Rahsia Kejayaan : Lee Chong Wei Menagih Idea dan Nasihat Misbun Sidek

Cuba baca artikel di bawah beserta ayat-ayat yang saya boldkan. Sangat tinggi nilai disiplin yang ada pada Lee Chong Wei walaupun sudah bergelar pemain nombor satu dunia. Sangat berdisiplin, merendah diri dan tidak bongkak. Mungkin ini rahsia kejayaan beliau.

Tahniah dan teruskan usaha. Atlit lain wajar contohi beliau.

Sedia rujuk bekas sifu

KUALA LUMPUR – Sekali pun tidak lagi berguru dengan Datuk Misbun Sidek, Datuk Lee Chong Wei jelas masih menagih idea dan nasihat daripada bekas ‘sifu’ itu.

Chong Wei mengakui, dia masih lagi berhubungan dengan Misbun dan baru-baru ini, malah ada berjumpa dengannya.

“Sebelum ini saya ada melawatnya dan mendapatkan pandangan mengenai permainan saya,” kata jaguh perseorangan badminton negara itu.

Chong Wei bagaimanapun tidak secara langsung menyatakan sama ada dia inginkan Misbun, yang genap setahun meletak jawatan pada 31 Disember ini pulang ke pangkuannya, sebaliknya menyatakan dia mengalu-alukan sesiapa saja ingin membantunya selagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) izinkan.

Misbun membimbing Chong Wei sehingga ke final Olimpik Beijing 2008 yang menyaksikan dia diaibkan Lin Dan dengan mudah di hadapan penyokong tuan rumah.

Namun, pada temasya itu juga menampakkan betapa erat hubungan sifu dan anak didik apabila Chong Wei, yang sejurus menewaskan Lee Hyun-Il pada separuh akhir, meluru ke arah Misbun sebelum melompat dan memeluknya.

Apa yang pasti, jelas Chong Wei dia memerlukan banyak tenaga bimbingan untuk membantu dalam persiapan menghadapi ‘peperangan’ dengan China yang memiliki barisan kejurulatihan lebih lengkap dan mantap.

“Olimpik tinggal lapan bulan lagi, ia satu tempoh yang amat penting. Saya tidak kisah siapa, Misbun atau mungkin bekas jurulatih, Li Mao… sesiapa saja yang ingin membantu, saya perlukan mereka.

Begitupun ia bukan keputusan yang ditentukan saya, saya bukan profesional seperti Taufik (Hidayat), apa yang saya perlu saya boleh membuat keputusan sendiri.

“Saya bernaung di bawah BAM, segala keputusan adalah dibuat oleh pihak atasan… pengurus, pegawai dan ahli jawatankuasa.

“Saya kini juga mendapat bantuan Hendrawan yang menonton video saya dan memberi maklum balas kepada (Teh) Seu Bok dan Rashid (Sidek)… saya harap semua pihak boleh bekerjasama dalam tempoh lapan bulan ini.

“Saya difahamkan bukan seorang saja jurulatih yang memerhati permainan saya, ada enam dan ditambah dengan penganalisis sampingan seramai empat orang, kesemuanya 10 orang sedangkan Malaysia hanya ada dua, tiga jurulatih dan satu penganalisis,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Shahabudeen Jalil

 

 

 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Rahsia Kejayaan : Lee Chong Wei Menagih Idea dan Nasihat Misbun Sidek

  1. Mugeb says:

    very humble indeed!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>