Bagaimana Manusia Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan

Terdapat sebuah eksperimen yang terkenal dengan nama “Katak di Dalam Air Panas”. Eksperimen ini membuktikan bahawa jika seekor katak dilepaskan dalam air yang panas katak ini akan terus melompat keluar dari air panas tersebut.

Tetapi jika katak ini di letakan dalam air biasa dan kemudiannya dipanaskan sedikit demi sedikit, katak ini tidak melompat keluar dari air itu. Malah katak ini kekal dalam air panas ini sehingga akhirnya katak ini mati.

Kita manusia samalah seperti katak ini. Kita mempunyai kuasa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.

Cuba ingat kembali saat anda keluar dari panggung wayang yang gelap. Sewaktu menghampiri pintu keluar, anda akan merasa seolah-olah cahaya di luar sangat terang dan anda akan cuba mengecilkan mata anda untuk menyesuaikan diri. Setelah beberapa minit, anda tidak lagi merasa cahaya di luar itu sangat terang.

Ini samalah juga apabila kita memasuki bilik yang sangat gelap, pada mulanya kita tidak dapat melihat apa-apa, tetapi setelah beberapa ketika, kita akan mula menyesuaikan diri dan dapat melihat sedikit sebanyak daripada persekitaran yang ada.

(Terdapat satu teori mengenai mengapa ketua lanun biasanya menutup matanya sebelah. Mata itu ditutup bukan kerana lanun itu buta. Tetapi adalah supaya apabila ketua lanun ingin memeriksa pekerjanya di dalam perut kapal yang gelap. Maka lanun ini akan menggunakan matanya yang tertutup itu untuk melihat dengan cepat)

Beginilah juga kita menyesuaikan diri dengan kehidupan kita.

Begini jugalah dengan usahawan atau orang yang bercita-cita menjadi usahawan. Jika anda melihat kepada kehidupan seorang usahawan, tentu anda akan merasakan tekanan yang bakal dihadapi ini sangat kuat sehingga anda tidak mampu menghadapinya. Setiap hari usahawan akan menghadapi keadaan yang tidak menentu. Tidak tahu dari mana akan datangnya rezeki untuk hari itu. Tidak tahu siapa pelanggan yang betul atau tidak. Tidak tahu samada keputusan yang dibuat itu betul atau salah.

Namun sebenarnya apabila anda berada dalam keadaan itu nanti, anda akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan kehidupan anda akan menjadi seperti biasa.

Seorang rakan saya, Ustaz Amin adalah seorang yang sangat sibuk. Dia mampu memberi ceramah di pelbagai tempat dalam satu hari dan dia mampu pergi terus dari airport terus ke dewan ceramah dan memulakan ceramahnya seperti biasa.

Bagi saya secara peribadi, ini adalah sesuatu yang mustahil. Saya lebih suka jika saya diberi beberapa hari rehat sebelum memulakan sesuatu ceramah.

Sewaktu syarikat saya mendapat kontrak untuk mengendalikan program pra-persaraan untuk pegawai-pegawai Tabung Haji di China tempoh hari. Saya akan berceramah pada hari pertama dan Ustaz Amin akan berceramah pada hari yang kedua di China.

Ustaz Amin boleh menghabiskan ceramahnya malamnya di Shah Alam dan menaiki kapal terbang paling awal ke Guangzhou. Dari Lapang terbang, beliau boleh terus ke dewan ceramah dan menyampaikan ceramahnya. Kemudiannya beliau boleh terbang semula balik ke Malaysia untuk menyampai ceramah di Johor Bahru.

Dan pernah satu hari saya bertanya kepadanya

“Abang Mat tak rasa letih dengan jadual macam ini ?”

Jawapan beliau “Ntah la, Abang Mat dah biasa kot”

Jika anda sudah memahami konsep yang pertama, saya ingin bawa anda lebih tinggi untuk mengkaji mengenai proses ini.

Cuba bayangkan anda sedang bahagia menonton television di sofa yang empuk. Dan tiba-tiba jiran anda menghidupkan vacuum cleaner (penyedut hampagas) dan mula membersihkan rumahnya. Vacuum cleaner itu berbunyi selama 3 minit dan berhenti selama 1 minit dan disambung semula selama 3 minit dan berhenti semula selama 1 minit. Proses ini berterusan selama 30 minit.

Adakah ketidakselesaan yang anda rasai adalah lebih tinggi jika anda dengar bunyi ini dengan sedikit ruang berehat berbanding jika anda dengan bunyi vacuum cleaner itu secara berterusan ?

Menurut kajian, kesakitan yang kita rasai jika beserta dengan ruang adalah lebih tinggi dengan kesakitan yang kita rasai tanpa ruang.

Jika anda dengar bunyi vacuum cleaner itu selama 30 minit secara berterusan. Anda akan menjadi lebih selesa kerana anda sudah cuba untuk menyesuaikan diri anda dengan keadaan tersebut.

Namun jika terdapat ruang antara bunyi tersebut anda terpaksa melakukan kerja penyesuaian diri ini secara berulang-ulang dan ini akan menjadikan anda lebih tidak selesa.

Moralnya di sini adalah, jika anda menghadapi sesuatu kesukaran dalam hidup anda sebagai usahawan, teruskan hadapi kesukaran ini sehingga anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi ini. Anda tidak perlu untuk mengambil cuti kononnya untuk melupakan sebentar masalah yang anda sedang hadapi. Anda akan bakal menghadapi keadaan yang lebih sukar pada hari anda mula kembali menyelesaikan masalah ini.

Benarlah kata Tuhan dalam Al-Quran dalam surah AL-INSYIRAAH ayat 5 dan 6

“bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.”

dan pada ayat ketujuh

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain),

Dan ingatlah bahawa Tuhan juga tidak akan menguji kita sehingga ke tahap yang kita tidak boleh tanggung.

Ilmu penyesuai diri ini sangat penting dan ianya ada dalam diri manusia secara semulajadi. Hanya kita yang perlu bersabar dan yakin bahawa kita akan dapat menghadapi kesukaran yang kita sedang hadapi kini.

Namun kita juga perlu sedar bahawa kita perlu menghadapi kesukaran yang akan membawa kejayaan jangka panjang dan tidak menjadi seperti katak di dalam air panas yang akhirnya mati katak.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>