Bagaimana Mendapatkan Pelajar Praktikal dari Universiti Untuk Perniagaan Anda

Sebagai seseorang usahawan yang baru memulakan perniagaan, anda tentu tidak mahu melabur duit yang banyak menggaji pekerja dengan bayaran gaji yang penuh. Anda perlu berjimat buat permulaan. Jadi antara penjimatan yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil pelajar praktikal bagi perniagaan anda.

Dalam artikel ini saya akan menerangkan secara komprehensif tentang bagaimana mendapatkan pelajar praktikal untuk bekerja di syarikat anda. Sebelum itu, anda perlu ketahui bahawa terdapat kelebihan dan kelemahan mengambil pelajar praktikal.

Kelebihan Mengambil Pelajar Praktikal

- Murah

- Anda sendiri perlu belajar untuk mengendalikan pekerja.

- Anda memerlukan kepakaran buat sementara waktu sahaja.

Kelemahan Mengambil Pelajar Praktikal

- Mereka tidak mempunyai pengalaman

- Sikap kebudak-budakan dan tidak tahu budaya kerja

- Anda perlu habiskan masa mengajar mereka

Bagaimana Mendapatkan Pelajar Praktikal ?

Terdapat 2 kaedah, samada pelajar praktikal mencari anda atau anda mencari mereka. Saya akan berikan cadangan saya selepas ini.

Kaedah yang pertama adalah apabila pelajar praktikal ini mencari syarikat anda. Jika syarikat anda masih kecil dan tidak dikenali, mungkin syarikat anda ini adalah pilihan terakhir bagi pelajar tersebut.

Dalam situasi ini, anda akan mendapat pelajar yang biasanya tidak begitu bagus atau berkualiti rendah. Mereka membuat kerja minit akhir dan ini dapat dilihat apabila mereka desperate mendapatkan anda tanpa anda mencari.

Namun kaedah pertama ini akan tampak berbeza jika syarikat anda memang sudah terkenal. Ini bermakna mereka berebut-rebut untuk bekerja bersama anda.

Kaedah yang kedua pula adalah apabila anda mencari mereka. Saya menyukai kaedah ini kerana melalui kaedah ini anda boleh dengan mudah mendapatkan bakat yang anda perlukan. Jika pelajar ini bagus, anda boleh terus serapkan dalam syarikat anda untuk bekerja sepenuh masa.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut

1. Anda boleh mengiklan dalam majalah.com atau mudah.my (namun kaedah ini kurang baik berbanding kaedah yang kedua)

2. Anda perlu menulis surat kepada fakulti di Universiti. (Sila lihat contoh surat di bawah). Dalam surat ini, anda perlu nyatakan jawatan apa yang anda tawarkan, dan apa syarat anda. Seperti saya, saya letakkan syarat pointer mestilah 3.0 ke atas. Saya tidak mahu pelajar yang tidak pandai dan malas berada dalam syarikat saya. (Jika anda pelajar yang membaca artikel ini, nasihat saya, pastikan anda berusaha mencapai pointer yaang tinggi)

Surat Memohon Mendapatkan Pelajar Praktikal

Pastikan anda hubungi semula ke fakulti itu sebelum dan selepas anda fakskan surat. Jika anda belum mendapat apa-apa respon, telefon lagi untuk follow-up. (Kekadang surat yang difaks akan dibiarkan di situ sahaja, manusia adalah pelupa, jadi adalah bagus untuk anda ingatkan mereka semula)

Anda juga perlu mengkaji waktu yang betul untuk anda mendapatkan pelajar praktikal. Biasanya mereka akan mula mencari tempat praktikal bermula pada bulan Ogos sehingga Januari. Namun ada pula yang berbeza-beza. Jadi buat permulaan anda tidak perlu ambil kisah lagi mengenai ini.

Surat yang anda hantar kepada fakulti ini akan diletakkan di papan kenyataan di fakulti tersebut ataupun akan diberikan kepada pensyarah bidang berkenaan untuk diumumkan kepada pelajar. Pelajar yang berminat akan mula menghubungi anda samada melalui email atau telefon.

Setelah pelajar itu hubungi anda, pelajar itu akan memberikan anda dokumen-dokumen berikut.

1. Surat Pengesahan Daripada Universiti (seperti contoh dibawah)

2, Borang Penerimaan Pelajar (Untuk diisi oleh anda jika anda ingin menerima pelajar ini) (seperti contoh di bawah)

3. Transkrip Keputusan Peperiksaan Pelajar serta CGPA terkini

4. Resume Pelajar

Di bawah adalah contoh. Saya tidak sertakan transkrip keputusan dan resume pelajar di sini atas sebab privacy.

Surat Pengesahan dari Universiti

Borang Pengesahan Penerimaan

Borang Pengesahan Penerimaan

Melalui dokumen-dokumen di atas, anda sudah boleh membuat penilaian awal terhadap pelajar tersebut.

Transkrip peperiksaan akan menunjukkan kelebihan dan kelemahan pelajar dalam satu-satu bidang. Jika anda mengambil pelajar akaun, pastikan dia mendapat markah yang tinggi dalam bidang perakaunan dan jika dia mendapat markah rendah dalam subjek yang tidak berkaitan dengan itu, mungkin anda boleh abaikan.

Resume pula penting untuk anda melihat tempat tinggal pelajar, adakah pelajar ini aktif atau tidak, samada pelajar ini mempunyai kenderaan atau tidak dan pelbagai aspek lain. Dalam pengalaman saya, saya mendapati resume sudah cukup untuk menilai seseorang pelajar itu. Saya lihat dari segi kesalahan ejaan, persembahan resume dan aktiviti yang disertai oleh pelajar ini.

Jika anda memerlukan seseorang yang perlu bercakap dengan pelanggan, mungkin pelajar yang aktif mempunyai kelebihan ini. Mungkin dia pernah menyertai pertandingan pidato atau syarahan atau jika anda perlukan seseorang yang lasak, anda juga boleh dapatkan informasi ini daripada resume.

Jika anda perlukan maklumat lanjut, anda boleh panggil pelajar ini untuk menghadiri temuduga terlebih dahulu jika perlu. Setelah anda membuat keputusan untuk menerima pelajar praktikal ini. Sila ikuti langkah seterusnya.

Isikan borang penerimaan dan faks semula kepada pihak universiti untuk mengesahkan anda menerima pelajar itu untuk membuat latihan industri atau praktikal di tempat anda.

Biasanya proses ini adalah kira-kira 3-6 bulan sebelum pelajar itu ingin memulakan praktikal di tempat anda. Tempoh praktikal pula adalah 4-6 bulan. Ada antara pelajar yang boleh terus bekerja selepas praktikal dan ada pula yang perlu menyambung satu lagi semester sebelum boleh bekerja sepenuh masa dengan anda.

Tanggunjawab Anda Sebagai Usahawan Yang Mengambil Pelajar Praktikal

  • Anda berperanan untuk mengajar dan memberikan tugas kepada pelajar praktikal ini. Seboleh mungkin dalam bidang kepakarannya.
  • Memberi elaun sebanyak RM 300-600 sahaja. Jangan mengamalkan pemberian komisen pada tahap ini kerana anda juga berkorban untuk mendidik pelajar ini.
  • Laporan bulanan perlu dihantar ke pihak universiti dengan menyatakan perincian tugas dan apa komen anda terhadap prestasi pelajar tersebut.
  • Melaporkan sebarang salah laku kepada pihak universiti seperti jika pelajar anda sering lambat ke tempat kerja atau tidak fokus dengan kerja.

Tanggungjawab Sebagai Pelajar Praktikal

  • Mendapatkan pengalaman seboleh mungkin dalam dunia pekerjaan
  • Melihat samada anda boleh terus bekerja jika ditawarkan bekerja oleh syarikat ini.
  • Anda juga mempunyai hak untuk berhenti daripada sesebuah syarikat yang tidak bagus ataupun anda mempunyai masalah dengan syarikat tempat anda praktikal. Namun anda perlu memberikan sebab yang kukuh kepada universiti dan menjadi tempat lain untuk menyambung praktikal.

Setelah selesai tempoh 4-6 bulan praktikal ini. Biasanya pensyarah pelajar tersebut akan membuat lawatan ke pejabat anda. Mereka datang untuk berjumpa dengan pengurus atau pengendali syarikat untuk bertanyakan mengenai pelajar ini dan adakah kita berpuashati dengan perkhidmatan pelajar ini sepanjang tempoh praktikal.

Soalan Tambahan Yang Mungkin Anda Tertanya-tanya

1. Syarikat saya nie enterprise (milikan tunggal) sahaja bukan syarikat Sdn. Bhd. Boleh ke saya ambil pelajar praktikal ?

Ya, boleh. (Saya juga menghadapi masalah keyakinan ini pada mulanya)

2. Saya sudah pergi ke Universiti untuk memohon mendapatkan pelajar praktikal, mereka minta saya hantarkan profil syarikat. 

Saya tidak pernah menghantar profil syarikat kepada pelajar universiti. Anda juga tidak perlu melakukannya.

3. Adakah saya boleh menyuruh pelajar praktikal ini membuat kerja-kerja pekerja full time ?

Ya boleh, namun sentiasa ingat, pelajar ini adalah pekerja sementara anda sahaja. Jangan serahkan tugas berkaitan rahsia syarikat kepada mereka. Jika boleh, jangan berikan tugas yang tidak berkenaan kepada pelajar ini, kerana ini akan membuatkannya merasa tidak dihargai. Pelajar ini juga manusia seperti anda yang ingin dihargai dengan apa yang dilakukan.

4. Tidakkah elaun ini terlalu sedikit ?

Ini adalah elaun di pasaran sekarang. Anda tidak perlu rasa bersalah. Anda juga berbakti kepada pelajar itu dengan memberinya peluang belajar dari pengalaman kerja.

5. Berapa pelajar minimum atau maksimum yang saya boleh ambil ?

Tidak timbul isu ini kerana anda bebas mengambil semaksimum mana pun. Nasihat saya, buat permulaan ambil 2-3 orang dahulu. Selepas anda belajar mengendalikan mereka, anda bebas mengambil lebih ramai pada tahun-tahun akan datang.

Nasihat 

Anda jangan fikir bahawa tenaga kerja murah yang ramai bermaksud anda telah banyak berjimat kerana membayar gaji yang murah. Anda perlu sedar bahawa anda juga terpaksa melabur atas kesalahan-kesalahan yang bakal mereka lakukan dan pelaburan dari segi masa dan wang yang anda perlu curahkan ke atas pelajar ini.

Mulakan dengan bilangan yang sedikit dan belajar dari pengalaman.

Anda boleh bertanya jika terdapat sebarang persoalan lain mengenai hal ini di ruangan komen di bawah.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

29 Responses to Bagaimana Mendapatkan Pelajar Praktikal dari Universiti Untuk Perniagaan Anda

  1. tookoo says:

    jalil..aku baru pasan company hang punya logo macam OVARI lah. lol

  2. Luca says:

    Yes! akhirnya keluar jugak benda ni.

    Besok jugak aku pergi hantar surat.

  3. NORAINI BACHIK says:

    saya berminat mengambil pelajar praktikal

  4. yusof says:

    saya juga telah mengambil pelajar utk menjalani praktikal dlm bidang keusahawanan dan IT. Kini telah 4 kali saya mengambil pelajar dari pelbagai kolej, universiti dan ILP. Setiap batch antara 3 ~ 6 org pelajar. Memang mereka semua tu fresh lagi walaupun dh belajar di kolej, universiti masing2 namun apabila mereka terlibat dengan praktikal seolah2 apa yg mereka belajar belum mampu utk di aplikasikan lagi..

  5. Syuk says:

    Salam…em..mesti nak kena ambil pelajar daripada bidang berkaitan ker? macam saya buat perkhidmatan audiovisual dan pengambaran nak ambik pelajar dr kos mana yek?

    • Shahabudeen says:

      amik pelajar mass comm.. tak perlu bidang berkaitan sgt.. tapi kalau berkaitan bagus la.. sbb dia dah ada kemahiran dalam bidang tu.

  6. Syuk says:

    Satu lagi nak faks kan tu kepada bahagian mana yek? bahagian pengurusan atau bahagian fakulti dia?

  7. sue says:

    as slm…sy pun dah lama nak ambik pelajar practical ni, tp tak tahu cara…mujur terbaca ruangan tuan, tqvm tuan

  8. Noorlis says:

    Assalamualaikum ..

    Jika saya ingin mengambil pelajar praktikal untuk pegurusan restoran / tukang masak dan pelayan saya perlu mengambil pelajar dari kos mane ? adakah mereka sesuai untuk bekerja di KOPITIAM… adakah akan memberi manafaat kepada mereka?

    Terima Kasih..

  9. hanie says:

    terima kasih sbb post tntg prctical ni.

    cuma saya nk tahu kalau utk ID, kena ade buku log,
    boleh bagi contoh buku log x? sbb bos ade minta saya sediakan surat, buku log untuk pelajar practical.

    terima kasih

  10. sha says:

    Boleh saya tahu, berapa rate allowance utk practical student ni?TQ

  11. munirah says:

    salam.. sy merupakn stdnt uia yg sedang mcari tempat utk praktikal.
    sy merupakn plajar jurusan sains politik dan bminat utk praktikal bhgn ptadbran “administration” area shah alam/subang jaya sahaja..
    sesiapa bminat boleh emel ke munirahzamli@yahoo.com
    terima kasih

  12. hanisah says:

    salam. saya student uitm dan sedang mencari tempat untuk praktikal di kwsn KL esp bedekatan dgn lrt,ktm, putra dsb. sy pelajar jurusan business admin. pls do email me at nisahtahir@yahoo.com

  13. Afina says:

    Salam, saya merupakan pelajar International Islamic College ingin mencari tempat praktikal area Ampang & KL utk bulan disember ini. Kalau boleh yg berdekatan dgn kemudahan LRT / bus. Saya pelajar dip. Office Management and Secretaryship. berminat e-mail saya afi_honey93@yahoo.com

    terima kasih.

  14. Luqman234 says:

    Boleh kah saya mengantikan elaun wang dengan sesuatu yang lain seperti elaun pengangkutan dan perumahan kepada pelajar tersebut?

  15. Ima Bahairudin says:

    Assalamualaikum.. Saya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (perkhidmatan kewangan dan pengurusan risiko). Saya ingin mencari tempat praktikal sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali, Rawang dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
    email : ima_bahairudin0110@yahoo.com

  16. maz says:

    assalam..
    encik perlukan lg ke pelajar praktikal?
    mcm mane nk mohon?

  17. NURUL says:

    boley email resume kalau berminat.

  18. Rozita says:

    En Shahabudeen

    Saya percaya informasi yang dikongsi sangat membantu dan bermanafaat kepada ramai usahawan. Hanya Allah saja yang membalas budi baik En Shahabudeen

    Terima kasih.

    Rozita

  19. paan says:

    Saya pelajar jurusan Entrepreneurship UiTM, saya sedang mencari syarikat untuk praktikal sekitar Kuala Lumpur/Putrajaya/Bukit Jalil bermula Julai/Ogos 2014. Sesiapa dapat mambantu., terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>