10 Cara Bagaimana Perniagaan Membuat Keuntungan / Jana Pendapatan

Kedai Kami di Bukit Pinang

Berikut adalah 10 cara bagaimana sesuatu perniagaan membuat keuntungan.

1. Menjual Produk – Mengeluarkan sesuatu produk, jual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari harga kos.

2. Menyediakan Servis / Perkhidmatan – Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.

3. Perkongsian Penggunaan – Wujudkan satu jenis perkongsian seperti kafe siber atau gim. kenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini.

4. Langganan – Wujudkan pelanggan yang berlanggan sepanjang masa. Kenakan caj atas tempoh masa langganan (contohnya seperti langganan majalah dan surat khabar)

5. Insurans – Mewujudkan polisi insuran dengan memberi jaminan bantuan sewaktu sesuatu perkara malang terjadi. Kutip duit dahulu. Berikan semula duit hanya jika perkara malang terjadi.

6. Penjualan Semula – Beli sesuatu barangan dengan harga yang murah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya membeli rumah secara tunai. (Penjual sanggup menerima harga yang 20% lebih rendah sekiranya terdapat tunai di hadapan mata)

7. Pajakan atau sewa – Beli aset, sewakan aset ini kepada yang memerlukan dengan satu nilai yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.

8. Maklumat Pengguna – Wujudkan perhatian/tarikan dan sebarkan maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kelompok pengguna. Dapatkan maklumat pengguna tersebut sebagai balasan. Jual maklumat ini kepada syarikat-syarikat yang memerlukan (syarikat direct-mail, syarikat pengiklanan). Juga dalam kategori ini adalah membuat pungutan suara dan pemerhatian. Maklumat seperti ini sangat berguna kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan proses pemasaran. (pastikan anda melakukan ini dalam kerangka undang-undang)

9. Komisen - Jual barang yang dimiliki oleh orang lain dan ambil keuntungan atau upah dari jualan ini.

10. Dividen – Beli peratusan dalam syarikat-syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda mendapat dividen hasil pegangan anda.

Boleh dikatakan 99% perniagaan di masa lampau dan di masa depan mempunyai salah satu atau lebih daripada ciri di atas. Jika kita ingin mulakan perniagaan, cuba pilih satu atau lebih daripada 10 perkara di atas untuk memulakannya.

Maaf, Multi Level Marketing adalah bukan satu bentuk perniagaan bagi saya, tetapi ianya adalah satu jenis skim. Cuba hindari menyertainya jika anda belum menyertainya. Jika anda sudah menyertainya, tiada guna memberi komen kerana anda tidak akan menerimanya.

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

34 Responses to 10 Cara Bagaimana Perniagaan Membuat Keuntungan / Jana Pendapatan

  1. Habiba says:

    Aku hampir terjebak dlm MLM… tenkiu for jalil selamatkan aku. hahha

    betoi cakap hang jalil, org MLM ni pusing2 balik pusing mesti cakap pasai perniagaan depa. sama jugak org yg jual insurans. pusing2 balik suruh kita amik insurans and memberi amaran such a cruel world we are living in. adoh! kesian gaks tgk depa2 ni.

    alhamdullilah, kerja aku banyak berkat & satisfaction walaupun bukan business.

    message here jangan masak MLM!

    • Violet says:

      Tang cerita pasai MLM aku setuju hang cakap depa ni dok pusing2… tapi tang org insurans aku kurang setuju sebab depa ni pun anti MLM. Jangan nak samakan depa ni dengan org yg suka ligan duit komesyen mcm org MLM, bila dah tak dak komitment depa tinggal hang.. Kalau hang nak tau, org insurans la yg mai bagi Cek pampasan kalau kaki hang putus, lumpuh atau hang mati tak tinggal sekupang pun kat family atau anak hang… Depa ni la yg dok pi sana pi sini sampai rumah hang untuk settle pendaftaran insurans hang supaya selesai walaupun komesyen yg dapat tak banyak. Kalau nak kira komesyen dari hang sorang tak berbaloi nak isi minyak kereta pun. Tapi depa ni dok mai jugak untuk bagi hang senang bila hang dapat susah nanti. Patutnya, orang lain yg patut kesian kat hang pasai tak nampak insurans ni penting buat family hang dan untuk hang. Kalau tak mau amik insurans jangan dok ajak orang lain terjun lombong sekali dengan hang noo.. aku sarankan hang amik satu takaful lepas tu hang pi dengaq kelas tranning takaful.. Kalau dah amik Alhamdulillah… sorry kalau terkasar bahasa, bukan niat nak gaduh tapi nak peringat untuk kebaikan hang ngan family hang ja..

      • Shahabudeen says:

        Dr. Habiba tadi menerangkan mengenai kaedah pemasaran orang MLM dengan gunakan gambar-gambar putus kaki, mayat kena bedah dan sebagainya yang tidak sesuai kerana boleh menjadikan pelanggan membuat keputusan yang tidak tepat.

        Macam tuan Violet cakap di atas juga. Cerita pasal putus kaki, lumpuh, mati tak tinggal duit. he he he.

        • Violet says:

          Adakah keputusan yg tepat perlu diberi berdasarkan keselesaan diri sendiri atau berdasarkan info yg telah didedahkan? Contohnya kalau nak beli insurans perlu lihat keperluan yg sedia ada.. dah ada aset 1 juta, so tak perlu ada insurans kerana aset boleh dicairkan… ATAU beli insurans bila dah tengok gambar org lain kaki putus, lumpuh lepas tu tak mampu kerja duit pun habis utk rawatan baru nak beli insurans? Evanthough Dr pun kalau lumpuh tak dapatla nak rawat orang lain..Apa yg mempengaruhi keputusan pelanggan? Kalau nak ikut keselesaan tak ada sapa nak beli insurans ni.. tapi bila guna kaedah visualization baru nampak keperluan insurans tu penting untuk kecemasan. Jadi memang tak salah kalau org insurans guna gambar kaki putus, accident atau mengingat-ingatkan pelanggan terhadap risiko yg ada pada setiap orang ..hahaha.. Patutnya dah ada title Dr ni kena la buat research pasal sesuatu bentuk perniagaan sebelum buat statement melulu dengan samakan MLM dan org insurans. ITU SEBAB AKU NAIK ANGIN NI>>Ni main redah ja keluar ststement tak bertanggungjawab. Tak mencerminkan org yg buat pHD aka title DR la dikatakan.. dalam bidang insurans pun ramai Dr yg jual insurans termasuklah dalm MLM pun ada doktor yg jual ubat Stemcell la, antioksida lah.. jadi tolong hormat orang yg berhempas pulas cari rezeki dalam berniaga. Yg aku setuju MLM memang tak patut diceburi.. tq

          • Shahabudeen says:

            Dr. Habiba doktor perubatan.

          • huhu setuju… MLM kureng bagus sbgai platform utk berbusiness.. tapi yg bab insuran/takaful tu hurmmm x setuju gak… opsss… hampir telupa. semalam kawan sy DR jugak, perempuan. baru je kena tipu 18k huhu kesian…. dh terang lagi bertulis transaksi tu mencurigakan nak jugak beli… at last… habis duit kena tipu dgn budak SPM….! pengajaran buat semua… berhati2 dalam bab bab buit neh… kalo dia bagi aku duit tu buat beli polisi takaful pun bagus… hish…! ralat dan kasihan…

  2. Anonymous says:

    ya…jgn sesekali terlibat dalam “MULTI LIAR MARKETING”

    -Salahhudin Al-Ayyubi-

    • AHMAD ADAM says:

      salam,, xbaik bro kate macam tuh. MLM xsalah, yang salahnye orang yang buat MLM tuh, cara sesetengah daripada mereka yang memburukkan nama,,kita kalau nak carik kesalahan org lain mmg senang, tapi kalau nka sedar akan kesalahan diri sndiri mmg payah nak jmpe… so, xbaik kita kutuk sape2 yg buat MLM, ituh rezeki dia, kita xlayak nak mengutuk orang lain yang sedang mencari rezeki sebab rezeki datang daripada ALLAH TAALA, kita just perlu ambil setiap peluang yang ade dan berusaha, istiqomah dan tawakal… salam pertemuan

    • ain says:

      ini adlh salah satu sbb kenapa MLM tidak dpt maju di Malaysia kerana minda melayu mmg skeptikal.. MLM bukan skim cepat kaya yg menjanjikan keuntungan tanpa melakukan kerja. MLM ada banyak jenis pilih yang hampir-hampir menepati syariah islam (utk tahu boleh semak http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html) kita sendiri boleh menilai perniagaan itu baik atau samar-samar semasa mula2 mendengarnya..
      wallahualam

  3. MIE JOE says:

    Aku buat MLM pasal nk tambah pendapatan. klau kerja makan gaji je sampai bila income nk bertambah?

    Come-onlah,takkan nak mengharap duit jatuh dari langit kot

    Kerja aku pun berkat gak, tapi aku harus berusaha untuk jadi kaya, agar dapat membantu masyarakat

    • AHMAD ADAM says:

      alhamdulillah…cuma saya nak nasihatkan, pastikan kita alirkan rezeki pendapatan kita tuh kearah kebaikan, barulah perniagaan kita semakin maju dan diberkati ALLAH TAALA… 9/10 rezeki datang daripada perniagaan, EVEN Nabi Muhammad S.A.W pun berniaga semasa baginda kecil… so, kita buat jek, make sure platform nye betul dan sah..

  4. Anonymous says:

    Terima kasih en deen tips yg berguna saya juga pernah terjebak dlm MLM dan akhirnya menanggung kerugian.sekarang saya menghilangkan kebosanan dgn melayari blog bonsai,bolehkah cik Deen beri idea untuk mendapatkan wang dari hobi bonsai saya ini.
    cuba cik din tgok blog bonsai ini
    http;//bonsaikita.blogspot.com
    adakah boleh saya berniaga bonsai seperti dlm blog ini.

  5. Anonymous says:

    huhuhu…time kasey cik jalil…sy ni budak baru blaja…tetiba plak keje bhgn marketing…suma kena indie…seb bek blog cik jalil dapat tolong sy sikit..

    goal sy skang…nak jadik bos!
    huhuh..
    sy memg minat meniaga..tp bukan jadik kuli….
    jual telur ayam pon jd la….hehehe

  6. ISMA says:

    janji apa kerja yang dibuat itu halal. mesti ada keberkatan.

  7. Anonymous says:

    actually ada MLM yg bagus dah ada pon sjil dari PPIM.
    MLM pon ok..conventional bisnes pon ok selagi kite berusaha. so mari kite sama2 berusaha mencari rezeki! yezzaah~

  8. D' Aisy says:

    nk syare tentang MLM….aku jatuh tersungkur d sebbkan MLM…taparan hebat yg kutrima…citenyer bermula disini…apabila upline aku berjaya meyakinkan hanpir 1/3 downline dia untuk kuarkan satu modal yg tinggi tuk jayakan misi n visi nyer dlm mengejr pangkat dlm MLM n hadiah pelancong n apa2 saje ganjaran yg bakal d terima….ada yg buat pinjaman n bergadai demi mengejr janji bonus yg tinggi…dsbbkan aku mmg x berduit, tapi ade kebolehan PR…upline aku mmbantu tuk daptkan aku downline yg boleh kuarkan modal yg tinggi…tanpa d sangka salah seorang downline aku ni, mmbuat pinjaman along…episod bermula apabila aku mula down,bila x berduit tuk traveling,tuk mendaptkan prospek…aku mula d kejr oleh downline yg terjebak ngan along…dia mengatakan aku yg punca segala2 nyer, dn aku harus selesaikan hutang along tersebut…mimpi ngeri dlm hidup ku bila along 2 mencari suamiku sampai d tempt kerjanyer….aku d rumah berkurong dlm ketakutan….

    alhamdulillah, tuhan menguji, aku trima ujianmu Ya Allah…berlakulah episod2 kejayaan ku selepas terjadinyer peristiwa itu….

    MLM-satu perniagaan yg mematikan orang bawah demi mencari kekayaan orang d atas….

    Tuk smua usahawan MLM, jayakanlah perniagaan anda dengan ketengahkan kualiti produk2 anda janganlah jayakan perniagaan anda demi jaringan anda…

    saat ini sape2 saje kawan2 yg datang tuk bercerita tentang MLM kepada saya, saya akan mmberitahu kepadanyer…"aku hanya akan mendengar cerita2 produk ko, tapi kalau ko nk cite tentang networking ko boleh blik,sory aku x bermint"…..

    • Jackson Mangan says:

      Saya amat bersetuju sekali!

      Direct selling ni sememangnya untuk kita jual barangan kepada pelanggan tak berdaftar pada harga pasaran…

      Diskaun yang kita dapat tu dah dikira untunglah; kadang-kadang ada gak bonus…

  9. Anonymous says:

    Salam,

    Apabila diuji dengan wang ringgit.yang haram pun jadi halal.yang menindas pun jadi adil.niat baik hendak membina masjid tapi kalau dibina dari kayu yang dicuri dari rumah orang miskin mana keberkatannya?

    Apabila nampak tauke judi bersedekah maka kita pun bukak kedai judi kerana kita pun nak bersedekah,mungkin duit judi yg kita dpt dari org gila judi jadi halal sebab niat kita baik nak bantu masyarakat.

    Hairan bagaimana otai2 MLM boleh tidur lena hasil duit orang susah yg digula-gulakan akan menjadi kaya walhal sebenarnya mereka dimanipulasi. Akal manusia boleh menjadi buta jikalau nafsu harta beraja dihati.Akhirnya apabila orang susah tidak mampu menambah income dlm MLM,maka berkatalah para jutawan MLM "itulah nko,nko kene aktif lagi carik prospek.nko kene "ISTIQAMAH" dalam perjuangan keluar dari lingkaran kemiskinan.Islam tidak menganjurkan kita dalam keadaan miskin dan kepapaan membawak kepada kekufuran."

    Apalagi…jom carik downline!

    -Salahhudin Al-Ayyubi-

    -Salahhudin Al-Ayyubi-

  10. Anonymous says:

    Assalamualaikum..
    MLM merupakan satu cabang perniagaan..ada MLM Syariah..cuma yg kata kena tipu tu kerana tamak nak kaya cepat..sanggup pinjam bank@keluar wang simpanan..ikut cara MLM yg betul baru berjaya dan tidak kena tipu..MLM yg betul ialah yuran yang rendah,ada produk keluaran syarikat sendiri,produk kegunaan harian dan sbgnya..ada pelan pemasaran di lulus panel syariah..perjalanan syarikat mengikut Islamik GMP

  11. M Asri B Ab Rahim says:

    aku sokong mlm…mlm is releven bisnes..

  12. Anonymous says:

    MLM nie adalah satu kaedah pemasaran bagi orang yang ikhlas memasarkan produk-produk terutama berkonsepkan House of Gold, maksud untuk kegunaan sendiri serta sekeluarga, just ajak sesiapa sahaja menerima konsep yang sama, wang lebihan selepas tolak perbelanjaan harian untuk dilaburkan dalam perniagaan. Konsep ajak rakan-rakan buka kedai sendiri bagi membantu sesama insan, dia berjaya kerana kita bejaya, bukannya promote supermarket, hyermarket dan apa-apa big market yang semakin kaya dan menambah jaringan dan kita sebagai pemerhati sahaja..

  13. asaiful003 says:

    MLM nie adalah satu kaedah pemasaran bagi orang yang ikhlas memasarkan produk-produk terutama berkonsepkan House of Gold, maksud untuk kegunaan sendiri serta sekeluarga, just ajak sesiapa sahaja menerima konsep yang sama, wang lebihan selepas tolak perbelanjaan harian untuk dilaburkan dalam perniagaan. Konsep ajak rakan-rakan buka kedai sendiri bagi membantu sesama insan, dia berjaya kerana kita bejaya, bukannya promote supermarket, hyermarket dan apa-apa big market yang semakin kaya dan menambah jaringan dan kita sebagai pemerhati sahaja..

  14. nety says:

    bg saya ada mlm yg mengarut dan ada yang bagus. yg bagus tu more pd produk yg berkualiti ,diperlukan dan tidak terdapat di pasaran and one more upline x kije pun x dpt duet. yg mengarut tu sglanyer mengarut more to networking n money.

  15. shameem says:

    kalau ada orang kata mai sini kejap , jaga jaga. !! saya bagitahu seorang saya buat laman web, dia kata nak bincang pasal tu. dia nak bawa saya satu tempat. saya tunggu dia lebih 40 min. saya naik kereta dia, cara dia cakap macam MLM. saya kata saya banyak kerja, kalau cakap pasal MLM saya akan belah. dia kata ok. sampai sana, mereka cakap pasal Score A !! terus saya belah !! orang yang cakap depan tu kata, adakah kawan anda tipu dan bawa anda ke sini ? rupa rupa nya Score A ni memang ajar ahli mereka tipu ya ?
    dah 2 kali saya kena ! saya meminta yang jual Score A ni, tolong respect masa dan tenaga orang lain !!

  16. azrul says:

    Sebenarnya banyak tanggapan orang terhadap MLM nie.Bagi pandangan saya kalau join mlm untuk menjual produk syarikat yang betul2 berkualiti untuk dijual apa salahnya.Bukan sekadar mencari downline semata2..orang join pun kerana plan marketing bukan kerana nak jual produk.Ye la, dapat duit banyak bila dapat orang bawah.Kadang2 jalan 2 dah betoi.cuma cara kita 2 yang salah.

    Kita just jual produk,dan sekiranya produk yang dijual itu berkualiti dan memberi manfaat kepada beliau,why not dia join beli brong kepada syrikat dan jualnya kepada orang lain kerana dia tahu kelebihan dan manfaat kepada orang ramai terhadap produk tersebut.Mana boleh beli borong kalau xjoin syarikat tersebut dan untuk menghargai usaha kita yang memperkenalkan produk kita dibayar oleh syarikat,bukan duit orang yang join di bawah kita.

    Tidak semua MLM salah,ada juga yang betulnya.So kalau nak buat 2 cari la yang betul2.Bukan kerana plan marketingnya yang menjanjikan bulan dan bintang.Kita yakin produk tersebut memberi manfaat kepada orang lain,why not?sekian sedikit pandan 10sen saya nie.Jangan marah ye :)

  17. nur hus says:

    aku pnh join emall network.com- ala2 nk tiru ebay.com….marketing mmg bgs,ak pnh dpt 2k++ per month..n dak2 ak pn pnh potong gji ak,,,tp syg bnde ni xkkal lme..ntworking is based on trust of people who conduct u…ble sorg bt taik sume org trpalit….rsiko besar ble sorg bt dajal sume kne nme buruk…sistem btl..cme org yg bwk 2 yg bt busuk.ble da xde kpcyaan n kjujuran hbs musnah impian yg melangit.manusia mane xrambang mata ngn duit kn?mm btl la kaya kn owner mlm je..ble ade pblem ade trun pdg??? gapping2 la sial….alahai…org bsar xstaraf nk dok ngn org bwh..skg kete da kne tarik mlm tah kmna,…mlm hnyala mmpi ngeri bgku..ape yg positifnye..ak bljar dr ksilapan n lbh brhati2 ngn sume org.sekian.

  18. me says:

    aku pun pernah ditipu dan tertipu dgn mlm. memula ckp memang manis, hari2 call untuk menarik perhatian kita, tetapi tak sampai 2bulan company dh nampak goyah, ramai muka2 upline dh tak ada, perpecahan mula melanda. semua SS (syok sendiri). selepas drp tu aku mula berfikir, allah tidak akan memberi sesuatu tanpa usaha yang betul. tidak ada kesenangan yg akan dtg bergolek. so mlm telah dipangkah dlm hidupku…

  19. Pingback: 10 Cara Jana Pendapatan yang Menguntungkan | Jana Pendapatan dengan Internet (SBW)

  20. adyla suraya says:

    saya berumur 17 thn mase join satu syrkt MLM..
    n mang nyata sy kne tipu…
    nasi dah jadi bubur….

  21. Hamid says:

    Tips dan panduan membuat keuntungan melalui perniagaan yang amat berguna. Tq

  22. alyco30 says:

    Aik,,ni statement pasal ciri ciri perniagaankan,tapi apasal pula si pengomen tu pla yg berlebih lebihan,,siap sindir berhabis nak jatuhkan bisnes mlm org lain,,ni sindir berhabis,,sendiri ada join ker,,atau jual air liur basi je..

  23. SEO says:

    Hi, yeah this post is really pleasant and I have learned lot of things from it regarding blogging.
    thanks.

  24. Zainun says:

    Akak setuju dengan azrul. Skrg akak sedang buat bisnes MLM _SEVEN PLUS CLASSIC _Extract buah-buahan terbaik seluruh dunia(www.ezfuze.my). Akak joint bisnes ni sbb nak beli product dgn harga ahli (harga jual RM195 , harga ahli RM140 kalau beli 5 botol). Manfaatnya banyak: satu family akak dengan pelbagai masalah kesihatan! Alhamdulilah sembuh dari ayah dan mak dgn masalah sembelit, sakit sendi, SUAMI dan anak perempuan: resdung, ANAK LELAKI: lelah ,akak sendiri kencing manis dpt dikawal. Jgn kisah pd plan marketing, tapi ambil manfaat produk tu.Kalau nak cuba contact 0139275761

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>