Matawang
Matawang yang digunakan adalah Vietnam Dong (VDN) atau US Dollar (USD). 1 USD bersamaan dengan kira-kira 16500 Dong dan RM 1 bersamaan kira-kira 5000 Dong.
Ini bermakna, jika anda mempunyai 100,000 Dong bermakna anda mempunyai kira-kira RM 20.00. Kaedah mudah pengiraan adalah dengan membahagikan duit dong itu kepada 5 dan anda akan mendapat nilaian dalam RM.
Biasanya peniaga disini lebih selesa membincangkan harga dengan matawang USD.
Pengangkutan
Dari airport ke area Ben Tahn ini kita boleh ambil teksi di kaunter yang disediakan di airport. Bayaran yang dikenakan adalah sekitar USD 10 atau RM 33.
Setelah anda check-in di hotel, anda boleh sekadar berjalan kaki untuk ke tempat-tempat memborong ini kerana ianya tidak lah terlalu jauh antara satu sama lain.
Selain itu, sekiranya anda cukup berani dan sukakan cabaran, anda juga boleh menyewa motosikal (seperti jejaka dalam gambar dibawah) dengan harga USD 8.00 untuk 24 jam. Bayaran untuk setengah hari kira-kira 5 usd.
Dengan adanya motosikal akan memudahkan anda berulang-alik ke kedai borong dan balik ke hotel atau dari kedai makan atau masjid.
Peringatan !
- Jangan menaiki beca. Biasanya akan berakhir dengan penipuan. Harga yang ditawarkan pada mulanya adalah berlainan dengan harga sebenar. (perkara yang menarik, penarik beca disini ramai yang boleh berbahasa Inggeris, menurut ceritanya, mereka ini adalah bekas-bekas tentera Vietnam)
- Sebelum menaiki teksi, tanya dahulu samada boleh mengunakan meter atau tidak. Jika tidak, jangan naik. Cari teksi lain, banyak lagi teksi yang mencari penumpang.
- Selepas menaiki teksi, pastikan kiraan meter yang sebelum ini telah di reset untuk kiraan baru. Saya mempunyai pengalaman pemandu teksi ini teruskan kiraan meter penumpang yang naik sebelum itu.
Makanan
Terdapat beberapa kedai makanan yang menyediakan makanan halal antaranya adalah seperti dibawah.
- Kedai Samsudin – Kedai ini agak jauh dari pusat bandar, harga ok. makanan sedap. Sesuai untuk makan malam. Purata seorang dalam RM 12.
- Kedai di dalam Masjid – Kedai ini lebih dekat dalam bandar. Jika menaiki teksi dalam kira-kira RM 4 dari Ben Tanh market. Makanan sedap (kari), harga ok. Sekitar RM 5-12
- Four Seasons- Restaurant ini agak class, makanan biasa saja. Tapi harga mahal. semasa kami makan 5 orang harituh. Purata seorang dalam RM 45 lebih. Tapi kami makan agak banyak juga.
- Bombay Restaurant – Makanan disini agak murah dan sedap bagi yang menyukai makanan india. Sekitar RM 6.00 untuk sekali makan.
Dari kiri : Azrin, Roslan, Saya dan Zainudin

Ini antara yang paling mahal, kerana kita boleh nampak sendiri usaha yang dilakukan untuk menghasilkannya.



Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



menarik2. terima kasih.
saya akan ke veitnam mgu depan..mmg menarik crita anda.tip2 anda akn saya praktikkan disana nnt…tggu nnt saya akn critakan perjalanan saya ke sana pulak k
perut tu kasi simpan dalam skit bang…jgn simpan duit je dalam..hehehe
Pingback: Rombongan Memborong ke Vietnam « Kursus Borong China
Pingback: Trip Memborong ke Vietnam (Bahagian 3 ) « Kursus Borong China