. Jadi jika kita ingin melakukan sesuatu memang kita harus meminati perkara tersebut terlebih dahulu. Barulah semangat bekerja dengan bersungguh-sungguh dapat dipupuk. Tak kira apa pun perkara, minat tu memang patut ada. Betul tak saudara Shahabudeen? Maafkan saya kalau saya tersilap.

  4. Baraya says:

    Saya setuju dengan pendapat Anda, Menurut Saya berkarya adalah melakukan pekerjaan yang benar-benar kita senangi yang berasal dari keinginan hati, di sini yang dihasilkan adalah kepuasan batin, sementara uang adalah hanya dampak lain yang diperolehnya. Sedangkan bekerja dilakukan karena keterpaksaan yang disebabkan kebutuhan akan material tertentu, bukan menyalurkan hoby atau keinginan hati.

  5. Fahrie sadah says:

    Harus bekerja dan berkarya donk, ya kan tuan? ^^

  6. radzi says:

    Saya masih belum menemui “karya” yg saya impikan. Saya dah 8 thn berkecimpung dlm bidang pembinaan tetapi dalam keadaan penuh tekanan. Cabaran getir dalam pembinaan ialah bagaimana mengurus manusia. Saya pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit semasa mengendalikan projek kerajaan 3 thn lepas. Sekarang saya berniaga secara sambilan menjual produk sejukbeku. Ternyata jauh bezanya apa yg saya buat pada masa lalu. Alhamdulillah nampak kepuasan walaupun marginnya kecil.

  7. Saya rasa saya pun sedang berkarya jugak! :)

  8. Habiba says:

    Thanks Jalil, the article above actually bring back the passion that I had for my profession. Sometime we lost the passion for petty reasons. Rerouting the passion.

  9. Lezza says:

    suka artikel ni..membuka mata untuk terus berkarya =)

  10. Elok says:

    Sy blum begitu faham, seandenya saya seorang cik gu, apakah saya bekerja atau berkarya?!

  11. Maxloon120 says:

    Sekiranya nak Berjaya, Bahagia dan Kaya..Mestilah berusaha dengan bijak dan selalu think 2 steps further. Kerjayaan Tanpa Berusaha dan Bekerja? Hanyalah sementara sahaja dan tidak berkekalan.. Kerjayaan daripada usaha sebernanya adalah kerjayaan terbaik dan paling manis! C:

  12. Hamka says:

    patutlah tulis blog rasa seronok, bekarya rupanya : )

  13. ara says:

    artikel yang sangat bagus =)

    “kejayaan sebenarnya bukanlah duduk relax di rumah, tetapi melakukan sesuatu yang kita suka dan merasa puas melakukannya.”

    semoga saya bisa berkarya, bukan bekerja . amin

  14. Rodhiah says:

    Saya pun teringin nak berkarya… Sedang merencanakan sesuatu… Teringin nak berniaga tp xtau cara… Penah kene tipu banyak kali dengan peniaga dari china… hhuhuhu…

  15. Kesusksesan tidak akan datang tanpa usaha. Thanks for you visit.

  16. ella says:

    saya sangat tertarik dengan point ‘orang yang melakukan kerja yang dia suka, kelihatan sangat berjaya’ ..

  17. Pingback: Bagaimana Menjadi Kaya, Bahagia dan Berjaya | Blog Usahawan dan Perniagaan

  18. reyah says:

    Hi,please visit me back…

  19. Junn74 says:

    Dulu kerja makan gn…penat, mengeluh,cr alasan blablabla.. Skr berkarya walaupun simple , penat jugak …tp puas dan sentiasa berfikir utk lbh maju maju & maju..xperlu hadap 7x LADAP utk dinilai prestasi…ckp melihat hasil dr karya itu…

  20. nwahaa says:

    Bahasa indonesia berkarya adalah cedokan bahasa inggeris ber ‘career’ yang bermaksud mempunyai pekerjaan.

  21. N.Rule says:

    i never follow any blog before,this is my 1st,and i’m loving it..alhamdulillah.Keep up the great works!! :)

  22. SITI salwany says:

    mohon untuk share ya tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>