Buat Duit Online Dengan Menulis – Kaedah Cara Jana Pendapatan Dengan Internet

buat duit online

Dalam artikel ini saya akan perkenalkan kepada anda cara buat duit secara online. Samada anda suri rumah, pelajar, mahasiswa yang sedang mencari kerja kosong atau mereka yang sudah bosan menganggur mencari pekerjaan atau mereka yang ingin bekerja dari rumah dengan membuat pendapatan online melalui internet atau mereka yang sedang mencari kaedah membuat pendapatan sampingan.

Ini mungkin peluang jana pendapatan bagi anda. Di akhir artikel ini pula saya akan kemukakan bukti sahih beserta bukti sahih dan yang lebih penting saya akan sertakan tawaran dari saya kepada penulis berbahasa Melayu.

Ini bukan cara-cara buat duit online seperti yang orang lain terangkan sebelum ini seperti adsense, affliate marketing, nuffnang atau login facebook dapat duit.

Bagi saya secara peribadi, saya belum pernah jumpa mereka yang benar-benar buat duit dan terbukti mendapat pendapatan seperti yang didakwa dengan membuat adsense, affiliate marketing, nuffnang dan login facebook dapat duit.

Jadi dalam artikel kali ini saya akan kemukakan bukti yang sahih untuk membuktikan bahawa anda boleh membuat pendapatan dengan menulis secara online di internet.

Untuk buat duit dengan cara ini anda perlu mempunyai kemahiran menulis sahaja. Buat masa sekarang ianya dalam bahasa Inggeris, jadi anda perlukan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris. Saya berharap anda teruskan membaca, kerana saya ada tawaran untuk mereka yang boleh menulis dalam bahasa Melayu di hujung artikel ini nanti.

Menjana Pendapatan dengan iWriter

Portal iWriter  adalah satu platform yang menemukan antara penulis dan mereka yang mencari penulis dengan sedikit bayaran.

Pengikut pengalaman saya sebagai seorang usahawan. Agak sukar untuk anda mengambil penulis sebagai pekerja kerana penulis yang anda ambil perlu mempunyai pengetahuan dalam sesuatu bidang untuk menghasilkan sesuatu penulisan.

Katakan saya  menggaji seorang penulis untuk menulis mengenai keusahawanan, namun penulis itu langsung tidak mempunyai pengetahuan mengenai keusahawan. Jadi agak sukar untuk penulis itu menulis kerana dia tidak dapat menjiwai apa yang ditulis. Begitu juga dalam bidang lain seperti hiburan, sukan, IT, fesyen dan sebagainya.

Saya akan ulas mengenai portal ini bermula dari seseorang yang sedang mencari artikel sehingga kepada seseorang yang ingin membuat duit dengan menulis artikel supaya pembaca faham dengan terperinci.

Pencari Artikel 

Katakan Puan Hana Tajima baru memulakan perniagaan menjual pakaian fesyen muslim. Beliau telah mempunyai website dan kini beliau ingin menarik pembaca ke website beliau. Kaedah yang terbaik adalah mengadakan blog untuk menulis mengenai sesuatu yang diminati wanita. Dengan adanya blog ini, lebih ramai pembaca akan melawat blog tersebut dan lebih ramai yang boleh ditukar menjadi pelanggan syarikat beliau.

Memandangkan pelanggan Hana Tajima hampir kesemuanya berbahasa Inggeris, beliau bercadang mengadakan satu blog fesyen wanita berbahasa Inggeris

Namun masalah yang dihadapi oleh Hana Tajima ialah, Hana Tajima tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris dan yang lebih utama Hana Tajima tidak mempunyai masa untuk menulis kerana terpaksa luangkan masa bersama suami tercinta dan menguruskan pesanan dari pelanggan.

Jadi Hana Tajima akan pergi ke website iWriter.com ini untuk mencari penulis.

Dalam portal ini Hana Tajima boleh memulakan dengan memberi tawaran kepada penulis yang inginkan menulis artikel berkaitan fesyen berharga bermula dari 2 dollar sehinggalah 10 dollar.

Pertama sekali, Hana Tajima perlu mendaftar di iWriter dan memasukan duit sekurang-kurangnya 10 USD dalam akaun iWriternya. Kemudian, dia perlu mengisi form seperti di bawah.

menulis untuk buat duit

Hana Tajima perlu mengisi ruangan seperti perincian artikel, berapa patah perkataan dan berapa tawaran yang ditawarkan.

Selepas Hana Tajima menghantarnya, tawaran ini akan diletakkan dalam portal ini untuk dilihat oleh penulis-penulis artikel.

Sebagai penulis untuk menjana pendapatan

Sebagai penulis pula, anda boleh melihat dalam banyak-banyak tawaran yang disediakan untuk anda memilih topik dan tawaran harga yang disediakan. Yang paling penting, anda perlu memilih artikel yang anda benar-benar mampu tulis.

Setelah memilih satu-satu projek tertentu, anda boleh mula mengarang artikel tersebut dan hantarkan kepada mereka yang menawarkan tawaran itu tadi.

Orang yang menerima artikel ini pula akan menerima atau menolak artikel anda. Namun jika orang ini tidak membuat keputusan untuk menerima atau menolak artikel  tersebut, artikel itu akan dianggap diterima dan duit akan dipotong dari akaun org yg menawarkan.

Pada setiap 5hb penulis akan menerima duit terkumpul ini setelah dipotong sedikit yuran untuk portal iWriter.

Akhirnya, penulis mendapat duit dengan menulis, mereka yang menawarkan akan mendapat artikel yang dikehendaki dan iWriter akan mendapat bahagiannya.

Menarik business model seperti ini, namun saya kurang pasti samada website seperti ini boleh beroperasi dalam bahasa Melayu di negara kita. Masalah utamanya adalah kerana masyarakat kita tidak suka membaca jadi agak sukar untuk penulis membuat pendapatan dengan menulis semata-mata.

Kisah Benar Usahawan Membuat Duit Dengan Menulis

Dibawah pula adalah pengalaman kawan saya Mohd Suhaimi Ramly yang memang pakar menulis dalam bahasa Inggeris.

Setelah beberapa kali menawarkan projek di iWriter, saya merasa mungkin saya perlu kongsikan pengalaman ini dengan seorang kawan baik saya saudara Mohd Suhaimi Ramly, sejak awal lagi beliau nampak sangat teruja dengan portal ini.

Maka beliau pun mula untuk menulis. Memandangkan beliau memang minat menulis dan tahu mengenai banyak isu. Hari yang pertama beliau tulis dalam 10 artikel dan 6 daripadanya diterima oleh pemberi projek. Beliau mendapat pendapatan hari pertama sekitar 19.85 USD

Pada hari kedua, beliau tidak menulis kerana sibuk. Namun artikel yang dihantar pada hari sebelumnya itu diterima oleh 3 orang dan beliau mendapat tambahan 7.29 USD. Dibawah ialah bukti pendapatan beliau

Konsepnya adalah artikel yang anda tulis, jika diterima dengan baik oleh orang seperti Hana Tajima tadi, anda akan menerima wang anda.

Pada hari ini saya tanya beliau, berapa pendapatan hari ini. Beliau memberitahu bahawa harinie beliau mendapat pendapatan 35 USD atau RM 110 dengan hanya menulis 6 artikel.

Beliau juga menjangkakan beliau boleh mendapat pendapatan 100 usd sehari dengan menulis sebanyak 7-10 artikel sehari. Namun menulis sebanyak itu tidaklah semudah yang disangkakan. Anda perlu kemahiran menulis yang tinggi dan masa. Sekurang-kurangnya anda perlukan 30 minit untuk menulis artikel berharga 10 USD.

Pendapatan anda ini akan dikreditkan ke akaun paypal anda pada 5hb setiap bulan oleh iWriter kepada penulis.

Semakin baik anda tulis, anda boleh mencuba untuk menulis artikel-artikel yang mempunyai tawaran harga yang lebih tinggi. Selain itu, semakin baik anda tulis, anda akan mempunyai pelanggan tetap seperti perniagaan lain juga.

Anda juga akan menerima maklum balas daripada orang yang menerima projek anda. Anda boleh melihat sendiri feedback yang beliau dapat di iWriter

Saya akan menulis semula mengenai pendapatan Suhaimi Ramly apabila beliau mencapai 100 USD sehari.

Apa Pula Tawaran Saya ?

Seperti yang saya janjikan di awal artikel ini. Saya juga sedang mencari penulis yang boleh menulis dalam bidang keusahawanan. Antara bidangnya adalah seperti berikut.

- Keusahawanan

- Ekonomi Islam

- Kisah Lawak dan Petua Dalam Perniagaan

- Motivasi Perniagaan

- Teknik Pemasaran (samada pemasaran internet atau offline marketing)

- Hasil kajian (perlu disertakan sumber)

- Pemborongan dari negara China

Atau apa-apa topik yang anda rasakan sesuai dimuatkan dalam blog saya. Setiap artikel yang anda tulis akan diberi RM 3-10 mengikut prestasi dan kesesuaian.

Jika anda berminat, boleh la menghubungi saya di sj@sj.my dengan subjek “penulis”. Anda boleh sediakan artikel yang pernah anda tulis sebelum ini untuk saya buat penilaian.

Setelah itu barulah saya akan meminta anda menghantarkan dahulu artikel ini. Hanya artikel yang saya siarkan akan dibayar wang. Wang dibayar dihujung bulan setiap bulan.

Kepada usahawan IT di luar sana, jika anda mempunyai kemampuan, mungkin anda boleh melancarkan satu lagi portal seperti iWriter untuk orang berbahasa Melayu. Sekurang-kurangnya penulis dapat membuat pendapatan dan blogger boleh mendapat artikel berkualiti serta ilmu bercambah dalam masyarakat kita.

Mungkin anda boleh kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang mempunyai kemahiran menulis, atau mereka yang sedang mencari penulis atau kepada usahawan IT yang berminat merebut peluang ini dengan memulakan portal yang sama di negara kita.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

2 Responses to Buat Duit Online Dengan Menulis – Kaedah Cara Jana Pendapatan Dengan Internet

  1. noor asma says:

    salam
    tertarik dengan artikel ini…Buat Duit Online Dengan Menulis – Kaedah Cara Jana Pendapatan Dengan Internet…moga tuan bole memberi tunjuk ajar

  2. agak menarik membaca tulisan tuan dan teruja untuk mencubanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>