Bagaimana Menjadi Mahir Dalam Sesuatu?

“Repetition Is The Mother of Learning”

Setahu saya, hanya satu jalan untuk menjadi mahir dalam sesuatu. Pengulangan.

Apabila kita melalukan sesuatu secara berulang-ulang, kita akan menjadi semakin mahir hari demi hari.

Cuba imbas kembali….

Senario 1 :

Saad berumur 17 tahun sewaktu baru belajar memandu kereta. Dia memandu dengan berhati-hati. Memegang stereng dengan kuat, sentiasa melihat kepada cermin pandang tepi dan cermin pandang belakang. Saad juga tidak suka mendengar radio atau bercakap telefon sewaktu memandu kerana bimbang perhatiannya akan kurang terhadap jalan raya.

10 tahun kemudian……

Senario 2 :

Saad kini berumur 27 tahun. Saad boleh memandu kereta dengan baik. Dia boleh memandu kereta sambil berbual di telefon, memegang stereng dengan sebelah tangan dan sambil minum teh ais pada masa yang sama. Selain itu, Saad juga akan berasa bosan jika tidak mendengar radio sewaktu memandu. Saad memandu secara automatik tanpa perlu berfikir lagi.

Sebenarnya Saad berfikir sewaktu melakukan semua itu, cuma Saad tidak berfikir secara sedar. Perkara ini sudah menjadi seperti satu programming dalam otak tentang bagaimana untuk membuat sesuatu. Dengan kata ringkas, Saad sudah mahir dalam memandu.

Kita dikurniakan kemahiran ini sejak dari lahir.

Jika kita masih ingat sewaktu kita berumur 3 tahun, bagaimana susahnya ibubapa kita mengajar kita perkara-perkara kecil seperti mengosok gigi, menyikat rambut dan memakai baju. Jika hari ini kita diminta mengosok gigi dengan berdiri sebelah kaki dan melompat pun boleh kita lakukan.

Ini adalah kerana kita sudah mahir dengan perkara itu.

Begini jugalah dalam perniagaan. Untuk mahir dalam perniagaan, kita perlu sentiasa belajar. Seterusnya kita perlu cuba untuk menjadi lebih mahir hari demi hari.

Antara kemahiran yang kita perlu dalam perniagaan adalah :

Merancang

Bermesyuarat

Berkomunikasi

Memborong

Menjual

Mengendalikan Organisasi

Pengurusan

dan banyak lagi……………….

Jadi hari ini, cuba fikir satu kemahiran kecil yang anda boleh pelajari dan hadiahkan ini kepada diri anda. Anda akan kagum dengan hasilnya selepas sesuatu tempoh masa.

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

5 Responses to Bagaimana Menjadi Mahir Dalam Sesuatu?

  1. Ali Johar says:

    Congrats Jalil, I am so happy to see a friend made it in the biz world… from ebay to global biz.
    Semoga perniagaan kamu bertambah maju. Nanti bila aku balik msia boleh lepak minum kat Sek 18.
    Ali Johar from USA

  2. Shahabudeen Jalil says:

    Terima kasih Ali. Mana ko menghilang ? lama tak jumpa..

  3. Ali Johar says:

    aku masih duduk kat US..keje kat sini.

  4. hafiz says:

    hang tau ali dah kawin?? ngn org putih..lame dh..ali dh semakin putih dh skang..hehehe

  5. HanRahim says:

    Alhamdulillah, bahagia melihat anak bangsa menempa kejayaan. Tahniah.. saya sedang cari pinggan dan mangkuk gulai yang cantik untuk Head Table. Harap ada di sana.

    hanomibrahim.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>