Memulakan Perniagaan Untuk Menjadi Bebas Adalah Perangkap Hidup

Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.

Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.

Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar.

Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.

Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.

Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun ‘masa hadapan’ ini tidak muncul-muncul.

Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.

Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.

Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?

Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.

Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.

Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.

Nikmati setiap saat dalam hidup anda.

sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

9 Responses to Memulakan Perniagaan Untuk Menjadi Bebas Adalah Perangkap Hidup

  1. Hamka says:

    satu nasihat yang sangat sangat berguna, terima kasih.

  2. fiza says:

    perkongsian yang sangat membuka minda….
    saya berfikir dan dalam hati berkata….ya , anda betul
    saya pernah mengejar kekayaan melalui perniagaan yang dijanjikan kekayaan dengan slogan dan tindakan yang melampau-lampau,
    kesudahannya apabila ia x kesampaian, baru terasa berpijak di bumi yang nyata
    kekecewaan yang dirasakan amat mendalam dan membuatkan diri hilang kepercayaan dan keinginan untuk berniaga

  3. Jumpa blog sdr di blog Hamka (Kereta Mayat). Menarik artikel saudara. Tak ramai yg sedar & ramai yg lebih memilih jln susah utk mengecapi kebahagiaan kurniaan Allah itu. Jalan susah, bukan sahaja teruji tetapi tindakan melampaui batas itu,seolah-olah tidak mensyukuri.. Hm, harap dibetulkan, kalau salah. :)

  4. Moralnya; apabila anda nak buat bisnes, jangan pilih bisnes yang confirm ‘hilang’ bahagia. Kehilangan itu mungkin kasih-sayang… mungkin perhubungan intim… dan mungkin juga perhubungan dengan rumah Allah SWT. Fikir-fikirkanlah… Tak ada maknanya anda memiliki kekayaan melimpah-ruah melalui bisnes yang diceburi, kalau hati anda masih lagi belum bahagia… Nasihat saya; Buat bisnes yang telah terbukti dapat memberikan kebahagiaan bukan sahaja kepada ‘poket’ anda sekeluarga, malahan turut juga memberikan kebahagiaan hati yang hakiki untuk anda sekeluarga. Yosh!

  5. Junn74 says:

    Yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran…dl ms kerja gomen nk cuti pn ssh kn apply crk yg sgt terhd..nk mc menipu lak rasanye kalu x sakit..jd sy pilih berniaga bkn nk bebas tp mmg bebas pn..alhmdulillah..Rezeki hak Allah.. Mesti ada bahagia jika kn caranye….

  6. M Hidzir says:

    Wau saudara Hamka pun ada sini.. Bagus.
    Saya juga sedang mencari2 perniagaan yang boleh saya buat sambil meningkatkan tahap kebahagiaan saya..

  7. wow… sangat menarik…. best. perkongsian yang sangat berguna utk usahawan kecik mcm sy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>