Apa Beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Perniagaan lain di Malaysia ?

tokoh perniagaan salleh majid

Al-Fatihah

Sehingga ke saat ini anda tentu sudah mendapat berita kematian Tokoh Perniagaan tersohor Malaysia, Datuk Salleh Majid yang pulang ke Rahmatullah semalam.

Saya pernah membaca buku beliau bertajuk “Budaya Usahawan” yang menekankan bahawa budaya makan gaji perlu diubah dikalangan mahasiswa dan usahawan. Buku ini padat dengan nasihat dan saranan praktikal yang diberi dengan gaya santai dan bersahaja.

Beliau mungkin adalah orang yang paling memahami bahawa untuk membentuk usahawan  yang berjaya dikalangan orang Melayu, usaha perlu dijalankan bermula dari akar lagi. Iaitu membentuk minda keusahawanan sejak dari kecil.

Apa beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Korporat lain ?

Melalui pemerhatian saya, di Malaysia terdapat satu kekosongan di mana orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan korporat jarang berjuang juga untuk membentuk orang lain menjadi lebih berjaya. Mereka jarang berkongsi pandangan dan nasihat mereka yang didahagakan oleh usahawan-usahawan kecil.

Boleh jadi ia disebabkan usaha ini adalah satu usaha yang membuang masa dan tidak mendatangkan hasil dari aspek kewangan. (Kita sedar bahawa usahawan adalah orang yang menilai perkara mengikut kayu ukur untung-rugi).

Inilah bezanya dengan Datuk Salleh Majid. Beliau tidak seperti yang lain, tanpa mengenal penat lelah sehingga akhir hayat beliau, beliau menulis mengenai bidang keusahawanan, perniagaan dan ekonomi. Tulisan dan biodata beliau menjadi rujukan pelajar sekolah menengah dan universiti untuk memahami mengenai ekonomi dan perniagaan.

Tulisan beliau juga yang tidak menggunakan jargon-jargon ekonomi dan bergaya santai membuatkan orang yang tidak memahami konsep ekonomi juga mudah untuk membaca dan mendapat sesuatu daripada penulisan itu.

Mungkin beliau sedar, untuk seseorang menjadi kaya dan berjaya seperti beliau, mereka perlukan apa yang beliau perolehi dalam hidup beliau. Ilmu dan pengalaman beliau tidak seharusnya disimpan untuk diri sendiri. Ia perlu untuk dikongsi untuk anak bangsa beliau.

Namun kini, beliau tidak ada lagi bersama kita. Tidak ada lagi kolum beliau di Utusan Malaysia. tidak ada lagi buku baru daripada beliau. Namun buku dan tulisan beliau tetap akan hidup dan mekar membantu usahawan-usahawan kecil seperti kita yang sedang membangun dan ingin berjaya seperti beliau.

Al-fatihah

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

3 Responses to Apa Beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Perniagaan lain di Malaysia ?

  1. proffads says:

    btol la.. knapa usahawan yg lain2 yg berjaya tak nak kongsi ilmu.. takut org lain berjaya dari depa kot?? In yg perlu depa ubah.. jangan la kedekut sangattt.

  2. sue says:

    hopefully tuan sj dpt jd cam arwah datuk salleh….suka memberi ilmu utk org lain berjaya jg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>