Profesor Diraja Ungku Aziz : Orang Muda Perlu Belajar dari Negara China

Melihat kepada pandangan Profesor Diraja Ungku Aziz di bawah, saya terpaksa untuk bersetuju sepenuhnya dengan pandangan beliau mengenai hal ini.

Sebagai seorang yang kerap melawat ke China dan berurusan dengan orang di sana sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, saya dapat melihat memang orang di China meningkat maju dengan begitu pesat.

Anak-anak muda mereka hampir kesemuanya mempunyai semangat berniaga dengan lebih inovatif dan kreatif. Setiap cerok yang ada dijadikan tempat untuk berniaga. Daripada sampah sarap sehinggalah barangan berteknologi tinggi dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Hampir tidak ada anak-anak muda yang terlibat dengan gejala dadah dan tidak ada budaya rempit dalam budaya mereka.

Anak-anak muda kita mungkin terlalu dimanjakan sehingga mereka lalai daripada tanggungjawab untuk menjadi warganegara yang inovatif dan kreatif. Kita lebih selesa untuk menunggu kerajaan untuk membantu kita dalam segala segi. Kerajaan pula leka menabur duit. Tidak seperti zaman Tun Mahathir di mana kerajaan lebih tertumpu untuk membangunkan projek dan menganjurkan program untuk anak-anak muda.

Mungkin kita perlukan transformasi yang lebih drastik….

Shahabudeen Jalil

 

Hayati semangat kompetitif masyarakat negara China

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Generasi muda Melayu masa kini perlu menghayati budaya dan semangat kompetitif rakyat China untuk mencorak kehidupan lebih inovatif dan kreatif serta memperluaskan lagi kotak pemikiran sedia ada, kata Profesor Diraja Ungku Aziz hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu menghantar pelajar Melayu khususnya untuk menuntut di universiti ternama di negara itu bagi menyerap pengetahuan serta budaya hidup mereka.

“Saya rasa sudah sampai masanya kita menukar haluan dan memperluaskan lagi sudut pandang kita dari negara Jepun dan Korea, ke negara China,” katanya ketika berucap pada Bengkel Sambutan 30 Tahun Dasar Pandang ke Timur di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya di sini.

Tokoh akademik itu menarik perhatian bahawa masalah besar yang dihadapi generasi muda Melayu sekarang ialah mereka berada pada zon selesa dan kurang kompetitif, tidak seperti orang muda dan golongan pelajar di China.

“Dunia bergerak tetapi kita tidak bergerak. Saya cuma hendak gambarkan di sini orang Jepun di negara Jepun sudah berubah, mengapa kita tidak? Anak Melayu perlu berubah,” katanya sambil menambah anak Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT), bekas graduan serta ribuan bakal penuntut IPT perlu mengubah minda mereka.

Ungku Aziz berpendapat impak mempelajari ilmu di negara China sendiri mampu membawa perubahan kepada orang Melayu kerana penguasaan bahasa Mandarin dan kemahiran yang diperolehi mampu membentuk generasi berdaya saing selain membuka peluang pekerjaan besar untuk mereka.

“Perlu saya terangkan pembinaan budaya negara China perlu diceduk oleh orang Melayu dan dibawa balik ke Malaysia supaya negara ini boleh maju dan menjadi kompetitif. – BERNAMA

sumber  : Utusan Malaysia

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>