Keusahawanan Untuk Kanak-kanak

Kita sering mendengar orang yang ingin memulakan perniagaan tetapi mula merungut bahawa sepatutnya dia memulakan perniagaan ini lebih awal. Namun dia menjadi semakin kecewa kerana tidak ada sesiapa yang menggalakan beliau untuk bermula sewaktu masih muda.

Jom kita kembali sewaktu kita di sekolah rendah… Sewaktu dibangku sekolah rendah, cikgu akan bertanya setiap murid di dalam kelas, apakah cita-cita kamu semua ?

Maka jawablah semua budak-budak ini samada pilot, ahli bomba, polis, doktor, peguam dan murid perempuan pula akan menjawab pramugari, pelakon filem, jururawat dan sebagainya.

Cuba tanya diri anda sekarang, adakah anda ingin menjadi salah satu daripada pekerjaan di atas ? Ramai yang sudah tentu menjawab tidak.

Namun kita sering mengulangi kesalahan yang sama apabila kita mengajar anak-anak kita pula dengan mengalakan mereka ini bercita-cita untuk menjadi salah seorang yang mempunyai pekerjaan di atas.

Usahawan atau peniaga sering dianggap sebagai sebuah kerjaya yang kurang selamat dan tidak memberi jaminan masa depan. Dalam dunia yang berkembang seperti hari ini, tidak ada pekerjaan tetap yang selamat. Walaupun anda bekerja dengan kerajaan atau mana-mana syarikat swasta yang besar.

Jadi apa salahnya kita memupukkan nilai keusahawanan kepada kanak-kanak ?

Anak-anak kecil ini perlu diajar dengan nilai keusahawanan seperti

- Penyelesaian masalah
- Menjadi pemimpin dikalangan rakan
- Menjadi kreatif
- Tahu membuat duit dan menguruskannya
- Kemahiran pengucapan umur
- Bagaimana untuk menjual
- Bagaimana untuk meminta pertolongan
- Tidak menyerah kalah
Semua di atas adalah ciri-ciri yang perlu dan wajib ada pada usahawan. Usahawan bukanlah hanya sebuah kerjaya, usahawan adalah satu cara kerja.

Apa perasaan anda apabila anda tahu dan belajar keusahawanan ini sejak dari kecil ? Tentu anda tidak perlu membuat masa tua anda hanya untuk belajar satu persatu kemahiran keusahawan.

Kebanyakkan usahawan yang berjaya adalah mereka yang bermula sejak awal. Ini benar dalam semua bidang sebenarnya. Apabila kita masih kanak-kanak, ini waktu terbaik untuk kita memupuk apa saja jenis kemahiran. Samada kemahiran berbahasa, bersukan, berpiano ataupun berniaga.

Kita yang mencorakkan masa depan anak kecil ini.

Jadi sebagai pembaca blog ini anda tentu seorang usahawan atau bercita-cita menjadi usahawan atau orang yang bergaul dengan usahawan.

Jadi tentu anda tahu, keusahawan adalah bidang yang menjadi idaman hampir setiap orang. Jadi kenapa tidak anda memupuk nilai-nilai usahawan yang penting dalam diri kanak-kanak ini sejak dari kecil lagi ?

Sekian, terima kasih.

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

2 Responses to Keusahawanan Untuk Kanak-kanak

  1. Sha says:

    Memupuk semangat keusahawanan adalah perkara pokok yg diterapkan oleh org2 Cina kpd anak2 mereka sejak kecil. Berniaga dianggap kerjaya hebat dan disanjung didlm masyarakat. Sedangkan zaman kecil dulu, kita disogokkan idea yg belajar dgn tekun hasilnya nanti kita akan berjaya mendapat jawatan besar kerja ‘gomen’, dpt gaji tetap dan secure sampai pencen. Hasilnya kita mmbesar sbg org biasa2 yg tidak pandai bersaing dan merebut peluang. Jika mahu melihat anak melayu berdiri sama tinggi dgn kaum lain 10-20 tahun Akan dtg, usaha menyemai benihnya harus dimulakan hari ini juga! Atau kita hanya ttp disini memandang dari kejauhan…

  2. Tutor Hambal says:

    Idea yg mantap! Apa lagi, jom ah jv buat kelas tuisyen bisnes utk kanak2! kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>