Sepanjang 5 tahun saya membawa usahawan ke negara China untuk memborong, antara produk yang paling menghairahkan bagi wanita adalah kain pasang atau kain ela. Malah pemborong-pemborong di China sendiri sudah mengetahui hal ini.
Kain-kain ela ini akan dibeli untuk dibuat baju kurung, baju kebaya dan blouse.
Menurut usahawan yang membeli kain ela di sini, mereka dapati harga yang ditawarkan di sini adalah 3-4 kali ganda lebih murah daripada harga yang didapati di sana. Contohnya kain 4 ela di sini yang berkualiti tinggi berharga sekitar RM 55-60 dan boleh dijual di Malaysia dengan harga RM 180.
Kain sutera China adalah menjadi pilihan utama usahawan yang memborong di negara China.
Selain itu, pemilihan corak juga sangat penting. Jika kainnya berkualiti tinggi tetapi coraknya tidak menepati citarasa masyarakat Malaysia, maka tidak ada pelanggan yang akan membelinya.
Pemilihan corak ini pula berbeza mengikut umur, saiz badan, ketinggian, warna kulit dan status samada anak dara atau sudah berkahwin. Pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan untuk pemilihan kain yang sesuai.
Bagi seorang lelaki seperti saya, tentu ini satu perkara yang memeningkan namun bagi wanita mereka bahagia menghabiskan berjam-jam memilih kain ela / pasang di kedai borong di Guangzhou ini.
Kepada yang berminat untuk memborong kain ela dan kain pasang dari negara China silalah melawat website kami di www.kursusborongchina.com atau hubungi kami di 017-2517515. Kami menyediakan perkhidmatan kursus, rombongan ke China serta menguruskan penghantaran balik barangan dari China ke Malaysia.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil









Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Memang pening kalau orang lelaki pilih kain, sampai saya suruh amoi kedai tu tolong pilihkan (amoi kedai boleh cakap melayu)…beli untuk adik beradik aje..teringat masa dahulu pergi shenzen naik keretapi laju ke Guangzhou, lepas tu pergi kedai kain naik bas.
Brape sepasang harga kain sutera china di sana ye
Berapa kos tambang pergi balik
Saya bersama suami akan berangkat ke guangzhou pada 16jan.kami nak borong kain cotton ella utk berniaga…blh tak berikan saya info utk kargo penghantaran dr guangzhou ke malaysia.yg boleh hntr barang kita hingga ke rumah.
Salam puan, kami hanya handle shipment mereka yg join kursus dan rombongan kami sahaja.
Alaa tuan SJ..kata nk nolong org melayu meniaga..nk menaikkan taraf idup org melayu laaa…taknak org melayu jadi binatang peliharaan laa…tlg laa akak tu..dia nk info jer..bkn nk suh handle shipment dia pn..~
Dlm kursus dan rombongan ni, kami terangkan details cara2 penghantaran balik ini, termasuk pembungkusan dan prosedur pengeksportant serta banyak lg perkara2 berkaitan.
Jika customer just nak hntr mcm tu saja, biasanya akan melibatkan banyak masalah lain nnt. Sbb itu kami hanya handle shipment untuk peserta kursus dan rombongan kami sahaja. Mohon maaf.
As salam…bila en. shahabudeen akan buat rombongan ke china lg?sy berminal utk menyertai rombongan ke china..
katakanlah sy sudah menghadiri kursus yg di adakan dan saya berminat untuk menyertai rombongan ke China. blh sy tau brapa kos yg di perlukan untuk trip tersebut?
saya belum menyertai kursus..tapi saya berminat untuk mengikuti dan ingin menyertai group ke China ..berapa kosnya dan bagaimana caranya??
saya harp anda menjawab persoalan sy
a’kum…tolong email detail utk menyertai kursus ,dan berapa kos ..t.kasih