Apa Sebenarnya Yang Dapat Menambahkan Prestasi Otak ?

Banyak mitos yang berlegar dalam masyarakat kita mengenai perkara yang boleh menambahkan kemampuan otak.

Saya dulu percaya bahawa otak ini akan menjadi lebih cekap apabila kita membuat aktiviti ‘senaman otak’ seperti sudoku, teka silang kata atau bermain permainan seperti chess.

Sebenarnya semua aktiviti ini adalah untuk membuatkan anda berfikir dan menambahkan maklumat yang ada dalam diri anda. Namun ia tidak menjadikan kemampuan dan prestasi otak anda untuk meningkat.

Ada pula saya pernah lihat pelajar-pelajar universiti yang makan kismis tidak habis-habis sewaktu mengulangkaji pelajaran menjelang peperiksaan. Dengan alasan bahawa kismis ini dapat menguatkan memori dan kononnya makanan ini adalah Islamik.

Tidak pula saya pernah terjumpa dengan Hadith berkenaan kismis. Terdapat beberapa pula Hadith palsu yang diwarwarkan berkenaan kismis. (Sila kemukakan hadis yang sahih beserta sumber jika pembaca mempunyai hadith berkenaan kismis dan otak)

Jadi apa sebenarnya yang dapat menambahkan kemampuan otak anda ?

Sekumpulan saintis dari Ireland telah membuat kajian baru-baru ini berkenaan hubungan aktiviti fizikal dan otak.

Mereka mengambil sekumpulan pelajar kolej yang mempunyai gred yang lebih kurang sama dan membahagikan mereka kepada 2 kumpulan.

Kedua-dua kumpulan ini ditunjukkan gambar muka manusia beserta nama dan diminta diingati nama dan gambar wajah yang ditunjukkan.

Kemudiannya, kumpulan pertama dimintak berbasikal selama 30 minit manakala kumpulan kedua pula hanya duduk tanpa melakukan apa-apa. Setelah selesai 30 minit tersebut. Kedua-dua kumpulan ditunjukkan kembali gambar dan diminta mereka menyatakan nama orang pada gambar itu.

Hasil dari eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa kumpulan pertama yang berbasikal selama 30 minit rata-rata jauh lebih hebat prestasi otak mereka berbanding kumpulan kedua.

Ujian darah juga dilakukan pada kedua-dua kumpulan ini sebelum dan selepas eksperimen. Hasil ujian darah mendapati kumpulan pertama yang berbasikal selama 30 minit melihatkan pertambahan kandungan sejenis protein yang dikenali sebagai Brain-Derived Neurotrophic Factor atau BDNF.

Protein ini berfungsi untuk mengaktifkan dan menyihatkan sel saraf yang banyak terdapat di otak manusia. Ini juga menjadikan otak untuk berfungsi dengan lebih baik dan kemampuan memori bertambah dengan lebih baik.

Kesimpulannya, aktiviti senaman akan meningkatkan BDNF dan secara langsung meningkatkan kemampuan otak untuk berfungsi dengan lebih baik.

Anda bolehlah bermula untuk membuat senaman seperti berbasikal atau jogging untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk meningkat kemampuan otak anda. Selain itu, anda juga akan menjadi lebih sihat untuk mengembangkan perniagaan anda.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>