Kelebihan-kelebihan Kecil untuk Berjaya

Kita sering dimomokkan dengan satu dongeng yang mengatakan semua orang boleh berjaya. Ini adalah satu pernyataan yang sedap didengar dan akan didendangkan oleh motivator-motivator untuk menarik peserta untuk kursus mereka

Namun secara realitinya, orang-orang yang berjaya adalah kebanyakkan daripada mereka adalah orang yang mempunyai kelebihan-kelebihan kecil samada mereka mendapat kelebihan-kelebihan ini secara sengaja atau tidak sengaja.

Apa itu kelebihan kecil ?

Kelebihan kecil adalah satu-satu kelebihan yang menyebabkan kita mendapat advantage untuk berjaya.

Contohnya, jika Tahir lahir pada bulan Januari dan pengambilan sekolah berlaku pada bulan Januari. Manakala Mahmud lahir pada bulan 12 tahun yang sama.

Sewaktu Tahir memasuki darjah 1. Mahmud juga memasuki darjah 1 pada tahun yang sama walaupun umur mereka berbeza hampir 12 bulan.

Beza umur selama 12 bulan pada budak berumur 7 tahun adalah sangat ketara. Budak yang lahir pada bulan Januari seperti Tahir akan kelihatan lebih besar dan tinggi berbanding Mahmud yang lahir pada bulan Disember.

Jadi secara tak langsung, dalam banyak pertandingan sukan, Tahir berpotensi untuk mendapat tempat yang lebih baik berbanding rakan-rakannya. Jika sewaktu darjah 4, Tahir terpilih mewakili negeri, Tahir akan dilatih dengan jurulatih negeri dan diberi banyak pendedahan. Manakala Mahmud yang tidak terpilih pada darjah 4 untuk mewakili negeri akan sekadar bermain bolasepak dengan rakan-rakan di kawasan rumahnya.

Sewaktu menaiki darjah 5. Tahir dan Mahmud sekali lagi menyertai pemilihan untuk mewakili negeri. Namun kali ini, Tahir sudah menjadi terlalu kuat, dia mahir kerana banyak latihan, dia ada banyak pengalaman dan pendedahan. Manakala Mahmud, tidak ada semua itu.

Jadi Tahir akan terus berjaya dan Mahmud tidak mampu menyaingi Tahir.

Setiap dari kita mempunyai kelebihan-kelebihan seperti ini, namun kekadang kita tidak berjaya dalam bidang yang kita ceburi kerana kelebihan kecil kita itu di bidang yang berbeza.

Jadi, untuk anda berjaya dalam satu-satu bidang, bina kelebihan-kelebihan kecil ini untuk satu tempoh masa yang lama. Lebih lama anda berlatih dengan kelebihan-kelebihan kecil ini, anda akan menjadi lebih mahir dan lebih berjaya.

Jika anda mempunyai anak, berikan anak anda kelebihan-kelebihan kecil ini supaya dia mempunyai advantage apabila meningkat besar.

Contohnya, salah seorang ahli politik negara kita yang hebat berpidato. Saya mengkaji latar belakang beliau dan mendapati sewaktu kecil beliau sering mengikuti ibunya yang juga wanita UMNO untuk berceramah dari kampung ke kampung.

Mungkin inilah kelebihan kecil yang dipunyai beliau sehingga menjadikan beliau seorang pemidato yang hebat.

Untuk anak anda, anda boleh melatihnya mereka dengan menghantar mereka menghadiri kelas piano, kelas bahasa asing, bermain bolasepak dengan orang lebih tua atau berniaga. Apa saja, asalkan mereka akan mendapat kelebihan-kelebihan kecil yang akan berguna dalam hidup mereka.

Jadi kesimpulannya, fokus untuk bina kelebihan-kelebihan kecil dalam diri anda dan keturunan anda supaya dengan kelebihan-kelebihan kecil ini, kita akan menjadi lebih berjaya.

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog and tagged , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Kelebihan-kelebihan Kecil untuk Berjaya

  1. fifahnazri says:

    Artikel yang menarik. Memberi pendedahan pelbagai kemahiran kepada anak-anak mampu membina keyakinan dan kematangan diri apabila dewasa kelak. Bukan setakat memberi ilmu pelajaran yang secukupnya, namun kemahiran bercakap, bermain bola, aktiviti lasak, mengurus rumah, membimbing adik-adik dan lain-lain lagi akan mencungkil bakat dan kelebihan yang ada dalam diri masing-masing.

  2. primus kajuice says:

    kepada sesiapa yg membaca artikel ini beruntung sebab ada perubahan dalam diri anda kalau faham maksud dan pengajaran dlm artikel ini. TQ SJ…

  3. ctra says:

    TQ tuan SJ. Artikel ini amat memotivasikn saya. Cuma mohon tuan tidak memberi contoh menggunakan nama parti2 politik, kalau boleh biarlah contoh am bagi dikongsi dan dimanfaatkn besama. Sekadar pandangan – mohon maaf ye.

  4. nora says:

    Saya sangat2 bersetuju dengan tuan…saya pernah mengahwini seorang warga asing yang boleh bertutur 7 bahasa. Sepanjang perkahwinan kami saya kagum menyaksikan kelebihannya dalam pelbagai aspek walaupun nampak kecil namun dia seorang yang bercita2 tinggi dan mampu mencapai apa yang diingininya menggunakan kelebihannya. Suami saya sekarang seoarng lelaki tempatan. Dia masih tercari2 kelebihan dirinya malah walaupun dia ada kelebihan namun dia tidak tahu menggunakan kelebihan yang dimilikinya. Bekas suami saya tadi sudah memiliki jawatan tinggi dalam bidang penerbangan di salah sebuah negara maju di Eropah dengan pendapatan mencecah ratusan ribu euro setahun. Membandingkan mereka berdua saya setuju bahawa memiliki kelebihan dan pandai menggunakannya akan banyak membantu memperoleh kejayaan kerana tidak ada yang datang menggolek.

  5. proffads says:

    memang la ..semua orang ada kelebihan yang asli dan ada kekurangan yang asli jugak..kedua2 tu ada kebaikkannya jika kita ambik secara positif.. contoh spt beranak awal dan akhir tahun tu tak la tepat sangat rasanya.. boleh la cari contoh2 yang lebih jelas dan positif..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>