Bagaimana Mencari Memilih Nama Syarikat dan Perniagaan Yang Menarik

(Sila lawat PusatBorong.com untuk mendapatkan idea produk jualan anda.)

Pada artikel kali ini, kita akan belajar bagaimana mencari nama perniagaan atau nama syarikat yang menarik. Artikel ini juga akan memberikan anda contoh nama perniagaan dan contoh nama syarikat yang menarik.

Nama sebuah syarikat adalah sama pentingnya seperti nama yang diberikan kepada seorang bayi yang baru lahir. Nama yang diberikan mestilah nama yang bunyinya dan maksudnya baik. Berikut adalah beberapa ciri-ciri nama yang baik bagi sesebuah perniagaan.

1. Deskriptif

Nama yang descriptif ini penting supaya pelanggan kita mengetahui secara asas apa yang kita lakukan. Contohnya seperti Restauran Hamid berbanding dengan Hamid’s Corner atau Hamid’s Place. Ini kerana, apabila anda memberitahu pelanggan anda bahawa nama kedai anda ialah Restauran Hamid atau Cafe Hamid, mereka akan memahami apa yang anda buat secara asas.

Lebih cepat dan lebih mudah orang faham adalah lebih baik bagi anda. Anda tidak perlu menerangkan secara panjang lebar.

2. Nama Yang Pendek

Nama perniagaan yang pendek akan membuatkan ianya ringan untuk disebut berkali-kali. Walaupun kita tahun menyebut perkataan yang panjang sedikit tidak memakan tenaga dan masa yang begitu banyak, namun manusia masih malas untuk menyebutnya dengan sebutan yang panjang.

Seperti nama perniagaan saya “Kursus Memborong ke China” adalah deskriptif tetapi agak panjang untuk disebut. Ini mungkin kesalahan yang telah saya lakukan. Namun untuk memperbaiki kesalahan ini, saya menggunakan ringkasan KBC di dalam kursus dan rombongan saya. Dengan ini, saya boleh memudahkan klien saya menyebut dengan lebih ringan.

3. Nama Yang Unik

Sebelum memilih mana-mana nama perniagaan, pastikan anda membuat search di search engine seperti Google dan Yahoo terlebih dahulu. Lihat samada terdapat syarikat-syarikat lain yang mempunyai nama sama seperti dan.

Nama yang unik penting supaya nama anda senang diingati dan mengelakkan pelanggan anda terkeliru dengan nama lain yang hampir-hampir sama. Namun jika anda adalah syarikat yang baru sedang meningkat naik, mungkin anda boleh menggunakan strategi memilih nama yang hampir-hampir sama dengan nama jenama besar, contohnya seperti “blueberry”.

Namun saya lebih menyukai kita bangunkan nama yang unik dan tersendiri.

4. Senang Dieja

Nama syarikat dan perniagaan kita mestilah satu nama yang mudah untuk dieja. Jika nama perniagaan anda Myshoppe.. sekali dengar orang kurang pasti samada ejaan ini adalah ejaan myshop atau maishop atau myshoppe ?

Ini mengelirukan pelanggan. Lebih baik anda gunakan nama yang mudah dieja dan tidak mengelirukan.

Tipsnya, selepas memilih nama perniagaan, cuba sebut kepada rakan-rakan anda dan lihat apa reaksi pertama mereka. Jika positif, gunakan. Jika negatif, cari nama lain.

5. Nama bersesuaian dengan Domain Name

sebelum memilih nama syarikat, lihat samada nama ini mempunyai domain name di internet yang sesuai. Dikhuatiri jika nama syarikat anda bersamaan dengan domain name syarikat orang lain, ini bakal merugikan anda.

Pelanggan anda akan terlepas ke tangan orang lain ataupun setidak-tidaknya, ini akan mengelirukan pelanggan anda.

6. Nama Yang Tidak Lapuk

Pastikan juga, nama yang dipilih ini tidak lapuk. Maksud saya di sini adalah nama ini timeless dan tidak akan lapuk apabila masa berlalu.

Contohnya pada zaman dahulu, terdapat syarikat-syarikat keretapi yang menamakan syarikat mereka seperti Syarikat Keretapi ABC… namun selepas banyak tahun berlalu, kini syarikat seperti ini tidak wujud lagi. Tetapi pada zaman yang sama terdapat syarikat yang menggunakan nama “Syarikat Kenderaan ABC”. Syarikat kedua ini dapat kekal untuk tempoh masa yang lebih lama kerana kenderaan adalah kategori yang lebih luas.

Terima kasih, teruskan membaca blog ini untuk tip usahawan dan perniagaan untuk menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya.

Baca juga : Memilih Nama Perniagaan – Pastikan ada Cerita Di Sebaliknya

Salam Perniagaan

Shahabudeen Jalil

(Sila lawat PusatBorong.com untuk mendapatkan idea produk jualan anda.)

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog, Tips Usahawan. Bookmark the permalink.

13 Responses to Bagaimana Mencari Memilih Nama Syarikat dan Perniagaan Yang Menarik

  1. Pingback: Panduan Mencari Memilih Nama Syarikat dan Perniagaan Yang Menarik | Blog Usahawan dan Perniagaan

  2. Terima kasih diatas maklumat tersebut…..

  3. Maimon binti Maarof says:

    informasi yg sangat berfaedah dan dapat membantu peniaga-peniaga yg baru nak merangkak menentukan hala tuju dlm perniagaan. Teruskan usaha en. Shahabudin membantu membangunkan usahawan2 bumiputra. Tk

  4. wan malaysia cafe @ inanam biz centre 2, kota kinabalu says:

    Very good articles to read for your business development!

  5. zila says:

    maaf sy tumpang lalu..sy nak tnya..ada tak contoh kertas kerja [ profile syarikat / folio] untuk membuka satu perniagaan yang baru. Sy ingin membuka satu syarikat interior design tapi sy harus membuat satu folio berkaitan dengan bisnes sy..harap sudi pihak yang berkenaan membalas permintaan sy

  6. jumliani mohd yusuf says:

    Terima kasih atas informasinya kebetulan saya sedang mencari nama yang sesuai untuk perniagaan langsir saya.

  7. bagaimana saya ingin mencari nama yang sesuai untuk perniagaan jubah saya bersama isteri akan datang secara on line tidak lama lagi. kami ingin mendapatkan pendapat dan nama yg sesuai.harap pihak tertentu dapat membantu.

  8. Satu panduan yang amat memberangsangkan. Walaupun saya masih lagi belum memperolehi nama syarikat sdn. bhd yang saya inginkan namun sekurang-kurangnya satu telah mempunyai satu platform yang akan saya jadikan satu panduan bagi saya untuk membuat pemilihan dalam pencaruan nama syarikat yang kreatif, menarik dan berdaya saing, disamping itu saya perlukan nama syarikat yang unik dan bercirikan ketimuran dan yang melambangkan Malaysia. InsyaAllah suatu hari nanti sekiranya langkah saya dan syarikat sampai ke peringkat Global maka saya akan lebih merasa bangga kiranya syarikat yang tersenarai di mata dunia adalah syarikat saya yang mana ia dari negara yang saya cintai dalam bahasa dan pengertian melayu da jati. Terima kasih…..

  9. azlan kasim says:

    sangat menarik.. kami bercadang nk bukak satu syarikat transpoter. dan sedang mencari name yg sesuai untuk syarikat kami. berharap pihak tertentu dapat membantu kami. agar name sarikat kami di kenali selamanya. terima kasih

  10. shazwan says:

    sy bercadang nk menjual pakaian dan sedang mencari nama yg sesuai..harap dpt bantu sy mncari nama yg eksklusif

  11. ilham says:

    Terima kasih Tuan Penulis…

    Satu artikel yang menarik, tentang pemilihan nama syarikat.

    Dalam blog saya juga ada ceritakan mengenai panduan daftar akaun
    syarikat di SSM dan mencari idea perniagaan yang bernas.

  12. nathan says:

    cadangan nama yang sesuai untuk perniaagan insurance dan hartanah.harap pihak tertentu dapat bantu kami.

  13. Zany says:

    Salam. Saya masih lagi pening untuk memilih nama syarikat memandangkan saya hendak memulakan dua jenis perniagaan yang berbeza iaitu berkaitan pastri dan pakaian. Harap dapat membantu sedikit sebanyak yang boleh dalam email saya. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>