3 Ramalan Tahun 2012 : Pemasaran Email, Pemasaran Facebook dan Mobile Shopping

Ramalan Kebangkitan Media Sosial 2012

Sekarang kita berada di hari terakhir di tahun 2011. Esok kita akan menyambut tahun baru 2012 dengan azam baru. Sebagai usahawan sudah tentu anda bersiap untuk membuat stock checking barangan anda atau anda sedang menutup akaun tahun 2011.

Selepas semua ini, kita seharusnya mengkaji apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun 2011. Adakah segala azam dan cita-cita kita tercapai ? Apakah pula perancangan dan azam anda untuk tahun 2012 ? Apa pula ramalan anda ?

Saya pernah menulis sebelum ini mengenai Kajian Trend Pemasaran untuk 2012. Dalam artikel ini pula saya ingin menyatakan 3 ramalan saya mengenai apa yang bakal berlaku pada tahun 2012 dari aspek perniagaan. Kini hampir semua perniagaan tidak dapat lagi diasingkan dengan internet. Jadi jika syarikat anda masih belum mempunyai website, kedai online, blog, facebook atau email (saya tahu masih terdapat orang yang tidak mempunyai email). Anda seharusnya berfikir dengan serius untuk mengadakannya. Jika tidak anda akan ketinggalan.

Berikut adalah 3 ramalan saya untuk tahun 2012

1. Pemasaran Facebook

Facebook sekarang ada di mana-mana. Semua orang mempunyai akaun facebook masing-masing. Facebook menjadi sebuah portal setempat untuk aktiviti-aktiviti sosial masyarakat hari ini. Anda boleh menghantar berhubung dengan semua orang yang berada dalam rangkaian anda dengan mudah dan mengetahui apa aktiviti mereka dan di mana mereka berada, malah sudah ramai yang bertemu jodoh melalui laman ini.

Pada tahun 2012, pemasaran melalui facebook akan menjadi satu agenda besar bagi syarikat-syarikat besar dan kecil. Facebook akan dijadikan satu platform untuk membina rangkaian pelanggan, menjual barang (F-commerce) atau membina jenama perniagaan anda. Facebook juga dijangkan mendapat ahli yang ke satu billion pada tahun 2012 ini.

Nasihat SJ : Kepada semua peniaga yang belum berkecimpung dalam facebook, anda perlu belajar atau mengambil pekerja yang boleh mengendalikan facebook page anda. Facebook bukan lagi tempat anda mencari awek dan membuang masa. Ia tempat di mana semua orang buang masa pada semua waktu. Jadi bagi usahawan, ini adalah peluang terhidang.

Berita baik : Sila rujuk berita baik di point yang ketiga nanti.

2. Pemasaran Email 

Jika dahulu email tidak digunakan sebagai satu medium rasmi untuk perhubungan perniagaan dan dikalangan agensi kerajaan, kini tidak lagi. Email sudah menjadi satu kemestian bagi setiap jabatan kerajaan, syarikat swasta dan perniagaan kecil.

Surat tawaran, perjanjian, invois pembelian dan resit dihantar hanya melalui email sekarang. Memandangkan ini adalah kaedah paling murah dan pantas, email mempunyai segala kelebihan berbanding surat-menyurat dengan cara lama dimana anda perlu membeli sampul surat, setem, menghantar ke peti surat. (Nampak macam old fashion kan ? he he he)

Antara trend yang akan berkembang maju adalah pemasaran dan perhubungan syarikat dengan pelanggan melalui email. Dengan kaedah ini syarikat dapat mencapai pelanggan mereka dengan mudah, murah dan cepat. Namun terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi syarikat yang ingin memulakan pemasaran email supaya email yang anda hantar ini tidak dibenci oleh pelanggan anda. Anda juga tidak seharusnya menghantar email tanpa kebenaran kerana ia dianggap sebagai ‘spamming’ atau menceroboh. Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai ini dalam entry post bulan Januari 2012 nanti.

Nasihat SJ : Saya sarankan usahawan untuk memulakan dengan mengutip dan mengumpul email dari pelanggan dan dijadikan satu list untuk digunakan nanti untuk berhubung dengan mereka. Anda pasti tidak akan menyesal.

Saya kini mempunyai 5000 list dikalangan pembaca blog ini dan usahawan yang memborong ke China, list yang ada ini sangat berguna untuk saya berhubung dengan mereka samada untuk menawarkan promosi, mengiklankan produk atau untuk memberikan mereka tips perniagaan.

Berita Baik : Kami di Anzac Consultancy sudah siap sedia dengan satu portal untuk usahawan yang berminat memulakan pemasaran melalui email. Portal ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012. Anda boleh memulakan untuk mengumpul email dan menghantar email kepada semua pelanggan anda dalam satu klik sahaja. Harga yang kami tawarkan juga sangat murah, semurah secawan kopi Starbucks sebulan.

3. Mobile Shopping (Membeli belah menggunakan handphone dan tablet)

Pada tahun 2012, dijangka jualan laptop dan komputer desktop akan menurun dengan teruk. Ini disebabkan internet akan diambilalih oleh pengguna yang akan menggunakan telefon bimbit atau tablet seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab untuk melayari internet.

Kebangkitan ini akan menyebabkan perubahan terhadap iklim pembelian online. Pembelian online kini akan dilakukan terus dari telefon bimbit sewaktu anda di dalam kereta yang tersangkut dalam jem. Kaedah pembayaran juga akan menjadi lebih mudah dan ringkas. Mungkin juga ini akan memberi peluang kepada pengenalan matawang baru BitCoin di pasaran Malaysia.

Tip SJ : Syarikat yang sudahpun mempunyai kedai online, perlu memikirkan cara terbaik untuk anda mencapai pelanggan anda yang bakal membeli secara bergerak ini. Kepada yang tidak mempunyai kedai online, silalah buka segera di Lot.my atau tunggu produk baru kami (baca di bawah)

Berita Baik : Kami di Lot.my sedang diperingkat akhir untuk menyiapkan satu projek F-commerce Mobile yang menyatukan pemasaran facebook dan mobile shopping dalam satu applikasi untuk kemudahan peniaga dan pembeli. Pembeli juga boleh membayar dengan mudah walaupun tidak mempunyai kad kredit. Bagi peniaga pula, mereka tidak perlu mempunyai alat untuk menerima bayaran kredit kad, kami akan menyediakan untuk anda. Bayi yang masih dalam kandungan ini akan dilahirkan pada tahun 2012. Terima kasih kepada Craddle Fund yang memberi kepercayaan dan geran pembangunan tunai untuk kami bangunkan perisian ini.

Manusia merancang, Allah juga merancang, Perancangan Allah Adalah Yang Terbaik

Apa pula ramalan anda ?

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to 3 Ramalan Tahun 2012 : Pemasaran Email, Pemasaran Facebook dan Mobile Shopping

  1. emang benar kalau mau maju dari segi apapun, baik berniaga maupun hal-hal lain yang berkaitan dengan usaha jika tidak memakai media elektronik sudah ketinggalan zaman dan akan lebih ketinggalan lagi bila seseorang sampai saat ini belum mengerti dengan email, hari gini masih ada yang tak kenal dengan internet apa kata dunia ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>