Kepada yang telah ketinggalan boleh merujuk kepada 2 topik sebelum ini yang saya telah tulis iaitu
Trip Memborong ke Vietnam (Bahagian 1)
Trip Memborong ke Vietnam (Bahagian 2)
Seperti yang dijanjikan, ini bahagian yang ketiga atau terakhir dalam bahagian memborong ke Vietnam. Dalam bab ini saya akan menyentuh topik bahasa, tempat-tempat memborong dan penghantaran balik barangan.
Bahasa
Seperti juga di China, di Vietnam bahasa akan menjadi satu cabaran kecil. Tetapi peratusan peniaga yang tahu berbahasa Inggeris adalah lebih tinggi berbanding dengan China. Kebanyakkan peniaga disini boleh berbahasa Inggeris yang mudah. Peniaga-peniaga ditepi jalan pula pandai beberapa patah perkataan Bahasa Malaysia seperti “Abang, abang, tengok dulu abang” atau “murah, murah, tak mahal”. Selain itu mereka juga mahir mengira nombor dalam Bahasa Melayu. Jadi bahasa bukanlah masalah utama disini walaupun kadang kala akan menjadi masalah jika kita inginkan sesuatu yang spesifik.
Namun seperti yang selalu saya tekankan didalam kursus dan seminar-seminar saya bahawa bahasa bukan satu penghalang bagi perniagaan kerana orang telah berniaga beribu tahun lamanya tanpa tahu bahasa masing-masing.
Tempat Memborong
Terdapat beberapa tempat utama memborong di bandar ini. Antaranya adalah seperti berikut.
1. Ben Tanh Market
Ben Tanh Market ini adalah market yang paling utama dan paling besar disini untuk produk-produk seperti kain ela, sutera Vietnam, kasut bermanik, beg labuci, t-shirt, jersey, kraftangan, aksesori wanita. Market ini juga sangat terkenal di kalangan orang Malaysia dan kita pasti akan terserempak dengan orang yang boleh berbahasa Melayu.
Kedai-kedai menjual aksesori wanita seperti manik-manik yang dibuat brooch dan perhiasan tangan.
2. Saigon Center atau Russian Market
Saigon Center ini terletak tidak jauh dari Ben Tanh Market dan boleh sekadar berjalan kaki, kira-kira 500 meter sahaja. Tetapi jika ini pertama kali bagi anda, adalah baik sekiranya kita menaiki teksi supaya tidak membuang masa untuk mencarinya.
Di market ini pula disajikan dengan banyak jaket-jaket, beg deuter dan pakaian kanak-kanak.
3. Sport Center
Sport Center ini tidaklah besar tetapi menjadi pusat utama kepada yang berminat membeli raket badminton, baju badminton, alat-alat sukan dan juga kasut sukan.
4. Kedai-kedai borong
Terdapat kira-kira 10 kedai borong yang sesuai untuk orang Malaysia yang menjual barangan seperti telekung sembahyang, baju kurung, baju teluk belanga, pakaian tradisional Melayu untuk kanak-kanak dan lain-lain barang.
Salah satu kedai yang menjadi tumpuan saya adalah di Huang Ann, kedai ini menjual barangan tradisional Melayu yang berkualiti tinggi. Sesuai kepada yang ingin membeli souvenier untuk keluarga dan juga sesuai kepada peniaga yang menjual barangan yang mahal dan berkualiti tinggi.
Ramai isteri-ister VVIP Malaysia datang membeli di kedai ini. Contohnya seperti gambar-gambar dibawah ini.
Permaisuri Agung bersama pekerja di kedai ini. Wanita berbaju biru di sebelah kanan Permaisuri kita itu adalah boss kedai ini.
Tun Siti Asmah semasa di Huang Ann bersama dengan boss kedai.
Harga barangan di kedai ini, walaupun agak tinggi tetapi tetap mempunyai nilai jualan dan memberi keuntungan yang tinggi kepada peniaga jika kena pada pasarannya.
Contohnya macam telekung sembahyang berkualiti tinggi yang berharga RM 120-150 di Malaysia hanya berharga RM 31 (USD 9.00) disini.
Terdapat juga tudung bawal 1 seperti gambar di bawah. Harganya dlm RM 60.00 (bagi saya ini dah terlampau mahal, tapi bagi sesetengah orang akak disana, ini sangat murah. Menurut mereka tudung itu di Malaysia lebih seratus ringgit. Ini satu berita mengejutkan bagi saya)
Saya juga membeli baju teluk belangan untuk saya dengan harga RM 48.00 (USD 14.00). Jika dibeli di Malaysia, harga pakaian ini adalah sekitar RM 120-150. Sekurang-kurangnya dah jimat banyak juga walaupun beli untuk kegunaan sendiri.
Penghantaran Balik Barangan
Ini adalah antara penghalang utama pemborongan di Vietnam kerana penghantaran barangan melalui laut adalah terlalu mahal.
Perhantaran laut adalah sekitar USD 400 bagi 1 cbm untuk penghantaran terus ke rumah di sekitar Kuala Lumpur. Penghantaran jenis ini memakan masa kira-kira 10 hari.
Selain itu, kebanyakan orang Malaysia hanya sekadar membawa balik melalui kapal terbang. Jika menaiki Air Asia, berat yang dibenarkan hanyalah 15kg dan jika menaiki MAS berat yang dibenarkan adalah 25kg. Hand-carry yang dibenarkan adalah 10kg bagi mana-mana penerbangan.
Jika terdapat excess baggage atau terlebih muatan, caj yang dikenakan adalah USD 5 untuk setiap kilogram.
Biasanya di hotel di Vietnam ada disediakan penimbang untuk kita menimbang berat beg kita sebelum kita bertolak ke Airport.
Minta pekerja di Hotel dapatkan teksi untuk kita ke Airport. Melalui cara ini caj teksi lebih berpatutan dan kita pasti akan sampai ke Airport. Bertolak lebih awal kerana kadang-kadang kita akan terperangkap dalam traffic jam.
Sekian, terima kasih.
Saya mengalu-alukan komen dari semua.


Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



fuuhh.. mahal gak ye shipping dia..
letih nak cover modal tu..
cdm tu short form tuk ape?
cbm bermaksud cubic meter. atau m3. Maksudnya ukuran panjang x lebar x tinggi. terima kasih.
thanx 4 the info
kain cotton selalunya kedai borong yang mana popular?
kain cotton kat kedai borong mana popular
sport center tu kat mane ye??
kalau kasut asics tiger tu agak2 berapa RM ek dekat sana?
Pingback: Rombongan Memborong ke Vietnam « Kursus Borong China
saya nak tanya, biasanya harga beg brapa dorang jual kat sana?
as’kum
Saya nak membeli kain pasang dimana patut saya dapatkan dengan harga murah, dan boleh guna Dong tak, ada wholesale market yang saya patut tuju, saya juga hendak membeli beg pakaian, murah tak disana dan ori ke ? kalau tak ori tapi gred berkualiti ke. Boleh bagi cth mcm beg pakaian samsonite kat malaysia dan vietnam beza harga berapa. mohon penjelasan segera sebab saya nak gi pada 19.5.2012. Email Pada saya ye.
Adik saya baru balik borong dari Vietnam. Pergi berdua dengan kawan. Berat Beg 30Kg..lepas pula. Hehehe. Jika 30Kg…banyak juga boleh sumbat kain ela, telekung, baju kurung moden.
salam saudara.. mohon penjelasan sikit step2 nak buat penghantaran melalui laut.. adakah syarikat atau kedai yang kita berurusan akan tolong dalam urusan shipping delivery ni?
Saya juga sedang mencari jawapan untuk masalah yang sama.
Sy bminat utk ke vietnam borong bju kurung. Ada yg nak join awl bln 5. Sy x pernah kesana
Assalam…
Saya akan ke vietnam minggu depan (6-8 April 2012). Masalah saya ialah saya masih belum bertemu jawapan untuk penghantaran balik barangan yang akan saya borong nanti. Saya telah menghubungi satu syarikat penghantaran dari Vietnam dan service yg mereka tawarkan adalah USD5.00/cbm Ex- Work untuk LCL Shipment. Tetapi bila ditambah dgn cas2 lain, harga jadi USD100.00++. Masalah saya sekarang adakah peniaga di vietnam akan menguruskan segala urusan penghantaran dgn ajen yg saya lantik tersebut atau saya sendiri terpaksa menunggu hingga ajen tersebut dtg mengambilnya drp saya.
hi,
sy nak tanya kalau shipping keluar area kl pula cmne ye….sy ingin memborong dan shipping sehingga ke penang…anyone knows?
bila trip ke vietnam?