Bagaimana Memulakan Perniagaan Bisnes Kecantikan Wanita Malaysia ?

Spa dan Kecantikan

Wanita dan kecantikan tidak dapat diasingkan. Siapa tak hendak kelihatan cantik. Dari aspek perniagaan pula, tahukah anda wanita di Malaysia sanggup berbelanja sehingga RM 2000 sebulan semata-mata untuk kecantikan. Lihat Laporan Utusan Malaysia ini

Malah industri kecantikan adalah satu industri yang lumayan untuk diceburi oleh usahawan wanita.

Namun anda perlu tahu caranya dan tips bagaimana memulakan perniagaan kecantikan wanita. Saya akan berikan 5 langkah perlu setiap usahawan wanita perlu tahu sebelum memulakan perniagaan kecantikan wanita.

1. Pilih Bidang Spesifik

Dalam perniagaan kecantikan wanita sudah terdapat banyak pesaing sedia ada yang telah lama bertapak. Namun permintaannya juga sangat tinggi. Jadi untuk berjaya dalam bidang ini anda perlu memilih bidang yang spesifik. Bidang yang spesifik ini penting kerana setiap orang ingin merasa diri mereka istimewa.

Jika anda melihat semua wanita memakai make-up dan anda juga ingin menjual make-up. Ini adalah satu kaedah yang SALAH. Walaupun semua orang memakai make-up, ini tidak bermakna mereka akan membeli make-up daripada anda. Anda perlu ceburkan diri dalam bidang yang lebih spesifik.

Katakan anda ingin membuka salon rambut, cuba cari satu bidang dalam salon yang spesifik. Contoh kegagalan salon adalah “Salon Unisex”. Salon untuk lelaki dan wanita? Apa maksud salon unisex ? memang ada 2 jantina sahaja dalam dunia ini. Jadi salon unisex adalah terlalu umum dan tidak bermakna bagi pelanggan anda.

Untuk menjadi lebih spesifik, anda mungkin perlu buka “Salon Muslimah”. Lebih spesifik perniagaan anda, ia akan membuatkan pelanggan anda merasa lebih istimewa.

Tidak hairanlah kita mempunyai pelbagai jenis shampoo. Shampoo untuk lelaki, untuk wanita, untuk rambut lurus, rambut kerinting, rambut gugur dan sebagainya. Sedangkan semuanya diperbuat daripada bahan yang hampir sama. Syarikat shampoo ini ingin membuatkan pelanggan mereka untuk merasa lebih istimewa dengan hanya mengubah sedikit kandungan shampoo itu. Namun ini adalah kaedah yang berkesan dan berjaya.

2. Jadikan Perniagaan ini Ringkas

Dalam industri kecantikan semua syarikat akan mendakwa produk mereka terbaik. Boleh menjadikan kulit cerah, menghilangkan jerawat dan jeragat, boleh mencantikan mata dan sebagainya. Namun anda tidak perlu menceburi semua bidang ini. Pilih satu bidang yang kecil dan buat pemasaran habis-habisan.

Anda sebagai usahawan baru, tidak perlu untuk menjual semua produk untuk semua orang. Setelah memilih bidang spesifik anda. Anda perlu jadikan perniagaan anda ini ringkas. Ringkas di sini bermaksud perniagaan anda ini mudah difahami dan senang dihadam oleh pelanggan.

Perniagaan yang spesifik dan ringkas adalah mudah diingati oleh pelanggan. Jika anda sudah berada dalam minda mereka. Sudah tentu cara anda membuat jualan akan menjadi lebih mudah dan efektif.

Kecantikan

3. Membina Rangkaian

Perempuan terkenal sebagai mereka yang suka bercakap dan berkawan. Setiap apa yang dituturkan memberi pengaruh kepada mereka yang mendengar pula. Jadi ini adalah satu kelebihan bagi anda. (Ia juga boleh menjadi satu kelemahan, baca di bawah)

Namun begitu, anda perlu untuk membina rangkaian serta menjaganya dengan baik. Sekiranya anda berjaya menarik 3 orang pelanggan dikalangan rakan anda. Mereka akan menceritakan kepada 30 orang yang lain. Rangkaian ini akan berkembang dari mulut ke mulut.

Namun satu peringatan penting di sini adalah, jika perkhidmatan yang anda berikan itu teruk. Ia juga akan berkembang dengan pantas.

Jadi penting untuk anda membina dan menjaga rangkaian anda sambil memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sertai majlis-majlis, seminar atau apa-apa event yang berkaitan wanita. Di situ nanti setiap orang pasti akan bertanya apa yang anda lakukan. Rebut peluang ini untuk menceritakan mengenai perniagaan baru anda.

4. Anda Sebagai Media

Memandangkan sudah ramai yang sudah menceburi bidang ini. Pengiklanan adalah sesuatu yang agak mahal untuk bidang kecantikan.

Buat permulaan, tidak perlu untuk anda mengiklan. Anda boleh menjadi media perniagaan anda. Cuba cari beberapa orang pelanggan di kalangan rakan-rakan anda. Dapakan respon dan kepercayaan mereka.

Opsyen seterusnya yang ada adalah media sosial dan internet. Katakan anda ingin memulakan perniagaan “Kecantikan Bibir Wanita”. Anda mungkin boleh bermula dengan membina blog kecantikan bibir, facebook page, dan kedai online dengan kos yang rendah (contohnya di Lot.my hanya dengan RM 39.00 sebulan)

Trick lain yang mungkin boleh digunakan.

a. Syarikat kecantikan biasanya akan mengiklan dengan senarai dealer dan stokis mereka di seluruh negara. Anda boleh cuba menghubungi mereka untuk mempromosikan produk baru anda ini sebagai tambahan kepada produk sedia ada mereka.

b. Anda perlu cari newsvalue atau nilai berita dalam perniagaan anda ini untuk mendapat liputan media secara percuma. Contohnya anda boleh membuat kajian atau mencari fakta menarik mengenai kecantikan bibir dan hantarkan kepada media untuk disiarkan. Disitu nanti masukan juga alamat website anda. Ini adalah promosi percuma namun kesannya adalah lebih bernilai berbanding dengan iklan berbayar.

c. Anda juga boleh memuatkan video di Youtube mengenai kecantikan bibir ini. Berikan tips kepada orang lain. Orang akan mencari dan mempromosikan perniagaan anda.

5. Sentiasa Ikuti Trend Semasa

Bidang fesyen dan kecantikan ini berubah setiap masa. Perempuan yang memakai baju fesyen tahun lepas dianggap ketinggalan zaman. Peredaran fesyen juga berlaku dengan pantas.

Jadi ini adalah tugas anda sebagai usahawan dalam bidang ini untuk sentiasa mengikuti trend semasa ini. Anda boleh dapatkan tips mengenai trend ini samada di majalah-majalah kecantikan atau dari internet.

Jadi proaktif dan lihat apa trend sekarang di negara luar. Cuba untuk lihat bagaimana ia mempengaruhi trend di negara kita. Jika anda sudah mahir dalam ini. Anda akan menjadi pemimpin dalam pasaran. Namun kemahiran ini akan memakan masa untuk anda kerana anda perlu banyak membuat kajian dan membaca.

Anda juga perlu mengupdatekan diri dengan undang-undang dan peraturan baru. Supaya perniagaan anda tidak menyalahi mana-mana undang-undang.

Kesimpulannya

Mulakan perniagaan anda sekecil yang mungkin. Jangan laburkan wang yang banyak.  Jangan malu untuk menerima kritikan dan memperbaiki kelemahan yang ada. Setiap orang buat salah.

Letakkan tempoh 3-5 tahun untuk anda berkembang maju. Sentiasa buat kajian dan agresif dalam membuat pemasaran.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bagaimana Memulakan Perniagaan Bisnes Kecantikan Wanita Malaysia ?

  1. Mai says:

    Hebat!! saya sukakan blog ini. Setiap penerangannya diperincikan dengan scenario di persekitaran kita. Mudah difahami dan sesuai dijadikan panduan. Tahniah!

  2. Betul tu… haa camnie ler… simple and steady… walaupun simple tapi artikel berisi .. tahniah admin :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>