Rahsia Bagaimana Membuat Duit dan Jana Pendapatan dengan Cicak Tokek

Setiap hari saya melihat orang memasuki blog saya dengan kata pencarian “rahsia cicak tokek”. Ini bermakna masih ramai yang teringin menjadi jutawan dengan hanya menjual cicak tokek. Sebagai seorang usahawan yang menjual pelbagai produk jualan serta mengajar usahawan lain dalam program “Bisnes Borong China” yang man kami mengajar usahawan baru untuk mengimport barang dari CHina, saya mempunyai pandangan saya yang tersendiri mengenai isu Cicak Tokek ini yang semakin popular dalam masyarakat kita.

Kali ini mari belajar bagaimana untuk kita membuat jutaan ringgit dengan menjual cicak tokek yang dapat mengubat HIV ini.

Proses menjual cicak tokek ini bermula dengan hanya satu khabar angin yang mengatakan Cicak Tokek boleh mengubat HIV. Masyarakat kita yang memang terkenal dengan mempercayai skim cepat kaya, skim piramid dan segala macam skim lain pun akan mula percaya dengan khabar ini.

Maka berduyun-duyunlah orang yang mencari Cicak Tokek ini. Orang yang saya kenal pernah pergi sehingga ke Indonesia untuk mendapatkan Cicak Tokek. Orang Asli dikhabarkan meneroka hutan di Kelantan untuk mencari Cicak Tokek. Maka khabar angin ini tersebar luas dan seperti biasa, masyarakat kita mempercayainya.

Ok. Jadi bagaimana untuk membuat duit dengan cicak tokek ? Sangat mudah, saya akan mengajarkan anda bagaimana caranya. Saya akan mulakan dengan bagaimana pengasas khabar angin ini memulakan perniagaan ini.

Langkah pertama, pengasas ini akan membeli cicak tokek sebanyak yang mungkin. Mungkin pada waktu itu harganya hanya beberapa ringgit.

Langkah kedua, sebarkan khabar angin bahawa cicak tokek ini terbukti boleh mengubat HIV / AIDS. Anda tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Jika anda ingin lebih dipercayai, letak nama beberapa orang ‘mat salleh’ dengan panggilan Dr. atau Prof. di hadapan dan jangan lupa letakan juga nama universiti dimana kajian ini dibuat. Jika tak jumpa, pilih mana-mana nama tempat di UK, Amerika Syarikat atau Jerman dan letakkan perkataan Universiti dihadapan. Contoh : Universiti Gordon, Universiti Frankfurt.

Langkah ketiga, nyatakan bahawa harga cicak tokek ini bakal mencecah jutaan Ringgit. Duit dapat dibuat dengan cepat hanya dengan modal yang kecil.

Langkah keempat, orang berduyun-duyun akan tercari-cari cicak tokek ini di semua tempat. Kedai-kedai haiwan pun akan mula menjual cicak ini.

Langkah kelima, jual semua cicak tokek dalam simpanan anda.

Langkah seterusnya, goyang kaki dan pergi melancong….. sambil ketawa terbahak-bahak dengan kebodohan masyarakat kita.

Jual (baca: tipu) kepada orang pertama dengan harga RM 1000. Orang pertama akan jual kepada orang kedua dengan harga RM 5000, orang kedua akan jual kepada orang ketiga dengan harga RM 10,000….. dan begitulah seterusnya…..

Setelah cicak ini dijual pada 3 peringkat, anda sebenarnya telah terselamat daripada dikaitkan dengan skim ini.

Orang yang terakhir adalah orang yang akan tertipu. Biasanya harganya tidak akan mencapai jutaan Ringgit, tapi terdapat orang bodoh yang akan membelinya dengan harga ratusan ribu ringgit.

Anda sebagai orang yang pertama dapat RM 1000. Cukup sekadar anda jual 1000 ekor untuk menjadi seorang jutawan.

Modal : RM 10.00 x 10000 = RM 10,000

Jualan : RM 1,000 x 1,000 = RM 1,000,000

untung RM 990,000. Duit yang mudah.

Anda tidak perlu jual barang, tidak perlu buat promosi, tidak perlu menukar barangan yang rosak, tidak perlu buat pemasaran, tidak perlu buat promosi, tidak perlu mempunyai pekerja, tidak perlu mempunyai office, tidak perlu membuat pinjaman, tidak perlu membuat perakaunan dan tidak perlu buat apa, kecuali mendapatkan idea baru dan memulakan khabar angin.

Setelah berjaya dengan kaedah ini, anda boleh menukar dengan menggunakan produk lain. Inilah kaedah yang digunakan untuk menjual lintah dan cacing yang dikatakan kononnya dijual untuk dijadikan sebagai kosmetik di Jepun.

Ramai orang tertipu dan ramai orang lagi yang akan terus tertipu kerana masyarakat kita memang terdiri daripada orang yang BODOH. Maaf cakap, inilah realiti.

Nasihat saya : Sebelum jual apa-apa jenis barangan, pastikan anda tahu di mana memasarkan produk tersebut dan sumber asal sesuatu maklumat atau kajian.

Untuk anda mendapat nasihat dan petua terbaik untuk menjana pendapatan atau membuat duit dari rumah atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya anda boleh kekal membaca blog ini yang mana saya mencuba sebaik mungkin untuk membantu anda.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

72 Responses to Rahsia Bagaimana Membuat Duit dan Jana Pendapatan dengan Cicak Tokek

  1. kelkid says:

    nampak tuan ni macam educated..tp dr blogpost ni nampak macam tak tahu apa-apa.. klu tak tahu baik duk diam-diam je tuan..kalo tak nanti orang kata bodoh

  2. ireen says:

    ape ke banggang ko nie???kot ye pn nk promot brg2 ko..perniagaan ko..xyah la nk jtuhkan perniagaan org…apesl..ko dengki kn..sbb ko xde tokek kn…ha3…sian btol aku tengok org mcm ko…klu kteorg roskkn perniagaan ko cm ne??kteorg roskkn blog ko ni…
    ko xpnh dpt duit hasil tokek..ko diam2 je la…dh rzeki org lain kt stu..yg ko nk kecoh2 apesal..nk kondem2 rezeki org plak…biz ko org xde nk kondem2 pon…ko ingt kteorg ni BODOH cm ko ke ape????ko xtau,diam2 sdahhh…xpyh nk nyibuk nk samakn org dengan MLM ke,PIRAMID ke…ape ke….adooo iiii…kesian btol aku tgk ko ni…ko nk tokek seko ke???upsss….ko mne rti nk bt biz ni…cakapppp pndai laaaa…..hahaha…

    • Shahabudeen says:

      betul tu.. orang pandai2 semua meniaga cicak tokek.. cuba tanya Syed Mokhtar, brapa banyak tokek dlm simpanan dia.. tanya juga Bill Gates dan billionaire lain.. mereka menyimpan rizab kekayaan dengan cicak tokek. he he he.

  3. botak says:

    hahahaha..adeh.. btul2 tegar penternak2 tokek ni.. ni bukan tahap bodoh..ni tahap bodoh sombong… aku rasa hangpa ni dah terperangkap dlm dunia tokek ni.. hehe..

  4. Shukri Mustaffa says:

    Tuan Shahabudeen Jalil,
    Selamat sejahtera atas kamu, dengan Izin Allah dan Takdir Allah sesungguhnya banyak manusia termasuk golongan yang mempertikai kebenaran tanpa usul periksa yang lanjut. Oleh kerana usaha kamu yang sedikit ini boleh mengundang kemarahan manusia lain dan seterusnya boleh mengundang kemurkaan Allah.
    Cuma niat kamu sahaja yang menjadi taruhan samaada menyebelahi kamu atau sebaliknya. Bagaimana kamu boleh melepas diri dari dosa kepada manusia sedangkan kamu tidak mengetahui sebanyak mana manusia yang terguris perasaan dan bagaimanakah kamu akan meminta maaf pada mereka kesemuanya.
    Andainya kamu termasuk dikalangan mereka yang berilmu dan celik akal, fikiran, hati, jiwa dan perasaan sepatutnya kamu tanya diri kamu bagaimana hukum untuk menyabitkan sesuatu kesalahan, mencemuh dan menyelar serta menghina adalah termasuk perbuatan syaitan yang suka memecahbelahkan manusia.
    Al Quran menyatakan barangkali orang yang kamu hina dan cemuh itu lebih baik dari kamu. Menafikan kebenaran bererti menafikan kebenaran Allah..amat sedikit manusia itu mengetahui dan amat sedikit manusia itu berfikir.
    Kalau kita berfikir kitalah yang paling berilmu dan paling faham tentang sesuatau perkara maka pasti ada orang lain yang lebih berilmu dan lebih faham daripada kita. Hendahlah kamu musabahah diri dan dekatilah Al Quran dan Hadis supaya kita semua hidup berpedoman dan dijauhi daripada sifat mazmumnah iaitu Tamak, Haloba, Hasad, dengki, khianat, ujub, takbur, riyak, sombong, syak, waham dan was-was. Semoga Allah memberi petunjuk kpd kamu diatas jalan yang lurus.
    Ingtlah balasan siksa Allah amat pedih dan mengerunkan..Apa yang kita perbuat akan dibalas dengan balasan yang setimpal. Sesungguhnya Allah Maha Halus PerhitunganNya. Sekian dari saya yang ingat mengingati sesama manusia dengan nasihat yang baik.

    • Shahabudeen says:

      ok. apa bukti cicak tokek boleh mengubat AIDS dan HIV ?

      • zainal says:

        apa2 pon tunjuk bukti kebenaran bahawa boleh sembuh hiv/aids dlu, baru cakap…kalau dh tipu tu tipu la, jgn duduk ceramah mcm dia je yg betul orng lain salah

      • haanz says:

        hahahaha … apa la yg kamu geram sgt nie shahabuden … bia la dorg ngn dunia dorg …. len org len cara nye .. kamu wat je la kje2 kamu 2 …. sy bkn nk ckp pe la …..kerana mulut kamu 2 akan binasa kan badan kmu 2 taw …jgn singung kan perasaan kawan2 …. jnji mereka x kacau kamu ckup la

  5. Abuya says:

    Assalamualaikum…..tuan2 semua mahukah saya khabarkan suatu perniagaan yang pasti tidak merugikan, tidak perlukan modal, cuma perlu korban diri,masa dan harta(jika ada) pasti untungnya akan berterusan walaupun dah mati, lebih hebat daripada MLM,.. Iaitu Usaha atas iman dan amal,.mengajak manusia kepada Allah dan mencegah kemungkaran…. sabda nabi yang lebih kurang mafhumnya saya sampaikan…

    • Shahabudeen says:

      saya pun tgh mengajak org kepada Allah melalui blog nie, insya-ALlah.

    • MICO says:

      tahniah tuan.. perniagaan yang tiada ruginya iaitu kalimah yang menyelamatkan kita di dunia dan lebih-lebih lagi akhirat (kehidupan yang kekal dan abadi) LAILAHAILLALLAH…
      siapa sedia?????

  6. Shukri Mustaffa says:

    Tuan Shahabudeen Jalil,
    Selamat sejahtera atas kamu. Sebagaimana Tuan maklum sebagai seorang usahawan kepada usahawan. Saya dengan izin Allah juga seorang usahawan seperti Tuan. Mempunyai prinsip dan etika yang dipegang. Adapun perniagaan ini “Tokay Gecko” ini adalah baru bagi kalangan usahawan konvensional dan perniagaan era baru spt MLM dsbnya.
    Saya mempunyai beberapa kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pencarian dan penyelidikan ini adalah asas kepada seseorang usahawan sebelum melibatkan diri dan mengeluarkan modal adalah salah satu perkara yang harus difikirkan dengan serius. Tak hairanlah jika saya ditemukan dengan orang-orang yang begitu kritis pemikirannya kerana sumber maklumat mengenai perniagaan ini amat terhad dan bersifat “cllassified” bagi “taiko-taiko”(Big Boy Businessman). Mereka ini dikalangan jutawan dan billionaire yang bukan mudah untuk didekati apatah lagi untuk berurusan jika tidak ada subjek yang mereka mahukan.

    Namun begitu bukanlah mustahil untuk mengesan mereka ini dan mendapatkan maklumat yang sohih jika asalkan kita berusaha. Bagi yang bergelar usahawan atau “ahli perniagaan” seharusnya mempunyai skill yang hebat berbanding kalangan orang yang bukan ditakdirkan spt Tuan iaitu hanya menjadi para consumer atau ahli biasa.

    Atas dasar rahasia perniagaan, jarang yang mahu berkongsi rahasia perniagaan ini kerana perniagaan ini boleh dikatakan unik atau lebih bersifat “limited” kerana sumber yang terhad dan pulangan yang amat mengiurkan sehingga terbit sifat tamak, haloba, hasad, dengki, khianat dan segala macam kerenah dan birokrasi yang tidak masuk akal dan yang lebih teruk lagi tiada etika perniagaan sebagaimana praktik perniagaan professional dikalangan golongan bawahan. Itu belum lagi kita ceritakan lokasi urusan, masa urusan yang diluar tabii perniagaan biasa. Tapi semua ini ialah kehebatan dan dugaan perniagaan berpulangan besar yang mencabar segenap emosi dan jasmani manusia.

    Bayangkan, tengahari tadi saya mendapat panggilan telepon ada yang terkorban nyawa dan hilang dinegara orang gara-gara Tokay Gecko ini. Adakah mereka ini tergolong dikalangan orang yang tidak tahu berfikir/kurang pertimbangan/atau “@$*!%” spt Tuan selar dan cemuhkan. Saya fikir tidak wajar kita melebelkan begitu tanpa usul periksa yang teliti.

    Jadilah dikalangan orang yang bertanggungjawab atas kenyataan kita dan mohon maaflah secara terbuka jika Tuan benar mahu masyarakat kita berubah, ubahlah persepsi kita dulu, jadi orang yang positif dan terbuka. Barulah kita ini boleh menjadi “juara dikalangan Juara” yang boleh memimpin dan dihormati ramai.

    Cukuplah setakat ini, jika mahukan maklumat atau “database”tentang Tokay Gecko ini silalah membuat permintaan resmi di email saya (shukri_mustaffa@yahoo.com). Sila alamatkan ke TG Global Services ,Insyaallah saya tidak akan menghampakan kehendak dan keperluan saudara. Untuk lebih mudah saya boleh berikan link atau blog wakil WHO yang membeli Tokay Gecko ini tapi dengan syarat , sila mohon maaf secara terbuka diblog Tuan jika perkara ini adalah benar. Sekian.

    p/s(Utk pengetahuan Tuan saya telah mengetahui blog ini daripada laman fb yang mana link dan komen Tuan telah diletakkan disana, ramai yang tersinggung dan marah. Hati-hati dengan mereka-mereka ini kerana ragam “player-player” Tokek ini sukar diramal dan dari berbagai latarbelakang dan diluar jangkaan manusia)

    • Shahabudeen says:

      1. Kalau ada bukti WHO, kemukakan kat sini. Ckp banyak tak berguna.

      2. Saya tak perlu takut pada orang lain untuk menegakkan kebenaran. Saya hanya takut pada Allah. terima kasih atas ugutan.

      • Rizal says:

        Hahaha, berceramah mcm bagus, tapi takde bukti yang Cicak tokek boleh sembuh HIV. Ko tanggung la kat akhirat nanti.

    • Khairul says:

      Bercakap macam ustaz tapi bersubahat menipu…ko tak rase bersalah ke disebabkan tokek nie ade yang sampai mati dan hilang kat negara orang??? Semua sebab impian palsu dan kosong skim tokek!

  7. jep says:

    org tgh buat kajian lagi pasal tokek ni..sementara dibuat uji kaji ni la kita leh jual dgn harga tinggi..andai kata kalau tokek ni tak leh menyembuhkan penyakit HIV..dia dah tak nk beli lagi dah tokek nie..kalau tak tahu tanya Doktor..jangan belagak sombong cam Doktor..

    • Shahabudeen says:

      cuba kita buat andaian bahawa bewak bukit boleh mengubat kencing manis.. dan sebelum doktor keluar bukti, kita jual banyak2 dengan harga tinggi.. apa macam ??? hehehe..

      doktor kena bagi bukti dulu, baru betul untuk kita jual. Aduhai..

  8. NoTokekAllowed says:

    Kepada Shukri,

    Tidak ada lagi bukti saintifik yang mengatakan cicak tokek boleh mengubat HIV.

    Nak jual-beli sesama orang kampung boleh lah … main laga cicak tokek.

    Tanpa bukti saintifik tersebut, niaga cicak tokek ni hukumnya haram kerana termasuk dalam jual-beli yang meragukan. (gharar) Hilangkan dahulu keraguan dalam cicak tokek (bukti dia boleh mengubat HIV), barulah halal untuk jual-beli cicak tokek.

    Jangan bercakap dengan gaya seperti ustaz dan meletakkan nama Allah dalam posting kamu .. kalau halal-haram jual beli pon tak tahu. Lebih penting lagi jangan ketepikan halal-haram kerana mata dah kelabu nak sangat jadi kaya jual tokek … akibatnya nanti kayap .. bukan kaya.

    Wasalam.

    • Jeferson says:

      Muhammad, kucing bukan tau jika kita guna kermaa murah Amy, saya tak pasti sb banyak gambar ni diberi oleh pemilik kucing …tahniah dah berjaya memiliki kermaaWanpablo, memang masih ramai agaknya yg percaya perkara2 tak berasas ni…Rashid, sedih cerita kucing tu…Masnona, cepat2 tangkap dia ok la Zyzeck, buat masa ini kompak saya tak mampu rakam gambar burung terbang tinggi…dalam sangkar ok la Safi, arnab tak pernah lg.Cholokx, nama samaran je tu a.k.a nama sebenar GO!!!

  9. Shukri Mustaffa says:

    Salam Sejahtera semua yang terlibat.
    Apapun, saya telah melambung persoalan dan sedia menadah semua persolan melalui saluran diplomasi persuratan…Pendirian yang jelas saya telah nyatakan. Kalau tak mahu menerima dan bersifat terbuka tiada siapa yang boleh menolong anda.
    Baik kita tutup saja cerita yang tak akan membawa faedah kepada saya dan anda. Yang kita dapat ialah persoalan yang menjenkelkan pemikiran semua orang. Biarlah anda dengan dunia anda dan saya dengan dunia saya. Wasalam.

    • Khairul says:

      Salam, saya sendiri hantar e-mail ke WHO dan mereka menafikan kebenaran tentang cicak tokek nie. Teruskanlah hidup dalam fantasi tokek.

  10. Anne Akoreto says:

    haha..adik sy yg d.3 tu pun mahu jual cicak tokek…begitu fanatik ya

  11. moteto says:

    Saya sokong dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Tuan blog.

    Sepupu saja diajak untuk buat loan peribadi RM 100K untuk mulakan penternakan tokek. Loan dah buat, die mintak pendapat saya.

    Saya cakap kalau tokek tuh betul bole jual juta2….kenape die nak jual dgn ko RM 100K? Cam tak logik pulak….kenape nak jual dengan harge yang rendah kalau leh jual dengan harga lagi tinggi?

    Konsepnya mudah, mereka ade stok tokek yg byk…mereka sebarkan dakyah yang tokek ini berpotensi besar, leh dpt juta2!! Maka berduyun-duyun la org ramai mencari pembekal tokek di pasaran (yang rata2 adalah geng2 mereka jugak!) upah la wartawan dan blogger tulis pada kebaikan tokek yg kononnye bole sembuh HIV/AIDS supaya lagi ramai terpengaruh dan tertipu.

    Aku dah send e-mail pada WHO untuk dapatkan kepastian tentang kebenaran kenyataan2 ini…bile di balas saya akan minta tuan blog buat satu post khas tentang reply daripada WHO supaya kite bole selamatkan lagi ramai org dr tertipu dengan skim ini.

    P.S: Tak usah la guna nama Allah dan rasul kalau jauh di sudut hati korang hanya pikirkan keuntungan tanpa memikirkan tentang nasib saudara-saudara kamu yang dah “terbeli” stok tokek yang melambak-lambak…nak jual tak bole, nak makan tak bole, akhirnya dok menong ajer la cam cicak2 tokek mereka tuh…

  12. Pingback: Soalan kepada WHO : Adakah ini Cicak Tokek / Gecko Pengubat HIV/AIDS | Shahabudeen Jalil

  13. ZinT61 says:

    * Tahukah kamu sebiji PANADOL (60sen sebiji) itu dibuat?
    Diawal pembuatannya berapakah kos R&D untuk jadikannya ubat?
    Jika diberi walau 1000 ringgit pun adakah kamu mampu membuat PANADOL sendiri tanpa sedikit pun bantuan dari negara luar?

    *AIDS adalah bukan lagi sekadar penyakit, ianya telah menjadi satu Gejala yg tidak akan terkawal walaupun dgn adanya ubatan.. sifat seseorang manusia itu sendiri yang patut di kawal.

    *Fikirkan jika terdapatnya ubat HIV didunia ini apakah impaknya terhadap masyarakat didunia ini..
    *Jika benar TokeK ini ubat untuk penyakit ini, nama pihak yang bertanggungjawab akan tercatat dalam sejarah perubatan dunia
    *Untuk menghasilkan sesuatu Dos/Vaksin WHO menghadirkan dana dari pelbagai negara (untuk ToKEK saya x mahu Komen)
    *JIka benar ianya Vaksin@Ubat untuk HIV : Pelbagai pihak dari negara2 yang terlibat dgn Penghasilannya berlumba2 untuk menjadi yang pertama mengeluarkannya, kerana yang pertama sahaja boleh Paten Vaksin berkenaan untuk meraih keuntungan dan juga nama
    *Jika benar ia satu penipuan yg seperti T. ShahabudeenJalil perkatakan/ perlulah pihak yang berkenaan (WHO) memberi kenyataan rasmi di media massa
    *JIka WHO memberi jawapan secara silent/ringkas.. apakah relevan kenyataan itu?
    *WHO memiliki saintis perubatan yg terbaik dari seluruh negara yang terlibat
    segala R&D berkaitan dengan Penghasilan Vaksin utk penyakit yang kritikal adalah menjadi kerahsiaan yang sukar di diketahui umum atas sebab2 yang tidak diketahui
    *Adalah menjadi satu ketetapan bagi pertubuhan seperti ini tidak didebat secara umum…Jadi hanya sekadar satu dakwaan bahawa seseorang menghantar email utk kepastian/kebenaran bagi R&D yang sudah sekian lama dilakukan oleh pihak WHO adalah sukar… Siapakah kita mahu jawapan utk R&D Berabad lamanya/Berbilion perbelanjaannya..

    INI ADALAH SEKADAR PENDAPAT/PERSOALAN DARI SAYA UTK FENOMENA GECKO@TOKEK@POKKEY

  14. tokektekekgecko says:

    t.shukri mustafa yg dihormati..saye ni bukan penyokong sesiape termasuk lah tuanpunya blog ni tp shahabudeen berada dalam dunia dia dimana dia tidak mempercayai isu cicak tokek boleh buat $$$ dan merasakan ia adalah satu penipuan…itu hak dia…lagi pun bukan ker awak sendiri yg menaip “biarkan anda dgn dunia anda,saya dan dunia saya,wasalam”…jgn hipokrit/bermuka-muka wahai “ustaz”..bukan ke perbuatan bermuka-muka itu juga dimurkai ALLAH S.W.T…satu lagi teknik jualan cicak tokek ni hampir sama dgn teknik jual ikan hiasan yg dikatakan “cantik” dan menjadi kegilaan satu masa dulu iaitu ikan hodoh kepala jendol “flower horn” yg dipelopori oleh peniaga cine…

  15. tokektekekgecko says:

    lagi satu…penipuan macam ni selalu dipenuhi dgn tagline “boleh buat duit”..ye la sape tak nak buat duit kan…semua orang nak buat duit tinggal lagi betul ke tidak….heheheh

  16. shidi says:

    Terima kasih dengan pencerahan abg Shahabuddin.

    “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu.” (Dikeluarkan oleh Bukhari)

  17. calok says:

    salam tuan…entry yang sgt baek…pedulikan ape orang nk kate..ini kebenaran..sesiapa y xnk menerima kebenaran tergolong dlm golongan kufur..majlis fatwa pon sudh mengharamkan cicak tokek ni..xde bukti langsung mengatakan cicak ini boleh mengubati penyakit..dr mane dtgnye idea cicak ini mampu mengubati penyakit..wallahualam..tetapi sewajarnye tunjukkan bukti baru beri fakta…terima kasih tuan..entry y sgt baek dan berani..

  18. Iris says:

    Tahniah En Shahabudeen, entri mengenai tokek/lintah dan cacing yang menarik. Memang betul kata En Shahabudeen, pemasaran mesti jelas kalau nak menjual sesuatu. Mcm isu cacing ni, berapa ramai yang pergi kursus ternak lintah dan cacing di belakang rumah sedangkan pasarannya tidak jelas. Ramai org suka mengaut keuntungan tetapi tidak menyelidik dengan jelas. Isu ternak cacing ini, memang ada yang mengaut keuntungan ketika pasaran masih panas, iaitu ketika ramai orang berlumba-lumba utk menternak cacing di belakang rumah.
    Psl cicak gecko ini kenyataan WHO dipetik dari thestar
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/21/nation/9943851&sec=nation

  19. rizal says:

    Encik Shukri ni dah kaya raya ke jual tokek? Alim warak kepala bana dia.

  20. justanordinaryperson says:

    assalam.. kalau nak perlihara cicak ni sbgi hobi tu tak salah kan? saya tak tau sangat sal hukum haram islam ni..dose ke lau kite simpan cicak@tokek?

  21. shah says:

    shahabudeen..

    untuk pengetahuan anda cicak tokek mmg xde pun dpt ubat HIV.. tp kalau anda betol2 kaji.. hanya negara2 nuclear je yg beli cicak tokek ni..

    sy pun xtau apa sebab.. tp ada saudara sy ckp yg duk di korea tokek dpt bertahan dpt sinaran nuclear.. so kalau la negara2 nuclear ni tahu apa istimewa tokek ni.. lagi2 pasal senjata biologi.. adakah diorang akan heboh2 kan.. mesti xde kan.. paling kuat dia tipu2 org2 asia tokek dpt ubat HIV… so org2 asia ni pk “OOO.. bgs la HIV dpt diubati” tp sebanarnya kalau diorang serang2 negara2 asia dgn senjata nuclear or biologi… org2 kita habis mati.. tp askar diorang selamat sebab ada vaksin/ubat..

    lagi satu.. anda caya tak dlm dunia ni ada ALIEN… mesti anda pk ALIEN WORKSHOP je yg ada kat baju zaman dulu2.. huhuhuhu..

    lagi satu kenapa ALIEN selalu timbul kat Amarika jer.. Nape diorang xdtg Malaysia.. kadang2 ALIEN ni propaganda puak2 amerika jer untuk kemajuan teknologi senjata api diorang tu.. kalau la amerika nk serang malaysia… diorang harta jet Pejuang ALIEN.. nanti org malaysia mesti ckp. “NEGARA KITA DI SERANG ALIEN” padahal amerika yg serang.. sbb kapal terbang yg serang tu bentuk UFO contoh kapal terbang pengadap “Predator”

    kenapa warga asing beli harga tinggi2 tokek ni.. hanya diorang je yg tahu dan diorang jer yg rajin wat kajian… Dr@PhD kat malaysia ni tido dlm aircond kat opis.. xcaya pegi la jabatan2 kerajaan.. huhuhu… bukan semua yg mana aku pernah nmpk je la yg tido time kerja..

    Lagi satu diorang beli harga tokek ni ikut specifikasi yg diorang nak.. bukan beli suka2 jer.. yg kecik diorang xbeli.. yg sakit@suntik diorang reject.. dulu2 aku xcaya.. tp bila warga asing dari korea, belanda, and german dpn mata aku dan diorang beli.. maka aku percaya dan ada sbb kenapa diorang beli. sbb nya diorang xbg tau.. kalau nk tau.. kena la tanya doctor@Phd dlm malaysia wat kajian sendiri..

    Halia hutan kenapa org putih jgk yg beli.. kenapa Doctor malaysia xnak beli.. anda tahu ape sebab nya En Shahabudeen????? anda tahu ape khasiat halia hutan?? Halia hutan xde kene mengena dgn tokek tp ada pembeli yg beli dgn harga mahal tp xsemahal tokek tp mahal lagi dari halia kat pasar borong tu..

  22. amy says:

    Komen la apa yg korang mahu yg penting nawaitu.

  23. Marny says:

    Zaman dah ICT tp org buta ICT masih kemaruk cri tokek dalam hutan. Bahaya tu! Sanggup pulak cr tokek masuk kampung2 semata2 mahu tokek kononnya boleh mengubati penyakit batinla khas utk lelaki dan mcm2 lagi. Yang Pasti kerja cr tokek dan jual ni tak berbaloi dgn risiko menimpa..

  24. shah says:

    En shahbudeen ni belom dpt duit lagi hasil tokek.. senang cite xpenah game la.. tu pasal jadi cam ni… yg kate tokek menipu tu biarla.. org cina bela arowana pun diorang ckp menipu gak.. tp bila cina jadi kaya.. ckp diorang wat business haram.. org cam ni patut main MLM je baru diorang jd kaya.. tokek ni bukan makan masa 1-2 minggu jual jadi kaya.. yg jual2 kat kampung2 tu yg kecik. 200-299g.. mmg kalau nk jual xde org nak beli… kalau dh cecah 17inh 330g baru start ada harga… yg xpenah rasa duit mmg la ckp menipu.. tp yg dh dpt puluh2 ribu pasal tokek ni xde la ckp menipu.. senang cite same je mcm MLM… yg dpt cari org dpt la duit boleh jadi kaya.. diorang xckp lak menipu.. tp yg duduk diam2 kat rumah tunggu duit bergolek2 ckp la MLM menipu sbb cari org.. tu je cite nya…

    yg xtau pasal tokek ni.. xyah la kondem pasal tokek ni… kalau2 yg kondem2 pasal tokek ni menipu..

    aku cabar korang cari tokek 330g 17inh panjang… ambil gambar email kat aku charull_91105@yahoo.com..

    aku campak kat ko cash RM50k… kalau kurang berat and kurang panjang.. simpan wat tomyam.

    • Khairul says:

      Butoh! Ko nak cabar2 pasal tokek nak panjang tuh la, berat nie la…last2 bile ade org dtg bawak tokek ikut spec tuh ko dan geng ko akan cakap “Alamak bro, itu spec lama…skrg diorg nak spec panjang camni, berat camtuh…ko bela la lagi bagi lagi besor yerk…alang2 dah datang nie beli la lagi makanan dan vitamin tokek aku nie, tak mahal RM 1000 ajer…boleh eh eh eh?”

  25. Pingback: Pejuang Cicak Tokek, AIDS dan HIV, Alien dan UFO serta Negara Nuklear | Blog Usahawan dan Perniagaan

  26. Fazlee says:

    Ramai yang tertipu. Terutamanya orang Melayu.

    Ditipu dengan benda mistikus, geliga boleh tarik duit, cincin sakti besaq ibu jari kaki pak mat tempe, pak haji bertopengkan ketayap dan MLM.

    Di zaman IT ni pun ada jenis camni lagi rupanya.

  27. budak budak says:

    hahahhaha….dari A sampai Z …smua buat aku tergelak..

  28. vatos says:

    ia lah….tu…citer mcm2.asal barang jd duit….lain kali pakai kepala otak bukan pikir pakai kepala lutut ko…hehehehe………….

  29. jailud-in gecko says:

    Salam,

    Info terbaru,member saya punye pakcik dapat cicak gecko ni kat rumah2 usang/tinggal 3 ekor…Nak tau berapa harga dia?besar dia seperti gagang telefon,RM10K CASH cina yang beli.sapa nak bagi 10k..kalau tipu,cina tu la yang rugi..bagi 10K senang2 je,orang nak beli bagi je la.Tak keluar modal pun,Cuma air sebotol je,penat cari…semoga berjaya.

  30. alan says:

    Tk guna gdoh2 sama kita….tp bgi sy bisnes tokke 2 megarut saja. Tk pernah Ada bukti yg nyata Ada yg jdi jutawan jual tokke.yg Ada cuma segelintir msyarakat sanggup brti keja p msuk hutan cri tokke…Cuba cri bukti yg nyata sent mai kat aku… klau stakat nampk ngn biji Mata korang. Aku pun bleh kata semalam alien bwak Aku ronda2 ngn kapal angkasa dia korang bleh pcya tk…. hahaha

  31. tokek kepam says:

    semua bisnes tokek ni kene kencing jer, ini semua spekulasi. faham tak spekulasi yg ditimbulkan oleh kapitalis yg nak mengaut untung mudah. yg percaya tu semua nya org yg tamak haloba yg percaya bulat2, mata dah dikaburi dengan gambaran duit yg berkepuk2 dalam imaginasi mereka. sesungguhnya org yg tamak selalu rugi, berapa ramai org yg tamak dalam bines tokek ni rugi, papa kedana, mati dan kene tipu. insaf2 laa wahai semua pengejar tokek. jgn hidup di alam mimpi kamu tu. nak mewah ni bekerja lah gunakan akal fikiran dan usaha, jgn mudah kene tipu dengan spekulasi.
    sekian.

  32. primus kajuice says:

    ramai yang nak duit cepat..2010 di butterworth iklan harga cicak@tokek bersepah-sepah..tak tahu pula betul ke tak…x paya la susah2..baik kita slow2 buat duit..ikut nasihat SJ.(buang yg keruh ambi yg jernih)..dah terbukti SJ berjaya..jgn buat kerja yg x tentu hala(maaf ini cuma pendapat sya..sendiri buat sendiri tanggung)..

  33. Panzerfaust says:

    Tahniah Saudara Shahabudeen..andan orang yang cerdik dan nampak tentang hal-hal ini.Memang saya 100% setuju banyak orang kita ni,dalam bahasa mudahnya BANGANG!BODOH..Senang cakap pandai tak boleh diikut,bangang tak boleh diajar…

    Saya salut sebab saudara dapat korek benda ni dan kasi citer…tapi maklumlah,banyak jugak yang bangang…ni jenis bodoh sangat ni…

    Ni jenis tak tahu pasal perubatan,dia percaya sangat cicak dia tu…bodoh…

    Kalau cicak tu berkesan dah lama orang ternak,WHO endorsed…

    Ni la dia bodoh…

    Teruskan usaha & agenda pencerahan anda Saudara Shahabudeen…

    Salam

  34. BekasPenjual says:

    hehe.. ada lagi mempertahankan tokek ni.. nak cerita, kat kedah tersebar cerita seorang makcik pengsan sebab tokek dia 3 ekor dibeli dengan harga 1.2Juta..

    Hakikatnya, semua tu cerita yang sengaja digembar gemburkan.. aku ada dengar cerita tapi tak dapat dipastikan betul tak.. asal2 tokek ni tiba2 jadi cerita.. asalnya ada pelancong dari german yang minat iguana datang ke sini pastu terjumpalah binatang tokek ni yang cantik.. dia ni memang penggemar iguana jadi dia tawarkan satu harga yang tinggi untuk disimpan sebagai koleksi (memang org dah gila benda berapa pun dia sanggup, sama mcm org gila barang antik) .. jadi kemudian tersebarlah cerita ni..

    termasuklah aku yang meredah hutan yang ada untuk jual binatang ni.. pastu kawan aku dah dapat sekor kami deal la dengan pembeli2 tokek yang kami search dalam internet tapi haram, semua tak berani beli.. janji nak turun tak turun, bukan sorg tapi ramai, ada yang turun pun tak bawa duit, nak ambik binatang tu dulu untuk check kesihatan la apalah.. takkan bodo2 nak bagi kan..

    secara faktanya setiap binatang yang dibawa masuk atau dibawa keluar dari negara kita ni perlu tapisan oleh beberapa pihak sebab pertama kena tgk binatang tu kawalan atau tak pastu yang penting kesihatan takut menyebarkan virus.. begitu juga kebanyakan negara2 lain.. jadi faktanya pernah tak korang tgk dokumen2 tu? takde kan? nak seludup benda hidup susah..

    hahaha sudah2 la.. carilah dokumen dengan kastam dan kem kesihatan kalau ada.. kalau keluar negara mesti declare benda tu.. ada faham?

  35. awie says:

    Salam semua..aku sokong dgn pandangan shah tu,klu sapa2 yg ada tokek dlm 400grm keatas tlg bls email ni.

  36. falconer says:

    aku pun penah ikut membe aku deal tokek. meeting kat hotel2 tpbile dah last stage mesti x jadi mcm2 alasan dberi

  37. amin says:

    ape la dok kitai org.. biar la die nk jual… x jd jutawan pun ttp dpt duit 10k-50k kn…? org yg x pnh join x tau… klu korg dh join bru tau… x kisah la cicak tu blh ubat HIV ke x… dh kite ade cicak tu.. dn ade org yg nk beli.. jual je la.. ade masalah ke..?? salah ke..? asal sampai nk kene smbung cite smpai kt akhirat lak…?? memandai je… ni soal kite ade brg n ade org nk beli brg tu.. bkn jual dadah pun.. pakai otak la.. dh org tu yg nk sgt beli smpai bepuluh ribu… kite just jual je… same mcm org jual kepale honn.. kelisa.. just seekor binatang harga smpai berpuluh ribu.. binatang tu pun bkn blh ubat HIV pun.. tp org still nk beli smpai puluh ribu.. yg die org ckp cicak tu blh ubat HIV tu dieorg punye pasal… klu kau ade cicak tu pun tibe2 ade org dtg nk beli smpai 50k ade ke korg ckp “amik je la cicak ni.. xpyh byr.. cicak ni bkn blh buat ape pun.. bohong je blh ubat HIV” agak2 korg ckp mcm tu x…?? sblum nk kitai org cermin diri tu dulu… bnd kite x alami lg diam2 sudah la… tgk org jual bonsai smpai ratus2 ribu… bonsai je kot.. hny sebatang pokok yg kecik.. asal smpai nk jual ratus2 ribu…?? pasal die bela pokok tu lame kn..? jage baik2.. kn… so dh ade org nk beli smpai ratus2 ribu.. jual je la.. ape salahnye?? ade salah ke..?? same la mcm cicak ni.. makin lame bela makin besa cicak tu makin mahal harge die.. situasi yg same ok.. org yg jual cicak tu pun xde buat iklan “ADE CICAK TOKEK BLH MEGUBAT HIV UTK DIJUAL” biase org ckp “CICAK TOKEK UTK DIJUAL 350g ke 400g ke” tu jee… so ade penipuan ke?? yg ckp cicak tu blh ubat HIV tu org lain.. xde kene megene dgn yg jual tu.. yg jual just tangkap n ade buyer.. tolak dgn harge buyer tu nk.. tu je citenye skrg… nk ckp org ni bodoh org tu bodoh kene tipu.. klu duit dh ade kt tangan sape yg bodoh?? sape yg kene tipu..?? yg beli tu cina..?? org luar negara?? so org cina n org luar negara tu la yg bodoh.. yg jual tu la org yg pandai! n org yg suke kondem org tu sekaki dgn org2 yg bodoh… skurg2nye org yg jual tu berusaha carik cicak tu utk dijual… lg pun cicak tu sng ke nk dpt…? kau g carik tgk bg mase sebulan dpt ke x.. kau g la masuk hutan 1 malaysia… jng g beli kt tgn org sudah laaa… tgk dpt ke x… so biar je la dieorg nk jual cicak tu.. dieorg gak yg untung.. yg kau org dok hentam org dpt ape..? dpt org meyampah kt kau.. haha… sila guna hak utk berfikir sblum hak utk bersuara..

    • faizal says:

      ko ckp mcm ko dh dapat jual berpuluh2 ekor tokek, dah jadi kaya raya dgn bisness tokek…hebat2..siap kate orng bodoh lagi..cer bagi nama skit sape2 yg dh jadi jutawan business tokek…

  38. lan017 says:

    en.shabuden ye..awk bt blog ni ltk gmbr sndri nk buruk2n psl tokek ni knape???
    ohh ko nk popular ye cm tokek..tgk muka ko ni tokek lg hensem la da nilai lg..
    ko bt bsns bt jela da rzki ko..org jaul tokek biarkn la rzki msing2..

  39. zendy says:

    maaf ya admin nyimpang dari topik sedikit,,,hehe ini saya ada kayu singgah hidup nya di pohon jeruk nipis ,,?
    saya pernah dengar itu kalau kayu singgah di bambu itu kata nya di cari orang nah klw ini kayu singgah di jerup nipis ,ini juga barang langkah ,kira2 agan2 ada yg tau itu untuk & bermanfaat silakan hub,,082176072944,,,? trims

  40. mus says:

    terima kasih kpada shahbudin atas penjelasan.nanti saya nak buat kenduri lauk ciccak tokek..jemput semua hadir.

  41. mus says:

    terima kasih kpada shahabudeenn atas penjelasan.nanti saya nak buat kenduri lauk ciccak tokek..jemput semua hadir.

  42. nora says:

    Saya tak tahu ini posting yang lama ke baru….tapi ……….hahahaahaahah……..best saya suka dengan satira tuan….hanya jauhari mengenal manikam……tahniah

  43. maria says:

    cik ireen ni perempuan bela tokek ke? selalunya org pompuan mmg GELI gn cicak tokek ni! selalunya diaorg bela tokek utk buat PET je la sambil berniaga..bkn khabar angin pasal nak ubt penyakit hiv aids apa sume tu! aku rasa pesakit hiv aids pun geli nak berubat guna cicak ni..diaorg akan kata baik aku mati dari berubat guna cicak tokek yg mengelikan ni!

  44. adi says:

    cerita tokek ni same ngan cerita lintah… cacing… flower horn dan sebagainya… sok lusa cerita pasal tokek ni hilang cam tu je… tokey2 tokek ni dah untung jutaan ringgit dengan hasil jualan… at last pembeli yg rase tertipu… cube bagi tau kat sini… brape nilai pasaran flower horn skrg….?????

  45. jundi89 says:

    Sila baca ttg apa itu TulipMania… Ia adalah bende yg sama…

  46. AGUSTA says:

    salam cik shahahbudeen. saya tegelak bila sy lihat komen yg dberikan oleh piminat fanatik blog ni. pada sy isu tuan ni sgt menarik dan dapat membuka minda seseorang. Pada pendapat sy, isu tuan yang nampak die org marah coz tuan mengeluarkan perkataan BODOH. sape yang x terasa, lagi2 mereka yg mencari pendapatan lebih untuk menyara kluarga mereka. nak pi cina modal bukan x byk, tapi x ada. senang cite kais pagi makan pg, kais petang makan petang. Nasihat sy sebelum cik mengeluarkan ape statment, cik cube bayangkan jd seperti mereka. walaupun umur cik ngan sy sama sahaja, pada saya kite ni masih muda untuk mengenal erti kehidupan. byk komen yg cik balas berakhir dgn (hehehehehehe). seolah2 cik mengherdik pekerjaan mereka. kalau semua nak jadi pemborong sape nak jd pembeli. kenapa cik x bukak saja pasaraya besar kat KL mcm orang cina. kan boleh tlg org melayu. Npk sangat cik hanya boleh jd penceramah bebas pasal borong je. cik kene ingat, masa lampau adalah pengajaran bagi kita, dan esoknya adalah cabaran bagi kita. Saya berharap, satu hari org melayu boleh menjadi majikan kepada bangsa china. sekian assalamualaikum. AGUSTA…….

  47. blur says:

    ni terbaru 2013 , pencari tokek ramai yang – hutang bank , bangkrap , sawan tokek, kene culik ,sakit jiwa, mati berangan ,sesat di hutan , di makan tokek gergasi di hutan, yg paling sedih anak bini terainaya di tinggal tanpa nafkah…kesian…

  48. ady says:

    sy minat nak beli cicak tokek ni.. utk bela suka suka.. sb ia nampak unik. kalau ada sesiapa yg tak nk tu boleh lego pd saya .. email kat sy adielova@yahoo.com sy juga minat ikan hiasan yg unik unik tu

  49. orang biasa hidup luar biasa says:

    Salam. .
    Aku x tahu tuan blog ni muslim atau tak. . Tapi aku agak bengganf jugaklah dengan mamat hitam ni. . Sesuka hati dia habis semua bisnes orang dia nak kate x bagus, itu ini, habis dalam malaysia ni bisnes ko jelaa paling terbaik. .? Yang ko ambil duit orang2 yg brharap ko boleh tunjuk ajar diorang tu ape benda plak. .? Aku bukan marah sebab cicak ,ikan,cacing, atau ape pun kat dlam entry ni. . Tapi aku marah bila ko nak berjaya dengan pijak orang lain. .KAU YANG BODOH SEBENARNYA!!!

    SATU CERITA::

    Satu hari Aman pergi pasar dan beli 2 jenis ketam dengan kuantiti yg bnyak. .
    1. Aman asingkan 2 kotak. . Satu kotak ketam A satu kotak lagi ketam B. .

    Kotak 1:-
    ketam-ketam A berlumba mahu keluar dari kotak. . ade seekor dari geng ketam A hampir dapat keluar tapi tiba ketam yg lain mengepit dia dan menarik nya kebawah semula. .

    Kotak B :-
    ketam-ketam dlm kotak B juga berlumba ingin keluar dari kotak. . Masing-masing bertindih seperti tangga. . Rupanya mereka duduk bertingkat supaya mereka boleh panjat kotak bergilir2 dan terjun keluar. .

    P/s :: aku samakan tuan blog ni seperti ketam dalam kotak A. .jenis suka berdengki dan kondem sesama sendiri. . Ntah2 saje dia nak pecah belahkan kaum melayu.

  50. jutawan semut says:

    ntah ape pening aku pagi2 baca citer2 lawak rakyat malaysia…yg paling aku gelak kuat…citer pasal tokek ni la…yg lagi lawak…brape punye taksub nye geng tokek ni…bodoh sombong…org dah bg nasehat…tp dilawan balik…terima la padah…jd kite jgn kesian pd ‘jutawan2′ tokek yg bodoh sombong…mari kita hina dorang pulak setelah mereka taksub dgn tokek….
    tp kalu nak bela tokek sbb hobi ok la…kalu nak jd jutawan…padan la muke…tp ada juga ‘jutawan’ tokek ni gune alasan sbb hobi sbb nak tutup malu…tp kenw ingt…ape hukum nye kalu jmp cicak…phm2 la kan…kalu yg ISLAM tu kene la rujuk Quran…tp zaman skrg org ramai percayakan tulisan manusia berjiwa yahudi berbanding dgn percayakan Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>