Cara Rundingan Lim Goh Tong

Orang yang sering dianggap gila

Baru-baru ini saya terserempak dengan buku bertajuk Cerita Saya yang ditulis oleh Lim Goh Tong, seorang Billionaire yang telah membangunkan Genting Highlands.

Buku 200 mukasurat berharga RM 28.00 ini saya habiskan dalam masa 2 jam, mungkin kerana seronok membaca ceritanya satu per satu bermula dari seorang pendatang dari China dengan tongkang kecil sehinggalah beliau kembali melawat kampungnya itu dengan kapal Star Cruise miliknya sendiri. Memang mengagumkan pencapaian beliau.

Antara cerita menarik yang saya dapati dalam buku ini adalah apabila beliau berhajat untuk membeli sebidang tanah di Johor. Setelah beliau sampai ke sana. Peguam-peguam pemilik berjumpa beliau dan menceritakan mengenai kisah disebalik tanah itu. Dan kenapa tanah itu tidak berjaya dijual sehingga ke hari ini ?

Tanah itu milik seorang yang telah lama meninggal dunia. Orang itu telah meninggalkan 2 orang balu dan 12 orang anak dan cucu. Walaupun orang yang meninggal ini telah meninggalkan wasiat, namun tidak ada sebarang persetujuan pernah dicapai. Kes ini juga telah cuba diselesaikan di mahkamah sejak 15 tahun lepas, namun masih juga menemui jalan buntu. Sehinggalah keluarga ini bergaduh dan berpecah belah.

Peguam-peguam pemilik telah berbisik dan memberitahu Lim Goh Tong bahawa beliau tidak perlu membuang masa dan masalah ini tidak akan dapat diselesaikan.

Lim Goh Tong yang memang terkenal dengan membuat kerja gila menganggap ini adalah sebuah cabaran untuk dirinya. Pada keesokkannya, dia mula berjumpa dengan salah seorang daripada 12 orang itu untuk sarapan pagi. Pada waktu itu, beliau mengambil semua no. telefon adik beradik yang lain. Dan sepanjang hari selepas itu, beliau memulakan lawatan dari seorang ke seorang yang lain.

Beliau menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi. Dia menyatakan, masalah ini dihadapi kerana tanah tersebut dan beliau sanggup membeli tanah itu asalkan masalah keluarga ini selesai dengan baik.

Dia juga menyatakan kepada mereka, mereka semua perlu bersatu jika mereka ingin mendapatkan harga yang baik daripada dirinya.

Selesai bertemu semua daripada mereka, dia juga telah mendapat persetujuan semua untuk beliau membeli tanah tersebut.

Akhirnya, selepas 2 minggu, pada hari terakhir selepas semua bersetuju, semua orang berkumpul dan meraikkan secara bersama.  Keluarga itu kembali pulih dan semua orang sangat gembira. Jadi mereka tidak lagi kisah mengenai harga tanah tersebut.

Namun yang paling gembira pada hari itu adalah Lim Goh Tong kerana dia telah membeli semua tanah itu dengan harga yang sangat berpatutan.

Cerita ini jelas menunjukkan, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Dan sebagai usahawan tentu ada jalan terbaik untuk kita mencapai sesuatu, asalkan kita cekap berfikir dan kenal manusia dan kenal sesuatu permasalahan dengan baik. Dengan ini, kita dapat menawan hati manusia dan mencapai objektif perniagaan kita.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

2 Responses to Cara Rundingan Lim Goh Tong

  1. Fazlee says:

    Salam Shahabudeen,

    Saya juga pernah baca buku ni. Memang ni saya rekomenkan pada semua orang.

    - Fazli

  2. proffads says:

    ya la…apa-apa pon kene runding dulu baru selesai elok..jangan gaduh2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>