Saya suka untuk menulis mengenai sesuatu topik seperti ini yang baru di pasaran. Moga dengan kita mempunyai sedikit sebanyak ilmu mengenainya apabila trend atau teknologi ini sampai ke Malaysia. Ini bakal memberi kita kelebihan mendahuluinya berbanding orang lain. Yang lebih penting, kita cuba sampaikan ilmu dalam bahasa Melayu supaya lebih ramai orang Melayu dapat mengikuti teknologi semasa.
Apa Itu Bitcoin ?
Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank. Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah dan murah.
Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.
Bagaimana Bitcoin Bermula ?
Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.
Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?
Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat ‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa. Klik di sini untuk baca lebih lanjut.
Bagaimana Bitcoin disimpan ?
Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit. Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.
Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?
Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan jutaan barangan lain.
Sila klik di sini untuk melihat senarai website-website yang menerima Bitcoin sebagai salah satu matawang yang diterima.
Berapa Nilaian Bitcoin ?
Nilai Bitcoin buat masa ini belum lagi stabil. Ia pernah turun serendah USD 2 dan pernah naik setinggi USD 6. Harga semasa Bitcoin adalah USD 4.00. Trend semasa menunjukkan matawang ini akan menjadi stabil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi.
Persoalan paling utama di sini, Adakah Bitcoin bakal mengubah kewangan dunia sepertimana internet mengubah industri penerbitan ?
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



“Yang lebih penting, kita cuba sampaikan ilmu dalam bahasa Melayu supaya lebih ramai orang Melayu dapat mengikuti teknologi semasa.”
Tuan,
Saya senang sekali dan sangat bangga kerana Tuan memiliki sikap begini. Saya teringat kisah seorang usahawan penerbitan iaitu Ainon Mohammad, tuan pengerusi syarikat penerbitan PTS.
Antara salah satu niat beliau mewujudkan syarikat PTS adalah untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai nilai ilmu dan komersial yang tinggi.
Hari ini, beliau mampu tersenyum dengan perniagaannya. PTS sudah melahirkan ramai penulis jutawan. Malah, Abdul Latip Talib, penerima royalti tertinggi menjadi orang pertama di situ dengan nilai jualan setahun melepasi angka RM1 juta.
Seorang usahawan barangkali begitulah sifatnya. Berani menanggung risiko dan melihat peluang di sebalik setiap halangan.
Saya percaya ramai orang, syarikat dan pasaraya akan menggunakan btc di masa hadapan, bila kad baru Mastercard diedarkan sekitar bulan Oct 2012. Sika kunjungi laman saya untuk berita terkini. Saya percaya btc juga akan membuka peluang baru dan menarik di Malaysia. Kita tunggu, ya.
salam,
Saya bercadang utk mempromosikan bitcoin dengan niat utk meluaskan pengetahuan rakyat malaysia mengenainya, bolehkah kiranya saya mengambil kandungan artikel tuan seperti dibawah utk dimuatkan ke dalam site saya.
Thanks & Regards
http://www.shahabudeenjalil.com/2011/12/matawang-internet-masa-depan-apa-itu-bitcoin-bagaimana-menggunakannya/