Produk Kreatif : Ketulan Termodinamik Yang Boleh Mengekalkan Suhu Kopi Anda

Jika anda seorang peminat kopi seperti saya, anda tentu inginkan kopi dalam suhu yang tertentu. Jika suhunya terlalu panas, mungkin bibir anda boleh melecur. Manakala jika kopi itu sudah suam atau sejuk langsung, hilang pula kick yang ada pada kopi tersebut. Namun dengan muncul produk baru ini, saya dan anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat ketulan termodinamik yang akan mengekalkan suhu kopi ini.

Kopi Joulies adalah ketulan besi berbentuk kacang yang akan menyejukkan kopi panas yang sedang meluap-luap panasnya ke suhu yang ‘menyenangkan’ dan kemudian mengekalkan suhu tersebut sekitar lima jam. Menarik bukan? Lebih mudah untuk anda, tidak perlu menunggu masa yang lama untuk kopi sejuk.

Joulies berbentuk besar (lebih kurang 5cm panjang) ‘kopi keluli kacang tahan karat’ yang dipenuhi dengan “Bahan berasaskan Fasa Perubahan”.

Bagaimana nak menyediakannya? Selepas anda membuat minuman panas, masukkan ke dalam air panas tersebut, 5 ketul Joulies dan kemudian ia akan menyejukkan air tersebut dengan lebih cepat. Ia juga akan melanjutkan masa minuman anda dan akan kekal panas atau pada suhu yang ‘menyenangkan’.

Memberi anda lebih masa untuk minum.

Bagaimana ini boleh terjadi? Menurut pencipta produk ini, Dave, yang telah membangunkan bahan yang mereka panggil “Bahan Perubahan Fasa” yang direka bentuk untuk mencair dan menyerap tenaga berlebihan sehingga ia mencapai 140 ° F (Fahrenheit).

Pada suhu ini, bahan mula untuk melepaskan tenaga yang tersimpan, sekali gus mengekalkan suhu kopi. Analoginya mungkin begini, ia seperti peluh cecair menyejat daripada kulit anda sebagai wap untuk menyejukkan anda.

Sewaktu kopi panas, ia akan menyejukkan kopi itu dan sewaktu sejuk, ia akan memanaskannya.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Produck Baru. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>