Pekerja Adalah Aset Terpenting Sesebuah Perniagaan ?

Tajuk di atas ini saya letakkan tanda soal di hujungnya supaya kita bertanya diri kita sebagai usahawan, Adakah pekerja adalah aset terpenting sesebuah perniagaan ?

Pekerja adalah aset terpenting dalam sesebuah perniagaan hanya jika pekerja ini pekerja yang komited dan diletakan di tempat yang betul.

Jika pekerja bagus, diletakan di tempat yang tidak betul. Ini liabiliti.

Jika pekerja tak bagus, sudah tentu ini juga liabiliti.

Jika pekerja tak bagus, diletakan pula di tempat yang tidak betul. Ini liabiliti berganda.

Jadi kita perlukan pekerja yang bagus dan diletakan di tempat yang betul. Ini ‘aset paling berharga’ yang dimaksudkan sebelum ini.

Setiap perniagaan, mempunyai cara menilai pekerja yang berlainan. Proses ini akan memakan masa.

Biasanya, sewaktu mengambil pekerja baru, kita akan memberi tempoh percubaan untuk 3 bulan dan lihat bagaimana pekerja ini bekerja, berkomunikasi, menepati masa, menerima kritikan dan sebagainya.

Jika anda rasa pekerja ini bagus. Tawarkan pekerjaan.

Jika anda menilainya tidak bagus. Tamatkan perkhidmatannya pada waktu ini juga. Ini adalah waktu terbaik untuk menamatkan perkhidmatan pekerja. Ini untuk kebaikan kita dan kebaikan pekerja itu sendiri.

Membuang pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan perniagaan kita adalah tidak baik untuk perniagaan kecuali dalam keadaan terdesak.

Kita ambil contoh Sobri seorang mekanik. Katakan dia telah bekerja dengan syarikat “Ah Chong Motosikal”. Dia sudah bekerja di syarikat ini selama 5 tahun. Jika hari ini Sobri ditamatkan perkhidmatannya. Mari kita lihat situasi Ah Chong sekarang…

  1. Ah Chong rugi wang, masa dan tenaga yang telah dicurahkan untuk melatih Sobri dalam tempoh 5 tahun ini. Segala kemahiran yang ada pada Sobri bukan lagi milik Ah Chong sekarang. Ah Chong rugi.
  2. Ah Chong perlu mengambil pekerja baru. Pekerja baru ini perlu dilabur dengan masa, wang dan tenaga untuk diajar dan dimahirkan. Ah Chong rugi.
  3. Sobri mungkin akan bekerja dengan syarikat pesaing Ah Chong. Secara langsung, apa-apa ilmu yang ada pada Sobri mengenai rahsia perniagaan Ah Chong akan terdedah. Ah Chong rugi.

Kesimpulan = Ah Chong rugi.

Adalah bagus jika kita dapat menilai samada pekerja ini bagus dan tidak bagus sejak dari awal lagi. Kita wajib menilai pekerja ini dalam tempoh 3 bulan pertama tersebut.

Mengendalikan pekerja adalah seperti seorang bapa mendidik anak kecil.

  1. Jika pekerjaan di buat dengan baik. Berikan pujian.
  2. Cabaran bekerja dihadapi bersama. Sentiasa berikan sokongan dan dorongan.
  3. Jika ada kesalahan. Beri teguran dan nasihat dengan baik. Faham kelemahan dan kelebihan pekerja anda. (Tidak ada manusia yang sempurna)
  4. Letakan sedikit jurang antara anda dan pekerja.

Kesemua perkara di atas akan menghasilkan pekerja yang :-

  • mengambil lebih banyak inisiatif.
  • sayang dan taat kepada syarikat.
  • berani mengambil risiko.
  • menghasilkan hasil yang lumayan untuk perniagaan.
  • menghormati anda.

Pekerja adalah aset terpenting sesebuah perniagaan bukan saja bergantung kepada pekerja tersebut tetapi juga bergantung anda sebagai usahawan yang mengendalikan mereka.

Terima kasih.

Salam Perniagaan

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

4 Responses to Pekerja Adalah Aset Terpenting Sesebuah Perniagaan ?

  1. hafeez says:

    kalu kite tak berpuas hati dgn prestasi pekerja kita..terutama yang dah confirm…senang ke nak berhentikan?bukan ke kena bayar extra gaji?cth 3bln gaji?

  2. nurr says:

    bley x bagi pengenalan ngan objektif pekerja???…

  3. proffads says:

    bukan pekerja jer yang terpenting.. semuanya terpenting la segala gala yang berkaitan la..spt tapak..klu tak dak tapak nak meniaga cam mana ..kan? modal..klu tak dak modal tak boleh niaga jugak kan?

  4. tentu saja pekerja adalah aset yang sangat berharga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>