Pengaruh Pemikiran Dalam Perniagaan

Jika kita makan sesuatu yang kita rasakan kotor, jijik atau tidak sedap. Kita akan cuba untuk berhenti makan. Jika ini juga tidak dapat dilakukan, perut kita secara spontan akan mengeluarkan makanan ini dari perut. Ini dipanggil sebagai muntah.

Makanan yang otak rasakan tidak perlu, kotor, jijik, tidak sedap akan dimuntahkan keluar dari perut.

Begini juga otak kita berfungsi. Jika ada maklumat yang otak kita tidak faham, celaru, keliru, tidak selesa. Otak kita akan bertindak untuk menyekat maklumat-maklumat seterusnya daripada masuk ke otak kita.

Jika kita tidak faham atau keliru asas matematik, tidak mungkin kita dapat faham pelajaran yang seterusnya. Semudah itu.

Jika kita ambil senario dua orang kanak-kanak berumur 15 tahun…

1. Anak Orang Miskin (AOM) – yang bapanya bekerja dengan gaji yang rendah serta hidup susah dengan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

2. Anak Orang Kaya (AOK) – yang mempunyai bapa seorang ahli perniagaan yang mempunyai aset jutaan ringgit serta mempunyai syarikat yang besar.

Setelah 15 tahun kemudian …..

Mungkin ini senarionya.

1. AOM – bekerja makan gaji dengan gaji RM 2000 sebulan dan bekerja 12 jam sehari. Mustahil bagi pemikiran AOM untuk mendapat jutaan RM.

2. AOK - Membangunkan sebuah syarikat jutaan ringgit yang baru tetapi bekerja hanya 4-6 jam sehari.

Anda mungkin sedang berfikir

“Ini tidak adil, anak orang kaya itu dibantu oleh bapanya”

Tetapi mari kita lihat dengan lebih dekat pemikiran perniagaan kedua-dua usahawan ini.

1. AOM – “Adalah mustahil untuk aku membuat wang jutaan RM. Sekarang aku ada lebihan pun beberapa ratus sebulan. Aku perlu bekerja 50 kali ganda lebih dari sekarang untuk mendapat duit sebanyak itu. Mustahil”

2. AOK – “Senang saja untuk menghasilkan wang jutaan RM. Saya tengok sendiri bagaimana ayah dan rakan-rakannya melakukannya. Jika mereka boleh, susah tentu saya pun boleh. Mustahil la saya tak boleh.”

Dalam kata lain, jika AOM fikir dia perlukan pemikiran, tenaga dan masa yang terlalu banyak untuk menghasilkan jutaan RM. AOK pula berfikir, “adalah sesuatu yang langsung tidak mustahil untuk menghasilkan jutaan RM tersebut”. Melalui dua pemikiran ini, kita dapat rasa, sudah tentu AOK akan berjaya.

Bagaimana Pemikiran Memerangkap Kita

  • Jika kita mengharapkan sesuatu yang mudah di hadapan – kita akan mengelak dari segala halangan dan akan menyelesaikannya segala masalah.
  • Jika kita mengharapkan sesuatu yang sukar di hadapan- kita akan mula mengelirukan diri sendiri dan sabotaj diri sendiri.

Jadi, realiti akan berubah sejajar dengan perubahan sistem kepercayaan dan pemikiran.

Mulakan dengan Doa…. Teruskan dengan Usaha…..

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

4 Responses to Pengaruh Pemikiran Dalam Perniagaan

  1. hafiz says:

    Pemikiran adalah perangkap utama kpd kita. Tgk bagaimana sesetengah manusia yg terperangkap dgn pemikiran sendiri setelah membaca akhbar2 yg jelas memutar belitkan fakta. sistem pemikiran manusia akan berubah mengikut input input dr keadaan sekeliling. hanya kita sendiri yg mampu utk set kan otak kite ape yg baik dan ape yg tak baik. pesanan dari phak penaja –> sila pastikan otak anda sihat agar otak anda dpt menangkis maklumat2 yg tidak sihat dr keadaan sekeliling.

    sbgai contoh. otak pihak polis telah berjaya disetkan olih penguasa2 mereka dimana org selain UMNO adalah jahat semuanya. pemimpin2 UMNO yg mencuri duit mereka sendiri dikatakan baik. sbb itu golongan polis2 ini adalah golongan yg sakit otak tahap kritikal. sudahla otak mereka disetkan olih org lain, mereka sendiri xdpt nk setkan otak mereka. bak kata pepatah dah bodoh lagi bebal.

  2. hafiz says:

    ape kate hang masukkan satu lg watak..selain AOM dan AOK, hang boleh masukkan watak AOU (Anak Orang UMNO)…

  3. hafiz says:

    bace link

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/20840/84/

    contoh anasir jahat yg cube megubah corak pemikiran rakyat sejagat..

    aku tak bodoh tapi org UMNO bodoh..

  4. myahakeem says:

    mmg betul mulakan dgn doa…nak tambah sikit…dan mulakan dgn hati yg bersih dan niat yg ikhlas…barulah segalanya menjadi..Insya’Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>