6 Idea Bisnes Demontrasi – Keputusan Perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari

Idea Bisnes Sewaktu Demontrasi

Kita ternanti-nanti apakah Keputusan Perbicaraan Kes Liwat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Namun Kempen Bebas Anwar Ibrahim 901 telahpun dilancarkan. Jadi tarikh 9hb Januari 2012 akan menjadi peristiwa besar pertama bagi tahun baru 2012 ini.

Jika keputusan memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka berlakulah perayaan besar-besaran di seluruh negara. Namun jika keputusan tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kepada Saiful Bukhari Azlan, maka kita mungkin akan melihat kebangkitan rakyat sekali lagi seperti tahun 1998 dahulu.

Saya jangka kebangkitan kali ini mungkin tidak sehebat pada zaman Reformasi 1998.

Jika demontrasi ini merebak sehingga ke kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India, maka banyaklah kedai-kedai di sana akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara ini.

Namun dalam setiap permasalahan tentu ada peluang yang tersendiri bagi peniaga dan usahawan. Apa peluang perniagaan yang ada sewaktu demontrasi ? Tentu ada risikonya. Namun lebih tinggi risiko, lebih tinggi keuntungan yang anda perolehi juga.

Berikut adalah contoh idea perniagaan yang boleh anda mulakan. Namun ingat, ini hanyalah untuk perniagaan “hit and run”. Anda tidak boleh mengharapkan keadaan ini akan berpanjangan atau kekal dalam bisnes ini untuk tempoh masa yang lama.

1. Menjual Air Mineral – Pada waktu orang yang berdemontrasi bergerak beramai-ramai, mereka tentu akan dahaga dan memerlukan air mineral. Jika biasanya botol kecil dijual dengan harga RM 1.00.  Kali ini anda boleh mengenakan bayaran RM 3.00. Ini adalah free market, apabila supply kurang dan permintaan tinggi, anda boleh menaikkan harga barang jualan anda.

Tips : Jual “air minuman” bukan air mineral. Air minuman lebih murah jadi keuntungan anda lebih tinggi. Jual kacang juga, kerana orang yang membeli kacang, akan membeli 2 botol air. Satu untuk hilangkan dahaga sekarang dan satu lagi untuk hilangkan dahaga selepas makan kacang nanti.

 

2. Menjual Payung dan Topi – Mereka yang berdemontrasi terpaksa berdiri lama dan berjalan di tempat terbuka. Jadi ini adalah peluang anda untuk menjual topi dan payung. Jika cuaca panas, mereka memerlukannya dan jika cuaca hujan pun mereka memerlukannya.

Tips : Beli yang semurah mungkin kerana kebanyakkan daripada mereka akan menggunakan payung ini untuk sementara sahaja.

 

3. Menjual Makanan Ringkas – Anda tidak dinasihatkan untuk menjual nasi lemak, mee goreng atau roti canai. Para perusuh tidak mempunyai masa untuk makan makanan seperti ini, namun mereka tetap akan lapar. Dinasihatkan anda menjual makanan ringkas seperti burger atau roti ban.

Tips : Bawa motorsikal supaya anda mudah untuk berulang-alik ke kedai yang menjual roti untuk mengambil stok. Ataupun arahkan rakan anda untuk datang jika stok anda habis dan anda terperangkap di tengah-tengah orang ramai. Jual juga kepada FRU dan Polis yang bertugas. Cuba dapatkan peluang menjual secara borong kepada mereka.

 

4. Menjual Bendera Malaysia – Ambil jalan selamat. jual bendera Malaysia adalah lebih selamat berbanding menjual bendera parti. Jika tidak habis, anda boleh simpan untuk dijual semula pada Hari Merdeka nanti.

Tips : Buka hanya satu bendera untuk ditunjuk, yang lain simpan kemas dalam plastik. Supaya tidak basah atau kotor untuk dijual nanti sewaktu Hari Merdeka.

 

5. Jual Pakaian – Anda boleh menjual t-shirt atau pengikat kepala dengan slogan. Namun anda perlu cetak ini lebih awal sebelum daripada tarikh demontrasi.

Tips : Jangan gunakan slogan “Kempen Bebaskan Anwar 901″ kerana jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan maka barangan anda ini tidak boleh dijual lagi. Anda mungkin perlu tunggu 10 tahun akan datang untuk menjualnya. Gunakan slogan yang lebih umum seperti “Lawan Tetap Lawan” atau “Hidup Rakyat”. Jika tak habis, anda boleh jual pada musim pilihanraya nanti.

Penjualan Baju Boleh Dimulakan Lebih Awal Untuk Mengurangkan Risiko

6. Jual Kad Prepaid - Sewaktu dalam keadaan seperti ini, tentu para perusuh perlu memberitahu keluarga mereka bahawa mereka selamat. Jika waktu sebegini kredit mereka habis, tentu mereka akan tercari-cari kedai menjual prepaid. Anda boleh mengambil peluang ini untuk menyediakan kad prepaid untuk mereka menambahnilai prepaid mereka. Jika mereka tertangkap, mungkin telefon sudah dirampas oleh Polis.

Mungkin anda pembaca juga boleh berkongsi idea bisnes yang boleh dijalankan sewaktu demontrasi seperti ini. 

Selain itu, selepas selesai demontrasi, anda juga boleh melawat semula tempat demontrasi untuk melihat samada terdapat barang-barang tertinggal yang boleh dijual semula oleh anda.

He he he

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, funny. Bookmark the permalink.

9 Responses to 6 Idea Bisnes Demontrasi – Keputusan Perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari

  1. shameem says:

    kalau perusuh itu serang peniaga dan ambik semua barang ?

  2. sha says:

    idea yg sungguh bernas.. bole juga jual ‘mask’ dan ‘spek’ itam.. mana tau kena sembur dgn gas pemedih mata… selamat lerr..

  3. Mugeb says:

    lawak2….

  4. Mat Dwan says:

    Boleh jual
    - baju hujan (takut terkena tembak air water cannon)
    - gogle topeng gas pemedih mata
    - pampers wanita (takut yang dipakai basah terkena water cannon)
    - stretcher (utk mengangkat rakan2 yang cedera kerana terpijak sesama sendiri ketika suasana kelam kabut)
    - minyak gamat (utk disapu di anggota badan yang lukakerana terjatuh akibat melarikan diri selepas dikejar polis)
    - roti krim/sardin – utk dimakan di dalam trak polis selepas beramai-ramai diangkut ke balai
    - dan banyak lagi kemungkinan, termasuk menempah lubang kubur agar mudah diuruskan mayat kita (jika ditakdirkan sampai ajal spt yang berlaku di Bersih baru-baru ini)

  5. us-hawan says:

    jual spender levi’s

  6. Ali Kutty says:

    …..WTF…….

  7. edward says:

    jual kondom – mungkin ada yg tak tahan dah berhimpit-himpit tu teraba sana, sini

    ohh what the fuck I was thinkin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>