Orang Cina Bencikan Perniagaan dan Berniaga Kerana Terpaksa ? – Nanyang Siang Pau

Menarik artikel yang diterjemahkan daripada Nanyang Siang Pau ini berkenaan Orang Melayu dan Orang Cina dalam perniagaan

Sila rujuk yang saya bold

ADAKAH MELAYU SANGGUP BERUBAH?


AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 22 Disember 2011 menyiarkan artikel mengenai perlunya orang Melayu memahami budaya kaum Cina di negara ini jika mahu memajukan hidup mereka.

Artikel bertajuk ‘Jika Tiada Keperluan Tidak Perlu Ubah’ yang ditulis oleh pengkritik semasa, Loh Hon Chew disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A16.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pernah mencadangkan supaya kita menghantar anak-anak Melayu belajar ke negara China.

Ini supaya mereka dapat mempelajari budaya China dan mempunyai semangat bersaing yang mantap. Ungku Abdul Aziz berkata, dunia sentiasa berubah, kenapa kita sendiri tidak mahu berubah. Katanya lagi, belajar di China boleh membawa perubahan kepada orang Melayu.

Selepas memahami budaya China adakah orang Melayu boleh berubah? Susah untuk kita tafsirkan. Sepatutnya orang Melayu memahami orang Cina di Malaysia terlebih dahulu. Mengenali budaya penduduk negara China sama keadaannya untuk mengenali budaya orang Cina di Malaysia.

Oleh kerana kelaziman berbahasa sejak beratus-ratus tahun di negara ini, orang Cina memahami bahasa Melayu, sebaliknya orang Melayu tidak tahu bahasa orang Cina.

Oleh kerana pendidikan serba moden hari ini, orang Cina lebih memahami orang Melayu, sebaliknya orang Melayu tidak memahami orang Cina.

Ditambah pula dengan pembohongan dan dakyah oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan, menyebabkan ramai daripada kalangan orang Melayu menganggap orang Cina sebagai kaum yang suka menipu.

Sehingga kemunduran kaum Melayu sendiri, dituduh berpunca daripada sikap orang Cina yang suka memeras-ugut dan membuli orang Melayu. Sebenarnya, ini semua hanyalah ungkapan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik.

Sejak negara mula-mula mencapai kemerdekaan, salah faham orang Melayu terhadap orang Cina di negara ini lebih banyak berbanding orang Melayu yang memahami orang Cina. Ini kerana, orang Melayu tidak dapat menguasai bahasa dan karakter orang Cina.

Salah tanggapan orang Melayu terhadap orang Cina berpunca daripada sangkaan semua orang Cina di Malaysia pandai berniaga. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa orang Cina amat bencikan perniagaan.

Orang Cina tidak mahir dalam urus niaga dan mereka berniaga kerana terpaksa dan dipaksa, berikutan tiada pilihan lain. Jika tidak, seumur hidup mereka akan bekerja di bawah orang lain.

Orang Indonesia yang menjadi buruh kasar buat seketika di negara kita, selepas itu mereka menjadi kontraktor dan ada yang menjadi peniaga warung dan restoran. Orang Bangladesh pula boleh menjadi peniaga kecil-kecilan termasuk membuka kedai mamak.

Apa yang mereka lalui adalah sama seperti dilalui orang Cina semasa mula-mula masuk ke negara ini. Hanya zamannya sahaja berbeza tetapi perjalanannya sama. Orang Cina, Indonesia dan Bangladesh mempunyai sebab-sebab sama. Mereka berniaga kerana terpaksa dan untuk hidup. Ini bukan cerita yang sengaja diada-adakan.

Oleh itu, orang Melayu akan mendapat lebih banyak manfaat dengan memahami orang Cina di Malaysia daripada pergi belajar ke negara China.

Perubahan orang Melayu tidak semestinya boleh berlaku dengan hanya menghantar pelajar ke China kerana keadaan kaum itu tidak seperti penduduk China yang terdesak dan terpaksa membuat perubahan untuk hidup. Orang Melayu tiada kesulitan yang mendesak dan mereka mempunyai peluang yang sangat luas.

Jika mahu orang Melayu mahu berubah seperti penduduk dari China, lebih baik lepaskan sahaja orang Melayu untuk bersaing secara adil dengan kaum-kaum lain.

Nampaknya, kerajaan tidak berani untuk berbuat demikian kerana ia akan menimbulkan risiko terlalu besar dari segi politik. Sebab itu, ada generasi muda Melayu yang mempertikaikan kenapa kerajaan tidak membantu kaum bukan Melayu supaya berlaku persaingan secara adil.

Adalah tidak memadai pihak kerajaan membuat perubahan di semua sektor sedangkan pada masa sama pemimpinnya sering mengingatkan bahawa keutamaan orang Melayu tidak boleh diubah sama sekali.

Sumber : Utusan Malaysia

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

6 Responses to Orang Cina Bencikan Perniagaan dan Berniaga Kerana Terpaksa ? – Nanyang Siang Pau

  1. ahmad says:

    Saya pernah tinggal di Australia beberapa tahun. Di sana saya bertemu orang-orang Melayu yang berasal dari Singapura, malaysia & Indonesia. saya dapati mereka boleh berjaya di bidang perniagaan dan professional dengan bangsa lain. saya fikir pendapt itu betul. sebab bila mereka keluar dari comfortable zone di tanah air sendiri mereka tahu untuk bersaing dan mempertingkatkan diri. They have to choose to sink or to swim. Natually they have to learn to swim, because one do not want to sink.

  2. M Hidzir says:

    Life begins at the end of your comfort zone

  3. jojo says:

    penjelasan ini sama dengan rakan Cina saya. Sesungguhnya kita perlu sedar, never let others ‘spoon-feed’ you for the rest of your life. learn to feed by your own.

  4. deen says:

    botol tu botol… kalau lar cina yg jadi PM kiter… bayangkan lar..

  5. Omnia8gb says:

    kalau partner cina depan aku sekarang ni tahu aku tengah bukak website ni mesti kembang lubang hidung dia.

  6. SokmoKito says:

    Saya Pernah Dengar Prof Cakap..Orang Melayu Pandai Tapi Malas,Orang Cina Bodoh Tapi Rajin Dan Orang India Bodoh Dan Malas..Cuba Anda Pikir2Kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>