Tip Pengurusan Perniagaan Daripada Napoleon Bonaparte

Napoleon Dalam Perniagaan

Terdapat satu kisah yang terkenal…

Pada satu hari, seseorang bertanya kepada Napoleon, bagaimana dia membuat keputusan untuk meletakkan askar-askar di pangkat-pangkat tertentu. Jawapan Napolean sangat mudah.

Tentera terbahagi kepada 4 jenis. Bijak atau bodoh, pemalas atau rajin.

  • Yang bijak dan rajin – akan saya jadikan Ketua Batalion Tentera di medan perang. Mereka ini tahu apa perlu dibuat dan boleh memimpin dengan baik.
  • Yang bijak tetapi pemalas – Saya akan jadikan Jeneral Tentera. Mereka ini juga tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai banyak idea. Cuma mereka tidak berminat untuk melakukannya. Mereka tidak suka membuang tenaga dengan bekerja.
  • Yang bodoh dan malas – saya akan jadikan tentera bawahan. Mereka ini sedia berkorban untuk apa saja.

Jadi apa yang kamu lakukan terhadap mereka yang bodoh dan rajin?

“Mereka ini akan saya tembak”

He he he

Begitu juga dengan pengurusan syarikat anda…..

Apa yang dapat kita ambil iktibar daripada cerita ini kepada pengurusan syarikat anda sebagai seorang boss ?

Beginilah juga kita dalam memimpin perniagaan kita.

Pekerja juga terbahagi kepada 4 jenis. Bijak dan bodoh, rajin dan malas.

  • Pekerja yang bijak dan rajin – Mereka ini sesuai dijadikan Pengurus Pemasaran. Mereka ini tahu apa untuk dilakukan untuk memasarkan produk anda dan mereka ini juga tahu mengerah salesman untuk membuat jualan.
  • Pekerja yang bijak dan pemalas – Mereka ini sesuai dijadikan CEO atau Pengurus Bahagian Strategi syarikat. Mereka juga tahu apa untuk dilakukan dan mempunyai banyak idea. Cuma mereka malas untuk melaksanakan idea tersebut.
  • Pekerja yang bodoh dan pemalas – Mereka ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja harian seperti menaip surat, mengangkat telefon, menghantar barang dan membayar bil serta kerja-kerja yang menggunakan tenaga

Bagaimana pula dengan mereka yang bodoh tetapi rajin ?

Mereka ini sesuai untuk dipecat.

Sebab: Orang yang bodoh tetapi rajin, akan membuat perkara bodoh. Lebih rajin dia, lebih banyak kesalahan yang akan dilakukan. Jadi orang seperti ini tidak sesuai untuk berada dalam syarikat anda.

He he he

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tip Pengurusan Perniagaan Daripada Napoleon Bonaparte

  1. Mugeb says:

    hahah….
    Napolean being Napolean…. great post!

    Inilah masalah sekarang…. ramai medical school menawarkan medical degree kepada murid2 yang bodoh tapi rajin (and berduit)…. lagi banyak la org mati….

  2. stoz- says:

    n0nsense… lol..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>