Memborong di Vietnam – Bahagian 5

Pertama sekali saya ingin mohon ampun dan maaf daripada semua pembaca blog saya kerana dah lama tak update blog saya ini. Alasan utama adalah kemalasan.. alasan yang lebih konkrit adalah kerana terlalu sibuk. Memula ke China selama kira-kira seminggu, balik ke tanahair dalam tempoh 12 jam bertolak ke Brunei untuk kendalikan kursus di sana dan kemudian kembali ke tanahair dan bertolak ke Alor Star untuk kendalikan kursus di Jerlun yang dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan kemudian kembali ke KL dan hari yang sama bertolak ke Vietnam untuk kendalikan rombongan memborong usahawan ke Vietnam.

Pada artikel kali ini saya ingin menceritakan pengalaman memborong di Vietnam dan terutama adalah bahagian bagaimana taktik-taktik penipuan yang terdapat di Vietnam. Mungkin ini akan berguna kepada usahawan yang akan ke sana nanti.

Penipuan 1

Apabila kita di Vietnam, memang kita akan dikenali dengan mudah sebagai orang Malaysia. Mungkin kerana ramai usahawan Malaysia ke sini sehinggakan hampir semua pekedai di sini tahu sedikit sebanyak berbahasa Melayu.

Penipuan pertama ini adalah penipuan dari tukang gilap kasut.. sedang kita sibuk melihat barangan, tetiba akan datang seseorang mengosok kasut kita. Pada waktu ini kita patut terus mengelak dan beredar dari situ. Jika tidak, kita akan diminta bayaran 400,000 Vietnam Dong atau bersamaan dengan RM 60.

Biasanya sewaktu kita baru sampai, kita tidak dapat membezakan dengan betul pertukaran matawang, sedang kita mencongak kiraan yang sebenar, pengilap kasut tadi akan push kita untuk bayar. Biasanya sebagai rakyat Malaysia yang lembut, kita akan bayar dan kemudian baru kita akan mengira kos sebenar.

Dalam rombongan baru-baru ini, salah seorang akak telah terkena. Akhirnya dia hanya sempat keluarkan 200,000 Vietnam Dong atau RM 30. Pengilap kasut itu terus mengambil duit itu dan melarikan diri.

Cara Mengelak ditipu : bila ada saja sesiapa offer untuk gilap kasut, terus beredar dari tempat itu dan cakap tak nak. Tips kedua, sentiasa berada dalam kumpulan beberapa orang dalam setiap masa.

Penipuan 2

Apabila menaiki teksi di Vietnam, pastikan awal-awal diminta untuk menggunakan meter. Biasanya jika kita tidak meminta seperti ini, sewaktu sampai di destinasi pemandu teksi akan meminta bayaran lebih dari yang sebenar.

Cara mengelak ditipu : Biasakan diri dengan tukaran matawang Vietnam Dong, Ringgit Malaysia dan US Dollar. Sentiasa ingat 100,000 Dong adalah RM 15 atau USD 5. Biasakan diri juga dengan angka di matawang Vietnam. Selain itu bawa duit kecil seperti 1000, 5000 Dong dan juga 1 USD.

Penipuan 3

Bergerak dari satu tempat ke satu tempat, pastikan anda berjalan kaki ataupun gunakan teksi.

Penipuan biasanya terjadi apabila kita diajak menaiki beca. Sebagai rakyat Malaysia yang mungkin merindui menaiki beca, ramai yang telah terkena.

Penarik beca akan memanggil untuk menaiki beca. Kemudian dia akan mengayuh beca ke tempat yang kita tidak kenal dan dia akan mintak bayaran USD 20. Jika kita tidak bayar, dia akan tinggalkan kita di situ. Jika kita bayar, dia akan bawa kita pulang ke tempat asal.

Biasanya akak-akak yang tertipu akan membayar duit ini kerana takut diapa-apakan oleh penarik beca ini.

Cara mengelak ditipu : Jangan naik beca

Penipuan 4

Cerita ini diceritakan sendiri oleh seorang abang yang pernah mengalami pengalaman ini. Sewaktu kita berjalan seorang diri, kita akan dipanggil oleh 2 orang perempuan cantik yang menaiki motosikal.

Memandangkan kedua-dua gadis itu nampak cantik dan memanggil-manggil, Abang ini pun tergoda dan membalas senyuman mereka. Selepas itu mereka akan mengajak pergi ke Hotel.

Disuruhnya abang ini duduk di tengah di atas motosikal itu. Sewaktu perjalanan ke hotel yang tidak diketahui itu selama kira-kira 20 minit. Tangan gadis di belakang akan mengambil dompet dan mengambil semua duit yang ada.

Setibanya di hotel itu, mereka akan melarikan diri meninggalkan orang ini dengan dompet kosong.

Cara mengelak ditipu : Jangan menghampiri zina

Di bawah adalah gambar-gambar rombongan memborong ke Vietnam oleh Anzac Consultancy baru-baru ini.

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

5 Responses to Memborong di Vietnam – Bahagian 5

  1. Lee Kai ruon says:

    Hi,
    I interest with badminton, jogging and soccer jersey. Can I know where to get it

  2. as says:

    As ingin bertanya, jika kita memborong kain baju kat vetnam , semasa nak balik nanti kita dikenakan cukai ke atas barang yg kita beli tu..thanks

  3. rohana says:

    assalamualaikum mana boleh dpt kain. atau telekung yg murah dan berkualiti.

  4. fazli says:

    bagaimana vietnam boleh ada lambakan barangan yang banyak dan murah? Produk tempatan atau diimport dari tempat lain? terutamanya barangan keperluan muslim…

  5. Rama org aggap blogger Msia nie kurang bagus.. nak cari rujukan selalunya blog international yg di rujuk… tapi artikel nie membuktikan yg blog dari Malaysia memang setanding dengan blog antarabangsa… tahniah admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>