Berikut adalah imbasan 2011 untuk rujukan saya sendiri supaya saya bersyukur dan bekerja keras lagi untuk tahun hadapan. Insya-Allah (Ini adalah tidak mengikut turutan)
1. Peluang bertemu dengan Tun Mahathir di Majlis Makan SAHOCA KL di Yayasan Perdana, Putrajaya.
Tun Mahathir bagi saya adalah seorang tokoh yang akan dikenang mungkin sehingga 1000 tahun lagi. Orang sekarang masih mengenangkan Hang Tuah yang wujud 500 tahun lepas walaupun pencapaiannya bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan jasa Tun Mahathir. Gambar ini merakamkan kegembiraan saya.
2. Lot.my dianugerahkan Anugerah ICT NEF-Awani sebagai The Best New Media Application
Anugerah pertama seumpana ini diterima oleh kami di Lot.my. Ini memberi semangat untuk kami bergerak dengan lebih agresif pada tahun 2012.
3. Mendapat liputan TV 3 dalam program Majalah 3
Dokumentari Majalah 3 ini memberi impak yang sangat besar kepada Anzac Consultancy dan saya sendiri secara peribadi. Ramai orang mula nampak peluang yang ditawarkan oleh negara China dan peranan kami di Anzac Consultancy mengadakan Kursus Borong China.
4. Dalam 10 kali dijemput untuk bercakap dalam program Astro Awani seperti Meja Bulat dan Agenda Awani
Jemputan demi jemputan yang diberikan oleh Astro Awani memberikan liputan berterusan. Rupanya ramai orang berpangkat tinggi dalam kerajaan menonton saluran ini. Terima kasih kepada Kak Zarina Awani Astro.
5. Program Memborong di China diadakan di Jerlun, Kedah dan dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Terima kasih kepada Koperasi Agro Jerlun dan Saifuddin Saad atas program anjuran bersama ini. Selepas dari ini kami mengadakan lawatan ke China bersama Datuk Maznah Hamid, Wanita UMNO Kedah dan Koperasi Agro Jerlun.
6. Menyertai Delegasi Kerajaan Kelantan diketuai Datuk Husam Musa melawat Beijing, Urumqi, Turpan dan Chengdu
Husam Musa adalah antara pemimpin pembangkang yang berkualiti tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Delegasi ini bertujuan untuk mempromosikan Kelantan kepada China. Delegasi ini dibawa bertemu Gabenor wilayah Xinjiang, dewan-dewan perniagaan di Beijing dan Chengdu. Pengalaman yang sangat berharga bagi saya.
7. Melawat Baitul Maqdis, Jerusalem – bersama Ustaz Amin
Memasuki bandar Jerusalem boleh menitiskan air mata. Saya masih rindu dan terkenang-kenangkan memori berada di sekitar Masjidil Aqsa dan Kubah Sakrah ini diantara Magrib dan Isyak. Melihat anak-anak kecil bermain, dengan hanya satu harapan di hati, “Moga tempat ini akan kembali ke tangan Islam”. Bertemu ramai orang di sana, mereka berkata, “Kami tidak percayakan pemimpin Arab lagi, kami menunggu Salahuddin Al-Ayubi yang baru”. Insya-Allah.
8. Melawat Eropah bersama Suhaimi Ramly
Antara negara yang dilawati dalam tempoh sebulan adalah seperti berikut
- United Kingdom
- Republik Czech
- Hungary
- Bosnia Herzegovina
- Kosovo
- Croatia
- Bulgaria
- Macedonia
- Montenegro
- Turki
Melawat Kaherah dalam tempoh 24 jam ini sangat bermakna kepada saya. Sambil dibantu oleh adik-adik angkat di sana seperti Azim, Shapawi dan Shamsul. Terima kasih kepada Mereka
Shahabudeen Jalil








Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Wow.. teruja betul saya tengok pencapaian En Shahabudeen.
InsyaAllah saya pun nak berusaha untuk jadi usahawan yang cemerlang macam En Shahabudeen jugak!
Terima kasih.. tak de la cemerlang mana pun.
hi , nice website btw.
Awak ke yang tulis artikel Hang Tuah berbangsa Cina di website suaraanum tu? Artikel tu menghiburkan dan kontroversi tapi si penulis tiada kredibiliti.