Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan

Persoalan paling utama ataupun lebih tepat jika disebut alasan paling utama untuk seseorang untuk tidak memulakan perniagaan adalah MODAL.

Modal yang dimaksudkan adalah duit tunai.

Saya pernah menghadiri banyak seminar dan perjumpaan usahawan dengan wakil rakyat. Persoalan utama yang selalu dibangkitkan.

“Kami tak ada duit, macam mana nak start perniagaan ?”

“Bank kejam kerana tidak mahu beri pinjaman kepada peniaga kecil”

“Kenapa kerajaan tidak meluluskan gran (duit free) untuk perniagaan kami ?”

“Kerajaan patut bantu kami untuk maju, apa guna kami sokong kerajaan ini ?”

Wakil rakyat pula akan dengar rungutan ini dan akan menjawab, “Saya telah dengar segala rungutan ini dan saya akan panjangkan kepada boss saya untuk tindakan yang lanjut. Kami faham masalah anda dan akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan”

Ini adalah skrip biasa yang dihalwakan dalam telinga usahawan. Setelah selepas majlis itu, wakil rakyat dan usahawan ini akan melupakan perkara ini. he he he.

Jawapan dari saya,

1. Untuk meminjam dari bank, anda perlu buktikan yang anda mampu membayar balik. Ini adalah persoalan asas dari bank. Sama juga jika kita sendiri yang meminjamkan wang kita kepada orang lain.

2. Jika perniagaan anda mempunyai masa depan dan meyakinkan, dan rekod perbankan anda cantik, bank pasti akan bagi duit. Memang bisnes model bank adalah membuat keuntungan dari pinjaman yang diberikan. Ini adalah peluang perniagaan bagi mereka, kenapa perlu mereka tolak ? Kerana perancangan anda tidak meyakinkan atau rekod anda buruk.

Jadi anda tidak dapat modal dari pelabur adalah atas beberapa sebab iaitu

1. Anda belum pernah buktikan apa-apa. Saya tahu bahawa anda yakin dengan perancangan bisnes anda. Semua orang pun yakin dengan perancangan bisnes mereka.

2. Bisnes yang anda rancang memang tak ada masa depan.

Jika anda masih yakin dengan perancangan bisnes anda. Teruskan dengan apa yang ada. Jangan la nak mengharapkan kerajaan atau bank untuk berikan pinjaman atau bantuan gran.

OK. berbalik kepada persoalan asal.

Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan ?

Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang kecil atau tanpa sebarang modal.

Sebagai manusia, kesemua kita sudah dikurniakan dengan modal yang sedia ada. Iaitu modal dalam bentuk…

1. Masa 24 jam sehari

2. Otak dengan akal dan fikiran

3. Tubuh badan yang mempunyai tenaga

4. Manusia lain yang mempunyai semua 3 modal di atas.

Fikir dengan 4 modal utama ini, apa yang boleh anda lakukan. Saya akan sediakan beberapa cara di bawah ini.

Jika anda ingin membuat bisnes yang kecil, mulakan dengan mencari apa masalah yang anda boleh selesaikan ? dan mendapat wang dari penyelesaian ini.

Menawarkan Khidmat Percuma

Anda boleh menawarkan khidmat membuat website jika anda pandai membuat website. Jika klien ini tak nak anda buat website. Cakap pada klien tersebut.

“Jangan risau, saya akan buat website ini secara percuma, jika anda suka nanti baru bayar”

Ini salah satu cara untuk kita membina pelanggan. Jika kerja yang anda buat itu baik, tidak ada orang yang tidak akan bayar. Jika dia tak bayar pun, dia akan promosikan kepada rakan-rakannya. Anda kini sudah mempunyai seorang marketing agent.

Mencari Rakan Trading

Trading yang sama maksudkan disini adalah mencari rakan niaga strategik yang dapat kita bertukar ilmu dan kepakaran.

Anda inginkan sebuah website tetapi anda tidak mempunyai modal. Anda perhatikan diri anda dan lihat apa yang anda boleh buat. Jika anda mampu untuk mengajar memasak. Mungkin anda boleh offer dalam mudah.my atau dalam facebook bahawa anda boleh mengajar memasak kepada student universiti sebagai trading untuk membuat website.

Bagi anda memasak adalah mudah, bagi student itu membuat website adalah mudah. Jadi anda dapat website, student itu mendapat ilmu memasak.

Pengalaman peribadi saya, website saya www.kursusborongchina.com dibuat dengan percuma oleh seorang rakan saya Bub. Saya tidak pun menyuruh dia buat website ini, setelah siap dia tunjuk kepada saya. Saya terkejut dan suka dengan website ini. Sebagai balasan saya offer banner syarikatnya Bub Hosting untuk diletakkan dalam website saya secara percuma.

Saya yang tidak pandai membuat website dapat website, bub yang perlukan iklan dapat iklan. Situasi menang-menang.

Menawarkan Servis

Sebagai seorang manusia, tentu ada kemahiran anda yang anda sudah mahir.

Mengajar ilmu kepada orang lain adalah servis yang mudah yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal.

Jika anda mampu mengajar pelajar universiti anda boleh menyediakan tuisyen untuk mereka, jika anda tidak mampu, ajarlah budak sekolah menengah, jika masih tidak mampu, ajarlah budak sekolah rendah.

Jika masih tidak mampu, adakah anda tahu menulis dan membaca ? Terdapat orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka. Kepada kanak-kanak di Tadika.

Walaupun ramai parent yang tahu menulis dan membaca, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk ini. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka untuk mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis.

Jika anda tidak tahu membaca dan menulis..

Tawarkan apa-apa kemahiran yang anda tahu. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat terdapat kursus seperti Kursus Mengosok Baju, Kursus Makan Secara Formal, Kursus Memikat Wanita, Kursus Mengajar Bahasa Isyarat, dan banyak lagi.

Bagi saya secara peribadi, alasan modal adalah alasan paling tidak logik untuk diberikan jika anda ingin bekerja sendiri atau memulakan perniagaan.

Usahawan adalah seorang yang mengabungkan sumber yang ada untuk mencapai objektifnya. Sumber ini boleh jadi tanah pertanian, rakan yang ramai, minat yang mendalam dalam satu-satu bidang atau apa saja yang anda dapat gunakan untuk mencapai objektif anda.

Adakah anda masih perlukan modal ?

Jika jawapan anda Ya, anda sesuai kekal sebagai seorang pekerja makan gaji sepanjang hidup anda.

Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang, berkawan dengan rakan-rakan yang terhad, tiada kebebasan, terpaksa dengar arahan boss, membuat kerja yang tidak disukai, dipersalahkan atas semua kesalahan dan yang paling utama, makan gaji adalah kareer yg palingg berisiko. Anda boleh dipecat bila-bila masa. Tapi masyarakat mengajar kita, kerja makan gaji adalah kerja yang selamat.

Terima kasih kerana membaca blog saya.

Shahabudeen Jalil

This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

9 Responses to Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan

  1. Yun says:

    Spot on bro. Terbaik!

  2. Encik Bub says:

    aram buah last tu .. masih nak kata gak makan gaji jadi Pet …
    tu gomen la ..
    Kera-Jagaan

    • farid says:

      jgn hina orang makan gaji sekata anda dah berjaya dalam bidang bisnes. rezeki Allah datang dalam berbagai cara @ kaedah. jangan angkuh sangat

      • Shahabudeen says:

        artikel ditujukan untuk org yang nak mulakan perniagaan. Jadi memahami mengikut konteks adalah berkesan. Lagipun tagline blog ini pun adalah “daripada usahawan kepada usahawan”.

        mohon maaf jika saudara tersalah faham.

  3. fiza says:

    jangan la pikir semua orang gomen dah selesa dengan pekerjaan kitorang
    kalau tak, x der la kitorang search blog ni tuk belajar nak ber biz…
    Hari ni Allah bagi rezeki melalui kejer gomen, Alhamdulillah
    mana tau esok Allah bukak rezeki dalam biz plak macam yang En. Syah dah rasa skang
    jangan la asyik berfikiran negetif dekat kitorang
    sedangkan kalau nak wat biz pun goverment servant la pasaran yang dituju dulu….
    setiap yang Allah tetapkan tu ada sebab musababnyer..
    x gitu En.Syah
    *semoga diberi kesempatan oleh Nya tuk succes seperti En. Syah nanti….tengah kumpul modal ni nak ikuti kursus tuan.

  4. shazwan says:

    bleh try bro

  5. ahmad says:

    secara jujur sebuah artikel biasa yang tak ada input dan input..lebih kepada bunga2 dan diberi secara umum…dan penulis lebih kepada syok sendiri…bukan dikenali sbg usahawan….artikel setaraf artikel mlm….malah sudah tentu lebih rendah dari segi knowledge…bgmpun tahniah krn berniat utk membantu masyarakat utk berniaga….perlu artikel yg lebih bermutu pada masa akan dtg…

  6. Mohd Zaki says:

    Saya suka ayat bro, “Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang” saya kerja dengan kerajaan. Kalau bro nak tahu, Saya bekerja sebagai Kerani di sekolah Johor Bahru. Sayalah yang buat gaji, Inventori, cetak soalan untuk pelajar, penghantar surat dan juga tempat melepas geram. Kalau salah apa yang saya buat, habis saya di maki, Kononnya saya ni manusia tak guna tapi bila kerja semua siap dan kemas, boss pula mendabit dada…. kerana dia , semua kerja cemerlang. Dia pula dapat nama. Bro nak tahu tak bos saya siapa? Pengetualah. Dia bagi tahu saya, “kerjanya dia menyains dan mengajar saje…yang lain dia tak nak tahu.” Dan nak tahu kerja sebagai kami ni sebagai kerani kerajaan terpaksa kena selalu kipas boss, kalau tak prestasi bawah 70%, kalau prestasi bawah 70% nak naik pangkat pun tak boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>