Di bawah adalah satu artikel menarik yang ditulis oleh rakan saya Mohd Alif Nordin
Kenapa Saya Tinggalkan Public Gold
Disclaimer:
1.Nama “Public Gold” atau singkatannya iaitu “PG” di dalam artikel ini adalah merujuk kepada empunya laman web www.publicgold.com.my
2. Artikel ini ditulis oleh saya, dari perspektif mentaliti seorang bisnesman full time (Aidan Group) sejak lebih 5 tahun yang lalu dan seorang Master Dealer bagi Public Gold yang tidak puas hati dengan pengurusan Public Gold dan sudah tidak aktif mempromosi produk Public Gold.
3. Artiel ini tidak memburukkan mana-mana produk Public Gold. Semua pembeli produk Public Gold perlu yakin bahawa produk Public Gold diperbuat daripada emas dan perak yang tulen dan berkualiti tinggi.
4. Segala keputusan yang dibuat dan mengapa artikel ini ditulis adalah atas dasar pilihan peribadi, bukan kerana dipengaruhi atau disuruh oleh orang lain.
5. Artikel ini ditulis tidak atas dasar sentimen perkauman antara bangsa Melayu dan Cina atau mana2 bangsa.
***************************************
Nama saya ialah Mohd Alif Nordin. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, saya adalah seorang Master Dealer yang sah bagi Public Gold (PG). Mungkin setelah mana2 pihak menyampaikan artikel ini kepada pihak pengurusan PG nanti, maka dealership saya akan ditamatkan dan saya tidak dibenarkan lagi untuk mempromote produk PG. Serious…. saya tak kisah langsung. Kalau saya kisah, maka tak mungkin saya akan mengeluarkan artikel ini. Sila sebarkan artikel ini jika anda rasa ianya berbaloi disebarkan.
Baiklah. Mari kita mulakan. Mengapa saya tinggalkan Public Gold?
1. Business model jangka panjang yang menguntungkan syarikat, tetapi tidak bagi agent/dealer.
Semua dealer PG tahu, sesiapa sahaja boleh membeli produk PG terus di cawangan PG di seluruh Malaysia. Anda boleh tanya kepada mana2 dealer tentang rancangan PG untuk membuka semakin banyak cawangan PG di seluruh Malaysia.
Kesan terhadap syarikat?
(a) Syarikat PG semakin dikenali ramai. Brand equity nya akan semakin meningkat. Produk PG senang didapati di mana2. PG makin maju.
(b) Syarikat dapat buat untung lebih sebab tak perlu tolak % komisen untuk dealer memandangkan pembeli boleh beli direct tanpa perlu melalui introducer/agent/dealer.
Kesan terhadap dealer?
Cuba anda semua fikir, bila sesiapa sahaja boleh pergi ke mana2 cawangan PG untuk membeli produk, bukankah ini akan ‘membunuh’ semua dealer dalam jangka masa panjang? Untuk bangunkan PG, dealer2 di leverage kan. Bila syarikat makin berkembang, dealer2 dipinggirkan secara ‘halus’. Kalau anda tanya orang2 top dalam PG mengapa ini dilakukan, mungkin mereka akan memberi alasan bahawa “…nanti senang untuk dealer2 nak pick up produk utk customer“.
hahahaha…bagi saya ini cuma alasan gula2 utk menyedapkan hati dealer. Mula2 memang la. Lepas pembeli dah tau diorang boleh beli direct and tempat nak belinya tak jauh mana, saya yakin sebahagian besar pembeli akan beli direct drp cawangan PG berdekatan dan bukan lagi melalui dealer. Sama macam orang beli produk di kedai Habib Jewel dan sebagainya. Kenapa? Gunalah common sense. Kalau anda di beri pilihan semasa nak beli logam berharga, anda suka dapat ‘fresh’ from kedai atau melalui orang tengah? Anda sendiri tahu jawapannya.
Mungkin juga orang2 top dalam PG atau admin ofis PG akan bagitau anda yang ada limit bagi mereka yang membeli terus di cawangan PG. Haha…betul ke tu? Cuba tanya balik diorang betul2. Kenapa saya cakap sebegini? Jawapannya ialah…SEBAB SAYA DAH KENE! Kita ni dealer punye la update blog promote sana sini, pastu kawan call tanya macam2. Punye la banyak kali saya pesan kat kawan saya, bila ready nak beli, call saya untuk lock harga. Tapi tunggu punye tunggu, bila saya sms balik kawan saya utk tanya dia bila nak beli, dia jawab macam ni lebih kurang,
Alamak, sori bro. Aku dah beli direct. Aku ingat boleh beli direct macam kedai emas biasa“.
Huhu…pasal Allah masih bagi saya iman, saya yakin ianya bukan rezeki saya je la. Takkan nak salahkan pembeli? Dah la kawan saya tu beli berpuluh ribu. Dah berapa dah tu komisen saya melepas? Anda semua dealer PG, anda tentu faham perasaan saya kan? Nak fight dengan PG utk dapatkan komisen tu? Dah berapa hari dah kawan saya beli masa tu. Apa bukti yang saya boleh guna utk claim yang sayalah introducer kawan saya tu? Aduii…leceh la macam ni kalau nak kene gaduh selalu…
Walau bagaimana pun sebagai seorang bisnesman, saya boleh faham keinginan PG nak dapatkan untung lebih bagi jangka masa panjang. Sama je dengan kebanyakkan (bukan semua ye) syarikat2 lain. Tapi, syarikat2 lain ada la rasional nya dalam menjaga kepentingan dealer2 mereka. Sebagai contoh, syarikat Hargaemas Resources yang saya sudah daftar sebagai dealer, mereka menyediakan saluran alternatif kepada dealer untuk membuat untung yang berbaloi-baloi, walaupun mereka juga mengamalkan polisi “boleh beli direct” seperti mana Public Gold.
Ini adalah sebab utama mengapa saya tinggalkan Public Gold.
2. Komisen yang sangat sedikit, iaitu 2%.
Itupun hanya untuk Master Dealer. Kalau normal dealer, lagi la sikit. Semakin lama kita bertapak di dalam sesuatu industri, kita akan semakin masak akan selok-belok industri tersebut. Antaranya ialah, kita akan makin tahu berapa profit margin mereka sebenarnya. Daripada situ kita boleh agak berapa banyak untung yang mereka buat. Mungkin anda bertanya, “…kalau komisen PG sikit sangat, dah tu kenapa ramai je yang berminat nak jadi dealer PG?”
Jawapan saya ialah PG pandai ‘mengaburi’ fikiran dealer2 (termasuk saya lebih 2 tahun yang lalu) dengan selling point pertama iaitu “PG akan buka banyak cawangan seluruh Malaysia. Jadi, nanti dealer senang nak amik produk untuk customer“. Bila fikir selapis, bunyi macam sangat bagus sebab PG akan ada banyak dealer support centre (konon!). Nampak macam sebuah syarikat yang kukuh dan serious untuk berkembang maju dalam jangka masa yang lama. Bukan ‘fly-by-night’ punya syarikat. Tapi bila saya fikir dua tiga lapis, saya rasa saya dah nampak tembelangnya. Terutamanya bila saya sendiri dah kena macam yang saya cerita di point no.1 di atas.
Point yang kedua ialah PG ada kelebihan sebagai antara ‘abang sulong’ yang mempunyai modal besar dalam merancakkan industri pelaburan jongkong/dinar emas fizikal di Malaysia. Mereka agresif. Saya akui tentang perkara tu. Lebih 2 tahun dulu, berapa ramai la sangat orang sedar tentang pelaburan emas? Berapa banyak la syarikat yang bergerak aktif seperti PG? Sikit je. Dengan kelebihan modal yang besar dan marketing yang agresif, ramai yang ‘terbeli’ dengan PeLuAnG KeEmAsAn (ye la tu!) yang ditawarkan PG.
Anda mungkin bertanya lagi, “…bagaimana pula dengan beberapa top leader PG yang dapat mengaut PeLuAnG KeEmAsAn yang ditawarkan PG? Takkan mereka tak nampak tentang perkara ni?” Haha…saya yakin, itu sebab mereka dah too deep dengan PG. Walaupun mungkin mereka dah lama sedar dengan point2 yang saya utarakan di dalam artikel ini, macam mana la diorang tu nak detach dengan PG? Apatah lagi kalau yang dah dapat BMW sebijik dan dah jadi jutawan. Memang Public Gold je la yang betul. Orang lain yang tak sependapat dengan pengurusan PG semuanya tak betul. Haha… human factorla katakan…kita kene fokus…betul tak brader Syukor? hehe…
3. Tak boleh promote produk syarikat lain.
Huhu…point ni yang saya paling panas. Sebab apa? Sebab PG menganggap dealer2 mereka macam kan PEKERJA TETAP mereka. Sebagai seorang bisnesman tegar, ini memang saya punya pantang. Kalau tak, takde nya saya jadi bisnesman full time sejak zaman kawan2 saya semuanya dok sibuk hantar resume untuk cari kerja kat syarikat2 besar. Pekerja tetap mesti ada gaji basic. Berapa gaji basic saya tiap2 bulan yang PG bagi? Mana slip gaji nya? Mana offer letter nya? Kalau saya ni pekerja tetap, saya boleh faham dan respect la clause 4.e yang berbunyi “must sell only Public Gold products“. Saya ada lima orang pekerja tetap di ofis. Saya sendiri pun akan marah kalau masa office hour pekerja saya dok sibuk promote side business lain yang mereka dok buat.
Alasan brader Syukor…”kita kene fokus“. Bunyi betul tapi ikut definisi individu lah. Dia punya definisi fokus ialah “fokus = fokus kepada Public Gold sahaja“. Fokus bagi saya pula ialah fokus kepada industri logam berharga. Tapi bukan lah bermakna saya nak jadi dealer untuk 10 syarikat pengeluar emas atau silver pun. Saya bukan la sebodoh itu.
Saya bagi satu contoh. Mc Donald kalau jual satu jenis burger je boleh hidup ke? Adakah disebabkan kene fokus, Mc Donald tak patut jual beberapa jenis burger (Big Mac, Chicken Burger, Cheese Burger, etc) dan complimentary items (french fries, ais krim, etc) untuk memajukan perniagaan mereka? Ada ka patot macam tu?
Alasan brader Syukor lagi…”we are talking about human factor“. Saya diberitahu yang Public Gold banyak keluar duit untuk marketing bagi support dealer seluruh Malaysia. Antaranya ialah sponsor conference mempromosi penggunaan dinar, keluar di slot2 televisyen dan juga artikel serta iklan surat khabar. PG juga sponsor brader Syukor, Pokli dan sorang lagi (saya tak kenal dia) untuk bergerak ke seluruh Malaysia bagi mengadakan seminar PG. Itu setakat yang saya tahu. Apa2 pun, point nya ialah macam ‘tak kenang budi’ la. PG dah keluar duit support dealer tapi dealer boleh ‘curang’ promote produk syarikat lain.
Hahaha…meh sini baca point saya:
(a) Syarikat keluar duit untuk support marketing for dealers adalah amalan biasa syarikat2 direct selling. Dan mereka takde pun wujudkan clause 4.e tu. Tak payah la nak cerita besar untuk cuba wujudkan perasaan guilty conscious dalam diri dealer2 bila mereka promote produk syarikat lain. Ada sorang normal dealer mengadu kat saya yang dia nak promote produk syarikat lain yang boleh compliment produk PG, tapi terus dapat show cause letter daripada PG. Hahahaha…agent dapat show cause letter sebab nak promote produk yang complimentary kepada produk PG? Ini the first case in the world kot? haha…memang saya gelak bila dapat tahu berita ni.
(b) Kalau nak sangat enforce clause 4.e tu, enforce kat dealer seperti Syukor dan Pokli tu dah la. Baru la adil. Mereka memang full time all out promote PG. Itu pun mesti berdasarkan persetujuan bersama. Dealer2 lain yang tahap ikan bilis tu, berapa la sangat komisen yang diorang dapat? Pesaing dah la makin banyak. Komisen pulak ciput. Aduhai…
Anda mungkin nak bertanya kepada saya, “…kalau dah tau ada clause 4.e tu, kenapa Alif gi jadi Master Dealer PG dulu?”. Jawapan saya ialah, ini memang saya silap sebab tak anggap PG serious untuk enforce clause tu. Waktu tu pun memang saya tak tau mana2 syarikat lain yang offer dealership seperti PG untuk di buat perbandingan. Banyak sangat yang saya nak serap dalam kepala saya ni masa tu tentang industri logam berharga ni. Sekarang, saya tak nak buat silap kali kedua.
4. Sistem pengurusan komisen yang tidak telus.
Bila anda dapat komisen, anda tahu tak ianya adalah jumlah terkumpul dari saluran mana? Kalau PG silap kira, anda ada cara untuk claim tak? Apa dokumen yang anda boleh guna? Apa dokumen yang anda boleh guna untuk support anda buat apa2 loan kat bank? Bukankah sepatutnya ada cara yang lebih baik untuk membuat online marketing dan ordering system bagi agent?
Entahlah. Saya ada syarikat IT (www.aidantech.com). Saya tahu sistem apa yang diperlukan untuk menjadi sebuah organisasi yang telus. Saya tahu sistem apa yang boleh digunakan untuk bantu agent buat online marketing dengan cekap dan agresif. Syarikat saya memang ada pengalaman luas.
Kenapa saya tak cadangkan kepada PG? Hmmm…saya dah tawar hati la dengan PG. Tahun lepas PG dapat sales RM100 juta (ini brader Syukor yang bagitau saya sendiri over the phone). Dia boleh je cari syarikat2 lain yang besar2 untuk bangunkan sistem yang lebih teratur dan efisyen. Betul tak Mr Louis? Hehe…
***************************************
Baiklah. Setakat ini je lah artikel ini. Mungkin setelah pihak PG membaca artikel ini, mereka akan membaiki segala kelemahan yang dinyatakan di atas. Kalau betul la begitu, alhamdulillah. Tahniah! Bagus la untuk anda semua dealer2 PG yang masih aktif mempromote produk PG. Sila sebarkan artikel ini (boleh klik butang ‘Share’ di bawah) sekiranya anda rasa ianya berbaloi untuk disebarkan. By the way, saya sekarang jadi dealer untuk syarikat lain. Komisen yang mereka beri jauh lebih baik dari kebanyakkan syarikat di luar sana. Sistem mereka juga lebih bagus dan mereka tiada polisi2 yang karut-marut. Saya lebih selesa bersama mereka.
Sumber : Pelabur Silver
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Teringat post berkenaan sosej Ramly tempoh hari… Adakah ini satu daripada jenisnya? Senang kan??
Tak perlulah highlight nama syarikat kalau tulis artikel. Cukup bagi hint aje.
kadang kadang perlu jugak sebut btol2..bila saja hint maklumat yang ingin sampai kn tidak tepat kebanyakannya tambahan pula org melyu memang mudah kena tipu..keadilan memang pahit untuk di dengar atu di terima..jangan marah sekadar pandangan peribadi
x payah hint2 ….aku pun dah x jd nak jd agen pbgold….aku beritahu yg lain2 laaa kat member2,,cantik!!!
Setiap orang boleh mempunyai hak menyatakan pandangan, lagipun saudara Aliff menyatakan sebab dan musabab tindakan dan pandangan beliau. Kalau hint2 lagi teruk kan, semua orang akan terkena walaupun orang yg buat bisnes betul2.
pembeli emas je xpe kan.. yang xnak jadi dealer xterlibat dlm artikel ni kn?
Bagus jgk artikel ni utk dikongsikn…utk pengetahuan.
Tp knp nama PG tiada dlm senarai bank negara?
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sembilanlagifirmadikenalpasti/Article
Bro,
Tq sbb bagi maklumat untuk disahihkan dan diteliti utk setiap warga yang masih setia dengan PQ. Bagi saya, skang ni saya tgk, kebanyakkan MD MD PG ni menggunakan aspek memburukkan syarikat lain contohnya GSR (sbb menjual emas 1 gram, Serambi Emas (buat sistem 30:70) dan yang paling glamer skali Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (beli emas dpt hibah). Kutukan demi kutukan dilemparkan dan sebenarnya ini menunjukkan mentaliti seseorang MD, PD atau D itu sendiri. Yang sekarang ni pulak, Dealer yang baru merangkak terpaksa bersaing dengan otai2 MD dalam membuat jualan.. Tp sungguh kasihan.. Ada yang sanggup menjual emas mereka walaupun hanya untung RM3-5.. kesian sungguh saya tgk.. Saya tak pernah tgk syarikat2 berkaitan membalas balik kutukan yang dilemparkan mungkin kerana sibuk menguruskan aktiviti masing2 daripada sibuk menjaga tepi kain orang.. (itu laa sikap orang2 M kita).. Sebenarnya syarikat lain mempercayai produk dan kaedah masing2.. Jd kenapa perlu memburukkan syarikat lain.. Dan ramai yang mencari rezeki di syarikat masing2.. Dan ramai MD, PD atau D mengatakan emas perlu dibeli dengan elmu, jauhkan sikap 2t (tamak dan takut) untuk mengaburi mata pembeli diluar sana.. Bagi saya, zaman dulu kala, nenek saya beli emas tak pakai ilmu dan tak perlu tgk apa2 graf tu ok jer.. hehehe… bagi saya skang ni PG sudah merasa era tepu dalam pasaran (dengan persaingan sesama mereka dan syarikat lain).. sbb itu mereka seperti terdesak untuk mencari pelanggan.. Kesian..
rasanya awk silap, syarikat lain lagi byk kutuk PG.. Tgk jela fb2 serambi emas dan GCP mcm2 diorg ckp pasal (kutuk) PG. bg saya apa yg diperkatakan ttg syrkt lain ada benarnya. Cara 30:70 ada keburukkanya pada pembeli sekiranya tak dpt bayar menanggung hutang.. Geneva lak kan dah kena band dgn bank negara.. Lagi satu syrkt lain nilai susutnya tinggi berbanding PG. Dan harga pun agak mahal dr PG..
artikel ni myb dituju kt dealer2 je..klu sy berada di tmpt pnulis pn sy pn akn rse cm2..kita usha gile2 nk tarik planggan tp ape yg dpt x stimpal dgn ape yg kita ushakn. tp klu kita ni bkn dealer cme individu yg nk kn ssuatu brg shj xde mslh klu nk bli kt PG ke atau mne2 tmpt sbb bnda2 tuk smpnan kita..klu xdpt komisen pn xksh sbb2 bkn kje ttp kita..sy pn setuju dgn ape yg dikatakn penulis sbb die kje kt c2 die tau la ape yg baik n ape yg buruk kt tmpt2..klu xde artikel ni kita mgkin xtau keadaan yg sbnr situasi kje kt tmpt dimana pnulis bekerja dlu..
bgus sgt artikel ni..bukn senang kita nk dpt crita org mahu buka mulut,ada sesetgh org,dia x peduli,bg org rasa kene dlu bru pla nk uat tindakan,huhu…artikel luahan terbaik.
Info berguna.kadang-kadang stress bila member beli direct terlepas komisen.
byk kali dh jd kt aku…siap 2 org daftar jd dealer atas info dari aku tp x tulis nama aku sebagai introducer..
melayu memang bangsa yg mudah ditipu..termasuklah aku
Bagus anda telah sedar..apabila kita tak untung dok tipu orang, tpi klu ada untung mkin anda tak sedar lgi… He he
Munking syarikat takbayar banyak atau kita ada benda lebih untung maka kita warkan yg kita bawa bagus dan baik.
Bagus jgk artikel ni utk pengetahuan umum.
skiranya sy nk menceburi dlm pelaburan emas ni
syarikat apakah yg ok dn lulus oleh BNM.
a ah.. sy pn nak tau jugak.. sekiranye nk jd dealer or terlibat dgn pelaburan emas ni, syarikat apa yg terbaik n d luluskn oleh BNM?
hahah.kalau dh nama produk dari bank paham2 aje la.bank nih kan profit oriented gile2.buat la ape2 deal/project dgn bank mmg x akan untung besar la.mesti byk yang dia kaut dulu sebelum dia bagi kat kite.hanya org yang x pikir panjang dan terdesak saje la yang buat urusan dgn bank.sedihnya ramai org sebegini.
kalau bank pun tak leh caya, camner nak caya sy.2 camtu… semua org niage nak profit… kalo tak, buat aper niage.. kalau dah kena serbu cam sy. Genneva tu.. satu sen pun tak dpt …lagi tension bro….fenin..fenin
hei brader..lu klu tak tau ape2 bagila salam dulu..Public Gold tu bukannya bank..aku benci PG
PB ni xder kaitan dgn public bank…ramai org tersilap kat sini…dan lagi satu, skang PB ni dalam pemerhatian BNM…
PG dh ada dlm senarai Bank negara malaysia senarai terkini syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan telah dikemaskini.
cuba lihat no.63- terpampang nama syarikat [Public Gold Sdn Bhd] http://www.publicgold.com.my. Jenis aktivitinya [Pelaburan emas] Tarikh dimasukkan
dalam Senarai Berjaga-jaga adalah pada: 27/09/2012
lau x percaya lihat di laman Bank Negara Malaysia ini…
http://www.bnm.gov.my/documents/2012/20121015_BM_FCA_list.pdf
You terlupa sebut one thing…dapat baucer RM 100…tapi kena pula beli produk dia minimum 5000…nak cari kat mana pula 5ooo….kira dah burn la baucer b’day gift..
Bukankah PG mmg ada sistem untuk online order? 24 jam lagi tu…xkan x tahu? Kata MD…Dan cara nak tahu komisen adalah dengan lihat kembali penyata SalesOrder sepanjang bulan kita buat sales tu. Perkara mudah. Apa susahnya? by the way…PG dah clear dari alert list bnm…
http://www.bnm.gov.my/documents/2012/291012_FCA_bm.pdf
x payah la nak tegakkan benang yang basah. klo dah clear pun, tp ramai dh kena pijak, lagi mau teruskan ke? kesian la kt org2 yg dah trkena tu bro…
Cacai PG detected..melayu oh melayu
Org kalau dah dengki akan ckp mcm-mcm =) persoalannya, betol ker bende d ckpkan dlm artikel tu? Betul ker MD? Boleh check siapa MD d PG. Tak ramai pun. Apa2 pun, PG dh d luluskan oleh Bank Negara as sykt yg sah. Dah keluar dr list BNM. Kenapa kedai emas cina tak d persoal? Npe PG? Nmpk sgt nk kondem PG. Drpd kondem org lain better tgk diri sndiri betul ker tak.
sokong sokong…Aweh Fairuz..MD nie cm ludah ke langit jatuh ke muka sendiri!!!
Boleh jer kalau nak bagi komisyen lebih tapi spread margin letak lebih besar..
Cuba tanya dengan agen insurans bank berapa % komisyen..
Amat pelik bagi seorang yang mengatakan dirinya celik dari segi business meletakkan komisyen sebagai pendapatan utama walhal nak jadi tokey emas pendapatan utama adalah dari segi “buy back”..
Lebih kecil spread margin, lebih cepat customer untung.. lebih cepat customer untung, lebih cepat anda sebagai anda seorang dealer dapat membeli semula pada harga PG BUY..
owh lupa nak bagitau.. saya dari Sarawak. kalau tak bukak branch kat sini mana nak collect stock? Hari-hari terbang ke semenanjung ke? nak beratur berjam-jam tunggu collect stock lagi..
Assalaumualaikum Hafizul Hakim.
Rasanya akulah salah sorg dealer dibawah kau. Anyway, memang dah lama aku tawar hati dengan PG ni terutama di Sarawak. Bukan apa, tak habis2 nak hina syarikat emas lain. Yer, aku tahu PG ni bagus, tapi tak payahlah nak hina syarikat lain.
Rasanya penulis yg merupakan MD (sm seperti En Hafizul) ni tak puas hati disebabkan masalah orang biasa boleh beli emas ni tanpa dealer. So, hilanglah komisen yang ditunggu2.
Masih ingat lagi kenyataan En Hafizul mengenai kenaikan harga emas. Beli kena tunggu setahun dua baru emas naik. Rasanya emas susah nak naik lebih usd2000. Dah tunggu 2 tahun pun. Makin turun adalah. Kalau dulu, En Hafizul selalu compare harga emas mengikut harga tahunan. Sekarang compare tahun 2010 dengan 2012 sebab harga emas 2011 jatuh.
Sy pun, kalau kawan2 berminat nak join PG sy nasihat betul. Jangan terpengaruh dengan harga emas yang dibangga2kan sebab emas takkan naik sebegitu mudah kecuali ada2 yang berlaku seperti ekonomi jatuh/minyak naik. Jangan terpengaruh kalau orang tu kata sebulan boleh dapat rm10k sebulan jual emas. Semuanya indah khabar dari rupa.
Mamat Hafizul ni pandai suruh orang beli je. Entah-entah dia sendiri tak beli, dapat komisyen, bayar loan ASB dia le tu.
Korang tapis tapis la dengan mamat ni!!! Ramai dah terkena .. harga turun je, memang mamat ni suruh borong le, beli la!! silap haribulan dia sendiri tak beli huhuhuhuhu. Aku boleh agak ape yg engkau nak jawab lepas ni, you takde ilmu pasal tu you rugi…standard la jawapan engkau tu.. kenapa tak bagitau dengan orang bahawa pelaburan emas ni berisiko tinggi, high return but high risk.
Transparent le, asyik bagitau emas naik 20% tiap tiap tahun le, suruh orang loan beli emas le. Engkau buat loan ke untuk beli emas??? Nampak sangat penipu!!!!
Hati-hati le dengan penipu ni!!!
maaf mencelah keuntungan emas adalah melalui beli pada harga rendah jual pada harga tinggi dan lakukan aktiviti meniaga emas… itu sahaja yg saya nampak.. jika beli dan tunggu makan tahun la.. nak untung beli n meniaga baru untung..
bagus lah kalau public gold buat mcm tu,, kalau dia buat berlapis2 dan customer tak boleh beli direct ianya akan menjadi sistem pyramid pula,, MLM pula,, yang mana mlm dan pyramin ni banyaknye menindas org bawah je,,,
saya setuju jika PG buat beli secara terus,, bayar dat dapatkan emas anda,, dalam islam pun syaratkan jual beli emas kena secara fizikal dan pada masa berkenaan,,
bagus lah kalau public gold buat mcm tu,, kalau dia buat berlapis2 dan customer tak boleh beli direct ianya akan menjadi sistem pyramid pula,, MLM pula,, yang mana mlm dan pyramin ni banyaknye menindas org bawah je,,,
saya setuju jika PG buat beli asecara terus,, bayar dat dapatkan emas anda,, dalam islam pun syaratkan jual beli emas kena secara fizikal dan pada masa berkenaan,,
Public Gold lifted from BNM alert list *take note please*
http://www.theedgemalaysia.com/business-news/224034-public-gold-lifted-from-bnm-alert-list.html
Aku dah lama pikir apa yg bro tulis nie
sbb tu aku beli terus je
Paling penting, beli emas jangan buat loan. Nanti anda yang menyesal. Emas tak naik tapi bulan2 anda tetap kena bayar loan.
Kalau betul2 nak buat pelaburan, pelbagaikan. Sikit masuk ke ASB, sikit hartanah, sikit emas. Kalau emas jatuh, ASB tetap akan naik, tanah tetap akan naik. So, kuranglah rasa rugi.
Pelaburan mana tak rugikan, so nak kurangkan kerugian pelaburan, tulah caranya.
nak bagitau dengan orang ramai,
Kalau ikut nasihat Azizi Ali (PAKAR KEWANGAN) , secara idealistiknya, bank loan atau refinance HANYA patut dibuat hanya untuk dua2 perkara sahaja iaitu: (a) beli rumah (b) expand/kembangkan bisnes. Please note, dia kata ‘kembangkan‘ bisnes, bukan untuk baru nak mulakan bisnes. Beza besar tu.
Mcm Hafizul tu, ceramah macam bunyi economist, bunyi pakar kewangan, bunyi jutawan pun ade…huhuhuhu…biar betul bro… loan ASB pun tak habis bayar lagi. Harap komisyen downline je!!! pasal tu dier suruh orang beli je…emas turun beli la, borong le…biar betul mamat ni!!!
Entah-entah buku cheque company pun blom buka lagi… cuba you all tanya, kenapa dia tak buka company kalau serious dengan perniagaan emas ni!!!!
well guyz, dont worry. Memang dah ramai Master Dealer quit from PG.
Bukan setakat Master Dealer biasa ni. Cth: Dr Azahari Othman (Dr. Luv: Highest Purchaser dlm rekod PG in one invoice), Alan Poon, Pendita Emas (Johor), ramai lagi la, dari Kedah ada, Johor lagi la ramai, Terengganu etc… Nak sebut satu satu, tak larat nak tulis semua. Cerita paling best kalau nak dengar adalah dari Ex MD Azahari Othman. Yang keluar semua ini bukan Normal Dealer macam you all, nama yang disebut tadi ada yang pernah menjadi SPEAKER RASMI beb!!!!
Kalau speaker rasmi pun tak kial kial atau dah nampak lubang besar…. kalau you all masih nak terjun lubang PG tu…. teruskan la, duit you all, bukan duit aku pun kah kah kah kah kah
You all yang baru nak masuk Public Gold ni, memang kena tipu hidup hidup je!! JURUJUAL PG tu nak komisyen korang je… you all dah purchase… sure kena tinggal macam tu je, Bila nak jual harga emas masih rendah, Jurujual salah pembeli…tak cukup ilmu la, itu la, ini la… so macam mana nak buat…mcm ni, you all kembangkan business, kalau boleh rekrut seorang sebulan … hehhe kita kena suruh rekrut pulak… ish MLM ke ni…jawapan standard lagi… ni bukan MLM, kita lebih kepada pelabur … pelabur ke pelebur duit pembeli kah kah kah kah.
Ingat mereka semua ni, JURUJUAL !! Cakap pakar setinggi economist… siapa iktiraf diaorng ni?? Certified Financial Planner ke??
Lain la kalau yang bercakap mcm Tony Fernandes ke? Azizi Ali ke?? Orang yang mahir dalam ekonomi negara dan orang orang yang benar benar berjaya dalam sesuatu industri. Jangan cakap berjaya, sijil Certified Financial Planner pun tak lepas!!!! … Tunjukkan surat Bank Negara la, itu la ini la, pasal tu I bagitau, mereka ini HANYA SALESMAN atau dikenali sebagai JURUJUAL…standard la semua bergantung kepada komisen, rekrut orang sana sini, suruh downline kembangkan bisnes… semua nak PASIF INCOME je…yang teruk bekerja orang bawah la… LU OLANG PIKIR la
kesian nasib orang melayu yang terus kena tipu dgn PG…. aduhaii…
hhehehehheeh memang setahun bersama Public Gold, memang sekarang TERLALU RAMAI DEALER, rekrut sana sini dah sekarang PG ni, budak lulusan SPM je, nak citer pasal Kewangan, Ekonomi la ehhhehehe
Alahaiii, mengalahkan pakar ekonomi Malaysia !!! Kalau speaker tu, tahap macam Bill Gates walaupun education tak tinggi sangat, tapi bank dah umumkan tahap kewangan mereka ni. Yang juru jual kat Public Gold ni… hehehehehe loan ASB pun tak habis bayar.
Orang jutawan tak akan buat keje keje mcm ni, road show satu malaysia, bagi talk tiap tiap malam … Jurujual yang terlibat MLM je buat keje-keje mcm ni.
After reading all those comments, i already make a decision. No to Public Gold. I feel very very lucky after read all the reason, comments etc, otherwise I will regret if i make a purchasing RM200K, worth of gold with Public Gold.
Now, i go for Kuwait Finance House gold bar!!! Anyway, thanks again!!!
annie, gsr , gcp, also are good platform….
masing2 ada kelemahan.
tak perlu kecewa tuan,itu strategi marketing syarikat dia,kita kena bersikap profesional.pilihan ditangan kita,so kita buatlah pilihan.mmg kebanyakan syarikat mcm tu,mula2 lantik agen lps tu jual sendiri,sbb nak boomkan branding bukan senang…..mmg agen adalah leverage bg mana2 syarikat.siapa yg tak nak untung lebih….itu dah mmg plan syarikat dr awal jd kita kena faham.bg sy situasi ni biasa.kalau kita kenal potensi diri kita,maka kita tahu di mana nak letak diri kita….so tak perlu kecewa….sbb ia x membawa apa2 perubahan pd syarikat maupun kehidupan kita.
Menyesal tak sudah beli gold bar PG dengan mengeluarkan wang simpanan ASB. Setahun tunggu x naik-naik. Rugi tak dapat dividen ASB tahun 2012. Ni dah masuk bulan Februari, emas PG turun merundum. Kalau sampai bulan Mac tak naik-naik, walaupun rugi saya akan jual juga. Takut juga kalau Bank Negara black list PG, pembeli tak dapat apa-apa. Nak jual gold bar di kedai emas pun dia tak nak terima, melainkan kalau ambil barang kemas lain. Itupun dengan harga yang teramat rendah. Nasib-nasib…
alahai simpan emas setahun dah nak menuai hasil….mana boleh saudari.. jika nk menuai hasil dengan emas puan kenalah meniaga emas..jika simpan je kena ambil masa 3-5 tahun untuk nampak hasil…
Saya beli bukanlah banyak sangat. Cuma RM10,000. Itupun sebab ikut rakan-rakan sepejabat yang membelinya; tak sampai setahun mereka dah boleh jual dapat untung. Let say kalau RM10,000 selama setahun dalam ASB boleh dapat dividen dan bonus RM1,000. Kalau 5 tahun RM5,000. Bolehkah selepas 5 tahun nanti PB memberi keuntungan RM5,000? Lagi satu, semasa saya perlukan wang, nak gadai di Bank Rakyat, dan bank-bank yang disenaraikan tak laku. Dia orang tak nak terima. Cuma kedai emas sahaja nak terima. Itupun dia orang sanggup bayar separuh harga sahaja daripada harga actual gold bar. Patutnya saya tak beli gold bar itu kalau tak berkemampuan. Cuma bagi orang-orang yang mempunyai lebihan duit sahaja tidak mungkin tidak terasa kerugiannya.
Emas sngt bharga krn xdpt dicipta semula. Lambat-laun akan habis, tinggal je emas yg terpakai (used) contoh jewellery. You rugi dividend one year but gold punya value lg bynk. ASB tu kertas je, xnampat xpegang. Ni emas worldwide, xyah takut klau xde duit nnt.
Kena tengok apa tujuan MELABUR dan TEMPOH untuk mencapai keuntungan. JIKA suatu wang diperlukan dalam tempoh satu tahun misalnya, ini bermakna wang itu tidak seharusnya dilaburkan dalam EMAS atau SILVER (samada fizikal atau paper), pasaran SAHAM atau UNIT TRUST, SEANDAINYA berlaku kejatuhan pasaran, PELABURAN akan mengalami kerugian!! Biasanya sekiranya wang diperlukan dalam tempoh kurang dari 3-5 tahun, sebaik-baiknya simpan SAHAJA dalam akaun Lembaga Tabung Haji atau AMANAH SAHAM BUMIPUTRA di mana ia selamat dan mudah dikeluarkan. Maksud disini, hari ni masuk RM10, petang keluarkan pun masih RM10. Rasa-rasa nak keluarkan atau nak guna dalam tempoh 3-5 tahun, pilih la pelaburan dengan risiko yang rendah!!
Saya harus berkata kerana saya telah mengeluarkan ASB sebanyak RM200,000.00 dan telah membeli SILVER sebanyak 30kg pada Jun 2011. Hakikatnya sehingga kini, saya mengalami kerugian… inilah akibatnya tidak mempunyai ilmu dan hanya mendengar kata-kata seorang jurujual yang mengaku pakar dalam emas dan silver!!! ni semua adalah KOMISYEN SEMATA-MATA!!.
Saya juga merupakan BEKAS PRIORITY Dealer kerana belian LEBIH 100K dalam single resit. Saya keluar daripada Public Gold (PG) atau Publicgold kerana sya dapati mereka menjalankan sistem MLM atau Multilevel Marketing. Perlu diingat bahawa MLM adalah HARAM (http://zaharuddin.net/kewangan/303-hukum-mlm–jawapan-jakim.html)
Mulanya saya ditipu bahawa PG bukan MLM. Apabila saya bertanya seorang prof ekonomi daripada UPM, beliau memberitahu saya bahawa PG mengamalkan MLM.
Maksudnya, dalam company MLM tu sendiri kita boleh membina “business team” kita sendiri. Kita as leader, build other person as a leader and business people. Kita tak buat product kita sendiri, tapi company yang sediakan produk dan business system untuk kita.
DAHULU saya diberitahu bahawa PG adalah Single Level Marketing. Rupa-rupanya single Level Marketing adalah seperti Single Level adalah business yang biasa kita lihat. Contohnya jual pisang goreng tepi jalan. Single Level ni kita boleh buat cawangan, francais dsb. Selaunya orang yang tolong kita tu, kalau dia bukan partner, atau share holder, maka dia pekerja kita.
Berbeza dengan MLM, downline, upline tu bergerak as team.Thats why PG sering membuat TALK untuk merekrut downline. Of course, satu lagi tipu helah, kami tak suruh anda merekrut, hanya beli dan simpan kemudian jual. Tapi kenapa suruh saya hadir Normal Dealer Orientation pulak!!! Suruh buat name card la dsbnya. PENIPU!!!
Sebagai contoh JELAS (http://www.inspirasiemas.com/2012/03/new-dealer-orientation-ndo/)
” …..
Profil syarikat (kena la kenal sapa bos) hehehe
Product2 keluaran Public Gold
Cara-cara yang betul untuk jual emas
macamana nak cari customer
Macamana nak lock hrga emas
macamana nak promote emas dan lain2 ”
tertera “macamana nak cari customer”.. hehhe TIPU HELAH lagi….lepas tu kena suruh BAYAR RM10 lagi….hampeh betul ler… Macamana nak promote emas dan lain-lain … puii… ingat aku ni SALESMAN ker??? nak suruh aku jual jual.
Aku dah jual semua emas PG, dan beralih kepada emas Kuwait Finance House. Ade panel syariah, simpan pun senang, bank tolong simpankan, kita ade ape ape, senang waris nak tuntut. FREE OF CHARGE lagi. Layanan bank pun baguih…sebab dia layan kita sebagai PELABUR. Kat PG hang tengok….sure dia layan kita macam buruh kasar pulak. Ingat kita ni SALESMAN ke?? Suruh hadir NDO, lepas tu suruh bayar RM 10 … bagi sijil…Ingatkan SIJIL ade cop Bank Negara ke…sedap juga mata memandang… sign by budak SPM je !!!!
zaasasasa
aku punkena sikit
Maaf cakap la, saya tak jadi nak beli emas dgn MD PG sbb depa sombong nak mampus. Suka sangat cakap besar, berlagak dan memperkecilkan org lain. Padan muka dia rugi 50k saya nak beli emas. Konon gaji dia lg besar dr org lain.. Baik beli dgn habib jewel.. Hah, dapat pakai brg kemas cantik2. Takde duit, boleh gadai kat yapeim. Tak susah hati pk jongkong tak leh jual balik…nasihat saya, simpan duit dan bonus, beli emas sikit2…
Paling best….salesman kat PG bagitau beli emas secara loan…beli semua dinar…lepas tu jual sebutir sebutir tiap tiap bulan…
aku open discussion… ade sesiapa yg telah buat DAN UNTUNG ke??? kalau beli Sept 2011..gerenti meleleh air mata, heheheheheh.
aku nak nasihat la…korang jangan la dengar kata kata Salesman PG ni. Semua nak hisap duit korang je!!! Aku dah pergi seminar…bila dengar seminar…haram je seminar diaorng ni… Terpaksa kaya la, itu la..ini la.. standard salesman…mesti la semua kata kata UNTUNG.. Ayat standard “kalau tuan tuan tak nak rugi, JANGAN LABUR EMAS.. confirm tak rugi!!”
Jawapan ikhlas aku, yg dah beli Sept 2011 dan yg dah beli SILVER mcm mana?? meleleh air mata beb!!!
Aku setuju dengan penulis sbb aku pon pernah mengalami situasi yang sama, oleh sebab itu aku lebih suka tinggalkan PG dan beralih ke Hana Gold sekurang2nya menambah nilai hidup bangsa sendiri.
Dengan Hana Gold aku diberi peluang untuk membuka branch sendiri di Ipoh, satu-satunya di Ipoh Hana Gold Taman Meru.
Antara sebab aku tingalkan PG
-komission kecik
-kalau cencel order kene penalty yang berunsurkan Riba
-Public Save yang konon2nya meniru sistem pajakan Islam seperti Ar-Rahnu juga berunsurkan Riba. aku dah banyak kali kene, bila aku simpan di Public Save no siri Gold bar aku contoh 696969 sebab no sebenar aku dah tak ingat, tetapi apabila aku nak tebus semula no siri lain yang aku dapat, tu yg aku frust tu. Apa yg berlaku PG telah dagangkan barang hak milik aku tanpa persetujuan dan tanpa Hibbah.
tq tq…aku baru cadang2 nk beli..
hingga terjumpa plk tulisan korang..
tk jadilahh
yg penting sunat simpan emas,,,:)