Adakah Anda Bekerja Sendiri atau Berniaga ? Apa Bezanya ?

Perniagaan umpama benih

Jana Pendapatan Secara Berterusan

Adakah Anda Bekerja Sendiri atau Berniaga ?

Jika ditanya soalan ini kepada usahawan, ada yang menjawab “bekerja sendiri” dan ada pula yang menjawab “memiliki perniagaan”. Nampak serupa tetapi tidak sama.

Ramai yang tidak sedar bahawa terdapat perbezaan antara keduanya. Saya bawakan cerita pendek untuk saya menerangkan perbezaan antara keduanya.

Perniagaan Membekalkan Air ke Kampung Kontang

Di sebuah perkampungan yang kontang, dua orang rakan (Sobri dan Talib) mendapat idea untuk membekalkan air ke kampung ini. Jarak sumber air dan kampung ini agak jauh. Jadi jika mereka dapat menjual air kepada penduduk kampung ini. Sudah tentu mereka akan menjadi kaya.

Talib memulakan perniagaannya dengan membeli 2 tong air. Setiap hari Talib akan mengangkat air dari sumber air dan menjualnya di kampung Kontang. Talib sangat gembira dengan perniagaannya kerana Talib mendapat wang setiap hari hasil dari jualan ini. Talib merasa puas kerana dia bekerja sendiri.

Sobri pula berfikir lebih panjang. Sobri merancang untuk membina paip dari sumber air ke kampung Kontang. Dia berusaha keras untuk ini selama 2 tahun. Sepanjang tempoh 2 tahun ini. Sobri menghadapi begitu banyak masalah dan berusaha menyelesaikannya satu persatu. Sobri mempunyai matlamat untuk menjual air kepada kampung ini secara berterusan.

Setelah 2 tahun, Talib masih lagi mengangkut air dari sumber air dan menjualnya kepada penduduk. Walaupun kini Talib mempunyai ramai orang pekerja untuk mengangkut air ini, tetapi dia perlu bekerja setiap hari untuk mendapat pendapatan.

Setelah Sobri menyiapkan paip air ini, dia menjual air ini dengan harga 50% lebih murah berbanding Talib. Sobri juga dapat membekalkan air ini 24 jam sehari tanpa perlu mengangkut air dari sumber. Air mengalir secara berterusan melalui paip yang dibinanya.

Penduduk kampung Kontang mula berduyun-duyun membeli air dari Sobri.

Apa kita dapat dari cerita ini ?

Kita dapat lihat dengan jelas, apa perbezaan antara bekerja sendiri dan memiliki perniagaan. Walaupun kedua-duanya kelihatan sama tetapi sangat besar perbezaannya.

Walaupun Talib kelihatan seperti ‘bekerja sendiri’ tetapi hakikatnya dia bekerja untuk orang ramai dan tidak mempunyai kebebasan. Jika air tidak dijual, maka tiada pendapatan.

Sobri pula adalah orang yang ‘memiliki perniagaan’. Memiliki perniagaan bererti kita mencipta satu ‘mesin’ membuat pendapatan dan kita menguruskan mesin ini untuk kekal relevan.

Adakah anda bekerja sendiri atau memiliki perniagaan ?

Tanya diri anda soalan ini. Jika anda bekerja sendiri, fikir bagaimana untuk memiliki perniagaan. Memiliki perniagaan bererti kita berusaha untuk mencapai tahap kebebasan kewangan dengan memberi khidmat yang terbaik untuk pelanggan kita.

Salam Perniagaan

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

10 Responses to Adakah Anda Bekerja Sendiri atau Berniaga ? Apa Bezanya ?

  1. Anonymous says:

    information yg bagus dan penerangan yang bagus.

  2. Kyle says:

    Kampung kontang….best cerita nie..tak lah asyik kontang je bro…

    “Business!” memang menarik….dalam cerita ni banyak idea yg kita dapat dan iTu lah juga yg saya dok pikir sekarang.Kalau dlm cerita ni saya nak jd macam sobri le.Tp saya rasa tak semestinya si Talib ni tak bagus/ tak boleh pergi jauh…..

    Pandangan saya adalah seperti berikut (bg cerita ni) :-

    Perniagaan – mesti ada perancangan yg rapi merangkumi semua aspek (business plan).Dlm cerita kg kontang ni bab perancangan masa hadapan la.

    Kerja sendiri – kadang2 bentuk perniagaan la jugak.tp tanpa disedari sebenarnya kita mcm kerja utk org dgn hanya dpt untung pada kadar yg sama dgn buat kerja yg sama saja mcm si Talib tu.dlm erti kata yg lain tak berkembang.

    Business ni dynamic/ flexi….ia bergantung kpd :-
    1). The way to own real business.
    2). The way to winning business strategy.
    3). …..

    The most important thing bg usahawan adalah MIND SET ON MAKING MONEY…panjangggg akal….

    Kalau saya kat tempat Talib, saya tak akan jadikan si Sobri ni pesaing malah invite dia JV untuk jadi partner (kalau dia sudi, maka OK. Kalau tak sudi tak apa, yg penting offer dulu mana tau).Apa yg saya akan lakukan.

    1). Buat deal dgn Sobri untuk membeli air tu dgn jumlah pukal.Pertimbangan utk dpt harga lebih murah dr harga biasa.Lepas tu jual semula air tu dlm bentuk air bertapis ke, RO water ke, Alkaline water ke, water dispenser ke….janji something new yg boleh generate income yg lebih banyak.customer saya asal kg. kontang dah ramai,so drp semua lari mcm tu je…fikirkan sesuatu…rebut peluang /ambil kesempatan dr apa yg ada disekeliling kita.Keadaan mcm ni baru “win-win situation” antara saya dgn Sobri.Tapi sebenarnya siapa yg paling untung…lu pikir la sendiri..hehehe…..

    2). Boleh lagi buat bisness sampingan jual set penapis air ke dan sebagainya….

    Itulah lumrah perniagaan…only the strong can survive…:-).Bagi saya secara peribadi,Tiada business yg secure…..jom niaga.

    Regards
    Kyle

  3. Shahabudeen Jalil says:

    Salam,

    saya setuju dengan idea 1). Talib perlu deal dengan Sobri untuk beli air secara pukal.

  4. Kyle says:

    Menjawab kepada soalan en. s/jalil :

    Saya berkerja makan gaji dan berkerja sendiri…disamping memiliki sebuah perniagaan ….Alamak pening jugak ni….

    Tolong terjemahkan skt bro……hehehe…joke je…

    Jom Niaga

    Kyle

  5. zulkarnain says:

    bagi saya cerita sobri ngan talib(seb baik bukan latip stor) bukan masalah si talib ni nak bekerja sendiri. masalahnye disini ape2 pun dlm perniagaan adalah modal. macam si sobri ni ade modal besar boleh la die buat paip yg kos tinggi tetapi menjaminkan keuntungan yg besar untuk jangka masa yg panjang. si talib tu takde modal besar, so die mulakan la dgn bekerje sendiri.

    hakikatnye dlm perniagaan camtu la. tapi zaman skang nak modal leh je pinjam bank. tu pun brape ramai yg brani?

  6. Anonymous says:

    haha, steady hg botak

  7. Anonymous says:

    kepada en zulkarnain: latip stor tu refer kepada ‘latip borgiba’ ka?

  8. Anonymous says:

    Dalam cerita ini, adalah lebih menarik sekiranya ada pihak ketiga yang menjadi Penipu (Con Man) kerana terdapat orang yang menjadi senang dengan kecuaian/kelalaian/kebodohan/kekurangan orang lain.

    Lebih lama kira berniaga, lebih ramai con-man yang kita jumpa… Satu pelajaran yang sangat pahit, tapi amat berguna.

  9. . says:

    Talib=MLM konvensional (jumpa orang)
    Sobri=MLM online (bina rangkaian)

    so sape kata MLM perniagaan yang tak bagus..dua-dua boleh berjaya.yang penting usaha daaa….

  10. Fazlee says:

    Sobri adalah saorang true capitalist.
    Olahan yang bagus dari Rbrt. Kysaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>