Gambar Bayi Comel Dapat Mengembalikan Dompet atau Beg Tangan Yang Hilang

Aisha Zahraa

Tentu anda pernah melalui saat di mana anda tertinggal dompet atau beg tangan samada di restoran, panggung wayang atau kenderaan awam.

Apa yang anda lakukan pada waktu itu adalah pergi semula ke tempat yang sama untuk mencari semula dengan harapan ada orang baik yang akan simpankan dan beri semula kepada anda.

Tidak banyak yang kita dapat lakukan.

Namun terdapat tips menarik untuk anda meningkatkan kebarangkalian dompet atau beg tangan ini dikembalikan kepada anda.

Menurut sebuah kajian, saintis mendapati gambar bayi comel dalam dompet atau beg tangan anda dapat menyelamatkan anda.

Kajian dilakukan dengan meletakkan 240 dompet di sekitar bandar Edinburgh dengan gambar bayi, anak anjing, keluarga bahagia dan gambar pasangan tua.

Hasil kajian mendapati, hanya gambar bayi comel membuatkan orang yang menjumpai dompet itu menjadi lebih lembut dan berhati mulia untuk mengembalikannya kepada tuannya. Gambar bayi juga membuatkan si pengambil dompet berfikir mengenai generasi masa depannya.

90% daripada dompet yang mempunyai gambar bayi comel dikembalikan kepada tuannya.

Ini adalah tips baik kepada mereka yang sering tertinggal dompet dan beg tangan untuk meletakkan gambar bayi comel seperti di atas.

Tak sangka gambar bayi boleh memainkan peranan dalam emosi manusia.

he he he

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, funny. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>