Perbezaan Pembelian Dari Kilang dan Pusat Memborong di China

Ramai antara usahawan kita yang ingin memborong di China inginkan untuk terus membeli dari kilang. Ini adalah kerana persepsi mereka bahawa membeli dari kilang adalah murah dan mudah. Namun keadaannya berbeza di negara China.

Di China, rantaian pemborongan di China bermula dari kilang. Namun tidak semua kilang ini menghasilkan produk yang penuh siap. Ada kilang yang hanya menghasilkan komponen-komponen tertentu bagi sesuatu barangan yang siap. Contohnya ada kilang membuat butang baju, ada kilang yang membuat benang dan ada kilang membuat fabrik.

Jadi peniaga di China akan menempah barangan dengan kuantiti yang besar dari kilang yang berasingan dan menyediakan barangan siap. Namun, terdapat juga kilang yang menyediakan keseluruhan produk.

Peniaga ini akan meletakan barangan yang dah siap ini di kedai-kedai borong mereka. Kedai-kedai borong ini pula akan dikumpulkan dalam satu plaza borong mengikut kategori masing-masing. Terdapat plaza kasut, plaza jam tangan, plaza fabrik, plaza perabot, plaza barangan hotel, plaza barang mainan dan pelbagai jenis plaza lain.

Barangan Yang Telah Siap

Di kedai-kedai borong ini, anda biasanya tidak dapat membeli barangan dengan pembelian runcit seperti 1-2 helai. Anda perlu membeli paling kurang pun 5 helai. Namun harga bagi pembelian yang kecil adalah mahal. Apabila anda membeli dalam bilangan 100 helai, harga yang anda dapat adalah jauh lebih murah. Harga dikurangkan mengikut kuantiti pembelian kita.

Jadi sewaktu Rombongan Memborong ke China kami, kami tidak membawa usahawan melawat ke kilang-kilang. Kami akan membawa mereka ke plaza-plaza borong ini. Ini adalah tempat pertama untuk mereka bermula untuk memborong.

Lampu hiasan

Setelah perniagaan anda sudah berkembang maju dan anda mampu untuk membeli dalam kuantiti yang besar, contohnya 2000-3000 helai baju. Barulah sesuai untuk anda pergi ke kilang-kilang.

Untuk membeli barangan yang sudah siap adalah lebih baik anda membeli dari plaza borong berbanding di kilang. Dalam kebanyakan situasi, harga yang diperolehi di plaza borong adalah lebih murah berbanding di kilang.

bagaimana ini boleh berlaku ?

Katakan seorang peniaga yang mempunyai kedai borong di plaza borong di China menempah 10,000 helai baju dari kilang dan mendapat harga RM 5.50. Peniaga ini menjual di plaza borong dengan harga RM 6.50. Anda pula pergi ke kilang yang sama dan menempah 1000 helai baju. Anda mungkin dapat harga baju yang sama ini dengan harga RM 7.50. Beginilah logiknya.

Lebih tinggi tempahan anda, lebih murah harga barangan yang anda perolehi.

Jadi sebelum memilih untuk ke kilang atau plaza borong, anda mungkin perlu mengkaji kuantiti yang anda mampu tempah. Jika kuantiti tidak banyak, cuba dahulu dengan plaza borong.

Tentang pemilihan kilang yang tulen, saya akan tulis di masa hadapan. Pemilihan kilang yang tulen adalah sangat penting. Jika tidak, anda tidak semena-mena akan ditipu oleh pekilang tersebut. Waktu lain anda ke kilang tersebut, mungkin kilang itu tidak ada lagi di tempat itu.

Jika anda berhubung dengan peniaga di China, semua peniaga ini akan mengaku mempunyai kilang tersendiri. Mereka yakin bahawa dengan berkata sebegini, pelanggan dari luar negara akan lebih percaya kepada mereka. Namun ini adalah satu penipuan. Anda perlu mengetahui cara sebenar untuk memilih kilang yang tulen dan dijamin oleh kerajaan China.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in memborong di China. Bookmark the permalink.

22 Responses to Perbezaan Pembelian Dari Kilang dan Pusat Memborong di China

  1. Luqman says:

    Terima kasih. Very good info. Adakalanya peniaga-peniaga ini “eksyen” bila diminta membeli dari pusat borong. Katanya “harga dah markup”.

    Dengan maklumat ini barulah para usahawan boleh menjadi lebih realistik dalam memilih sumber pembelian mereka.

  2. kem says:

    saya nak buka kedai lampu hiasan
    any info

  3. normilah salleh says:

    sy suka artikel nie.. encik x buat buku ker tentang cara-cara memborong ke china nie.. ataupun buat kursus ke sabah kn senang ehe

  4. primus kajuice says:

    di mana tempat kursus di area kuala lumpur..tq

  5. sue says:

    bila nak buar kursus ni di Alor Setar kedah

  6. laila abd rahman says:

    sy pelik la mcm mana org bniaga kdg2 benda yg samer ngan sy dia boleh jual murah cth kemeja sy beli dlm 17rggit harga borong sy jual harga 30 tapi org lain boleh jual 25rggit pelik saya mcm mana boleh mcmm tu adakah dia dpt harga murah?

    • Rostam Affendi says:

      Assalam. Mungkin saya boleh jawab setakat yang saya tahu. Pertama, mungkin betul dia dapat harga lebih murah. Ini mungkin disebabkan kualiti kurang sedikit atau dia borong dgn kuantiti lebih byk. Kedua, dia ambik keuntungan kurang dari yg saudari ambik.

  7. md.rafi'i bin ahmad says:

    Yaa Rabbiii.. Fa jutawang ngi dukding c-bola amiin. Assalamualaikum, Terima kasih kepada tuan kerana banyak beri ilmu kepada para usahawan seperti saya. Saya ada kedai tapi kawasan kampong. Saya bercadang nak buka kedai cenderahati untuk majlis perkahwinan atau apa saja majlis yang sesuai. Bolehkah tuan beri saya tip-tip agar perniagaan saya ini berjaya. Bila nak buat kursus di Johor Bahru/kluang/kulai/ pontian?. Semoga tuan terus berjaya untuk membantu para usahawan. Perniagaan satu sunnah Rasulullah . Perlu kita terapkan kepada umat islam amiin. DRP: fa mega dallikna RAFII sekeluarga amiin.

  8. Ramli says:

    saya perlukan barang yang berkualiti dan mempunyai pasaran yang luas dengan harga borong dalam kuantiti yang banyak untuk dipasarkan dengan cara jualan terus melalui ejen yang dilantik. tuan cadangkan jenis produk yang terbaik ke arah itu. Jika perlu saya ke China saya bercadang ingin berurusan dengan pihak Tuan. Hubungi saya jika Tuan ada masa lapang untuk perundingan yang lebih jelas. 019-6455915 Cheras, K.L.

  9. fatin says:

    as salam,
    sy ingin minta pendapat EN.SJ..sy baru berusia 19 tahun tp sy mmg minat berniaga sejak sekolah lagi..sy ingin minta pndapat sedikit..sy ingin memulakan prniagaan yg berkaitan dengan perkahwinan seperti andaman dan cenderahati perkahwinan kerana sy rasa setiap bulan pasti akn ada mjlis perkahwinan dan perniagaan nie pasti dpt permintaan yg berterusan..adakah keputusan sy nie betul ??sy masih tercari-cari perniagaan apa yg menguntungkan dan dimana sy perlu mencari produk2 yg perlu dipasarkan nie…sy betul2 buntu…adakah trip ke china 2 dapat membantu sy atau dalam malaysia nie pun dh boleh dpt produk2 tersebut dengan harga yang murah..??sy harap EN SJ boleh bantu sy..time kasih

    • syahira says:

      soalan yg betul2 jujur.
      saya tertarik utk memberi sedikit pendapat/tips ttg cita2 adik fatin utk berniaga.
      -adik boleh mulakan secara kecil-kecilan.
      -buat kajian ttg brg yg hendak dijual : cthnya brg perkahwinan dalam hal ini. brg perkahwinan tu byk, mungkin boleh fokus? bergantung kepada minat adik.
      -laburkan masa utk mendapat lebih ilmu perniagaan : membaca, mengkaji, memerhati dan mcm2 lg
      -pengurusan n pemasaran adalah sgt penting utk menjayakan perniagaan (kecil atau besar) selain dari produk2 itu sendiri.

      *mulakan sikit2. kumpul duit/untung yg diperolehi utk membesarkan perniagaan.
      *semoga Allah memberi petunjuk. ^_^

  10. awien says:

    salam.. sy bru menjalankan kedai serbaneka dikawasan pasir gudang Johor. Sya ingin bertanya bolehkh sekiranya sy tidak mengikuti rombongan ke china, tetapi ingin memborong barangan serbaneka di china dengan harga yg sgt murah dan terus smpi ke tempat sy? sy harap En SJ dpt membantu sy, TQ.

  11. Zaiq E says:

    Saya menjalankan perkhidmatan pa sistem dan saya ingin mengembangkan perniagaan dan menambah peralatan seperti speaker, lihgting dan lain2…… apakah rombongan yg pihak tuan anjurkan ada membuat lawatan ke plaza borong berkaitan dengan barangan tersebut…. harap dpt membantu … terima kasih.

  12. suriyani binti abd manab says:

    as salam…
    saya berminat untuk membuka kedai menjual kain ela/pasang beserta yg seangkatan dengannya. namun masalahnya saya tidak tahu hendak mulakan dari mana dahulu….oleh yg demikian, saya perlukan bantuan/panduan dari tuan untuk saya merealisasikan harapan saya ini…dan 1 lagi, aadakah trip ke China tersebut dapat membatu saya dalam masalah yg dinyatakan?jika ada kursus yg boleh membantu saya, diharap tuan dapat beri maklumat mengenainya kerana saya amat berhasrat untuk memulakan perniagaan tersebut…trima kasih kerana tuan sudi mendegar masalah saya…

  13. ayie says:

    salam…saya hendak buka perniagaan mnjual barangan kahwin,seperti paper beg,plastik beg untuk doorgift,balang kaca yang kecil,kotak telur dan sebagainya…so,jika pihak tuan tahu/ada info mengenai supplier yang murah2,berharap dapat mebantu…maaf…

  14. hairol says:

    Saya bercadang nak buka kedai lampu hiasan adakah china tempat yg sesuai untuk saya memborong

  15. Dalam banyak2 hal .. saya paling suka hal nie… terima kasih kerana bangkitkan kenangan silam dengan post nih… setiap penulisan ada ceritanya.. tahniah awak.. :)

  16. mie belo ent says:

    Brpa bayaran jika nk pergi ke china…adakah pihak cik akan membawa pembeli pergi ketempat yg kita ingin memborong…cnth kilang atau tmpt pemprosesan disana…sbb sy nak mmbeli barangan spt inflatable bouncer dan peralatan permainan ..skrg sy dh memulakan perniagaan ttpi ambil melalui org tgh..mahal sikit..minta perjelasan dari pihak tuan shabudin..TQ..no hp 0134422127

  17. zailinawati binti zaini says:

    assalamualaikum…tuan,,saya amat meminati dunia perniagaan..saya bercita2 nak memiliki sebuah kedai pakaian wanita / kanak2..tetapi saya buntu apabila memikirkan nak mula dr mana,mcmana..modal dsbg kerna saya langsung tiada pengetahuan ttg business..bolehkah kiranya tuan bisa memberi tips kepada sya..terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>