Jangan Sumbat Kepala Anda Dengan Sampah !!!

Apa yang fikir dalam otak kita menentukan apa realiti kehidupan kita. Jadi anda sepatutnya berhati-hati dengan apa saja yang anda sumbatkan dalam otak anda secara sengaja atau tidak. Kerana apa yang ada dalam otak ini akan menentukan tindakan anda sehari-hari. Tindakan ini akan menentukan apa realiti kehidupan anda.

Cuba anda lakukan apa yang saya suruh sekarang…

1. Cuba bayangkan bendera PAS …..

Ya, anda terbayang bendera PAS berwarna hijau dengan bulatan di tengah

2. JANGAN bayangkan bendera PAS ….

Ya, anda masih terbayang bendera PAS

3. JANGAN bayangkan bendera BN

Ya, anda terbayang bendera BN

Dengan 3 ujian di atas, anda menyedari bahawa setiap apa yang anda dengar atau baca, anda akan bayangkan walaupun terdapat perkataan JANGAN. Ini adalah indikasi jelas yang menunjukan bagaimana otak kita berfungsi.

Cuba kita kaji isu yang lebih besar, setiap hari kita baca surat khabar yang menceritakan mengenai ahli politik yang korup, bapak rogol anak, wanita diragut mat rempit, kisah kemalangan dan sebagainya.

Cerita-cerita sebegini tidak diperlukan oleh anda sebagai usahawan. Anda hanya perlukan cerita-cerita yang boleh memberi inspirasi dan bukan cerita-cerita malang seperti di atas.

Biarkan mereka dan biarkan polis dan pemerintah menyelesaikan masalah itu. Anda tidak dapat membantu dengan hanya membaca mengenai bapak merogol anak, atau peragut yagn meragut.

Anda sebagai peniaga fokus untuk menyelesaikan masalah manusia dan dapatkan duit dari situ sebagai timbal balas.

Bukanlah maksud saya, anda tidak menghiraukan apa yang berlaku disekeliling. Anda mungkin perlu ambil tahu sedikit sebanyak. Dan jika anda “OFF”kan mind anda sepenuhnya kepada berita-berita sebegini adalah lebih baik.

Jadi apa yang kita perlu fikirkan sebagai usahawan ?

Anda boleh fikirkan mengenai bagaimana untuk menjadi lebih berjaya hari demi hari. Baca biografi usahawan-usahawan yang berjaya, baca mengenai ahli sukan yang berjaya, baca mengenai pembangunan negara, baca mengenai teknologi baru di negara lain, baca mengenai strategi perniagaan yang berjaya, baca mengenai anugerah-anugerah yang usahawan menangi.

Baca Berita Seperti Ini

Jika anda penuhkan otak anda dengan sampah, hanya sampah yang anda akan dapat. Jika anda penuhkan otak anda dengan emas, anda akan mendapat emas.

Jadi tapis bahan yang anda baca dan tapis apa yang anda akan dengar. Cuba teliti satu per satu perkara yang kita masukkan dalam otak kita hari demi hari.

Sentiasa bertanya soalan samada anda perlukan atau tidak maklumat ini untuk mencapai objektif hidup anda. Jika tak perlu, tak payah baca. Baca mengenai mereka yang berjaya sebagai ganti.

Baca mengenai orang yang berjaya

Sebagai tambahan, bahan-bahan mengarut seperti ini memang sangat ketagih. Cuba anda baca bahagian gosip artis di surat khabar, walaupun anda tidak mengenai artis itu, anda akan seronok membaca. Seronok kerana perkara itu gosip. Seronok kerana ada orang yang terkena. Cuba juga baca mastika, tentu anda akan seronok juga dengan cerita mayat yang bangun selepas mati, cerita-cerita hantu di pokok-pokok di kampung dan juga cerita isteri yang curang dan diseksa sebelum mati.

Biarkan mereka dengan hidup mereka, tiada hantu yang dapat membantu perniagaan anda, tidak ada mayat yang hidup semula dapat membantu anda dan tidak ada isteri curang yang akan menasihati anda cara membuat pemasaran.

Jadi, biarkan mereka, jangan penuhkan diri anda mengenai cerita mereka.

Ingat, dan sentiasa ingat… TAPIS APA YANG MASUK DALAM OTAK ANDA.

Dengan cara ini, anda akan lihat bagaimana perspektif anda berubah dan anda juga akan melihat bagaimana realiti kehidupan anda berubah.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Jangan Sumbat Kepala Anda Dengan Sampah !!!

  1. Pingback: Pilih Kawan Anda dan Berkawan Dengan Orang Yang Betul | Shahabudeen Jalil

  2. Mugeb says:

    When the observer changed, the thing that observed change as well…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>