Bagaimana Mengenalpasti Produk Yang Paling Menguntungkan ?

Bagaimana bagi kita untuk mengenalpasti produk jualan yang paling menguntungkan ?

Contohnya jika terdapat 2 produk. Produk A dan Produk B.

Produk A : Harga modal adalah RM 30. Harga Jualan adalah RM 50. Untung RM 20 atau 40%

Produk B : Harga modal adalah RM 5. Harga Jualan adalah RM 10. Untung RM 5 atau 50%

Peratus Keuntungan (profit margin) = Keuntungan / Jualan

Apabila kita mengajukan soalan “Produk manakah yang paling menguntungkan ?”

Ada usahawan akan menjawab produk A dengan alasan nilai keuntungan lebih tinggi.

Ada pula usahawan akan menjawab produk B dengan alasan peratusan keuntungan adalah tinggi.

Sebenarnya, kedua-dua jawapan di atas kurang tepat. Kita perlukan satu lagi nilai untuk menentukan produk yang paling menguntungkan.

Nilai ini dikenali sebagai conversion rate atau kadar pertukaran. Apabila 100 orang memasuki kedai/website jualan kita, jika terdapat 10 orang yang membeli, conversion rate adalah bernilai 10%.

Manakala jika 100 orang melihat produk A dan hanya 1 orang membeli. Conversion rate produk A adalah 1%.

Jika 100 orang melihat produk B dan 10 orang membeli produk B Maka conversion rate bagi produk B adalah 10%.

Jadi produk manakah yang lebih menguntungkan ???

Produk A. Keuntungan RM 20. Conversion rate 1%.

Produk B. Keuntungan RM 5. Conversion rate 10%.

Ya anda betul. Produk B merupakan produk yang lebih menguntungkan bagi perniagaan anda.

Saya ulangi, katakan 100 orang memasuki kedai anda. Produk A akan menyumbang RM 20, manakala produk B akan menyumbang RM 50. Maka Produk B lebih menguntungkan berbanding produk A.

Ini adalah satu pembelajaran yang sangat penting bagi setiap usahawan yang menceburi bidang peruncitan, servis dan penjualan online. Kita dapat meningkat keuntungan dengan mengetahui perkara ini.

Perangkap : Ada sesetengah usahawan berfikir, adalah baik jika meletakan produk yang paling tidak laku di tempat yang hadapan dan meletakan produk yang paling laku di tempat tersembunyi. Ini adalah taktik yang salah bagi perniagaan kecil.

Apa yang saya dapat sesudah mengenalpasti produk yang paling menguntungkan ?

Jika anda mempunyai kedai - letakkan produk yang paling menguntungkan ini ditempat yang paling strategik dan dilihat oleh ramai orang.

Jika anda menyediakan servis – perkenalkan servis yang paling menguntungkan kepada pelanggan anda.

Jika anda membuat jualan melalui website - pastikan anda promosikan produk yang paling menguntungkan di tempat yang strategik di website anda.

Semakin ramai orang melihat produk itu, semakin ramai orang yang akan membeli. Semakin banyak anda akan membuat keuntungan. Semakin banyak wang perniagaan anda.

Mulakan hari ini, kenalpasti produk jualan anda yang paling menguntungkan, letakan di tempat yang paling ramai orang melihat, tingkatkan jualan dan tingkatkan keuntungan perniagaan anda.

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog and tagged , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Bagaimana Mengenalpasti Produk Yang Paling Menguntungkan ?

  1. Fitri N Mull says:

    Salam saudara shahabudeen,

    Terima kasih untuk penerangan "Bagaimana Mengenalpasti Produk Yang Paling Menguntungkan ?"

    Betul-betul membantu saya untuk memulakan perniagaan online. Saya akan cuba mempraktikan ilmu yang saudara kongsikan dalam blog saudara ni. :)

  2. MIMP says:

    salam sejahtera
    bila lagi sdra nak adakan lawatan ke vietnam – sebelum puasa?
    brapa kosnya
    tq

    izzat
    019 2652 833

  3. MiLaNo says:

    thankz a lot 4 ur maklumat
    saya che mat abu bakar bin desa..
    saya memang teringin memulakan perniagaan kecil2an di arena ini..
    buat ms ni… sy ambil kursus cetak t-shirt secara manual… memang murah dan jimat dr beli mesin yg beribu2 ringit… sy pon skrg sekadar makan gaji.. kalau saya boleh buat pinjaman.. sy nak besar kan perniagaan ini… sy nak tanya pendapat Encik Shahabudeen Jalil secara ikhlas… saya mula kan buat iklan melalui rakan dengan mencetak t-shirt secara percuma pada rakan2 saya… adakah itu strategy yang betul ??? sila balas pendapat anda pada email syarikat saya milano_malaysia@yahoo.com

  4. MiLaNo says:

    thankz a lot…
    Encik Shahabudeen Jalil byk menolong saya memahami tentang bisnes…
    jika ada maklumat atau pandangan anda… saya pasti akan mendengar dan memahami

  5. mmbi says:

    ASSALAM. Saya sekarang seorang perniaga pakaian dan juga selalu mengambil tempahan utk mencetak t- shirt dan sulaman baju.tetapi saya tiada mesin,saya terpaksa menghantar kekedai cetakkan,kadang2 kedai yg di htr tidak dpt menerima tempahan,karana terlalu byk tempahan.saya skrg berusaha utk membeli mesin sendiri, DIMANAKAH TEMPAT YG BLH SAYA CARI MODAL?

  6. aida says:

    tqvm for your info

  7. mubarak says:

    Terima kasih En Shahabudeen Jalil….. saya akan cuba guna kaedah jualan seperti Produk B itu…….

  8. Mmmm saya rasa .. blog awak memang terbaik dalam kupasan nie…. tahniah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>