Restoran Arab – Wadi Hadramawt

Setelah semua restoran Arab di Jalan Damai ditutup tempoh hari, maka terpaksalah cari tempat makan makanan Arab yang baru. Aku test di beberapa tempat, tetapi tak memuaskan. Kalau dulu yang paling sedap makanannya di Al-Rawsha, tetapi sejak berpindah ke tempat baru di Jalan Kampung Pandan, setelah 2 kali pergi, secara peribadi, aku merasa kurang puas. Sebabnya1) Makanan kurang sedap berbanding di Restoran lama. 2) Lebih mahal dari yang lama.

Ok.. Setiap hari melalui Jalan Ampang ternampak la Restauran Wadi Hadramawt. (Ini bukan Hadramawt di Jalan Raja Chulan). Untuk cari Wadi Hadramawt nie sangat mudah. Kalau dari di Jalan Ampang berhadapan KLCC (KLCC berada di kanan anda). Hanya 2 km dari situ. Dari situ pergi terus sampai Ampang Park. Terus lagi sampai ada Volvo, Rozel di sebelah kiri, kemudian Thai Embassy, kemudian ada Ampwalk dan Sucasa Appartment.. itu dah sampai. Dapat dilihat bangunan banglo dengan papan iklan “WADI HADRAMAWT”. (rujuk gambar)

Melihat pada perhiasan, ramai yang menyangka harga di sini mahal. Tetapi sebenarnya tidak, harganya berpatutan.

Tadi saya dan geng umrah 2010 bertemu di sana untuk makan-makan. Kami biasanya akan buat perjumpaan sebegini beberapa bulan sekali. Perjumpaan semata-mata jumpa. Bukan untuk bisnes tapi untuk bergelak-ketawa.

Pada kami ini, banyak dibincangkan mengenai pakej Umrah yang ditawarkan Haji Izmin, memang termurah di pasaran. Saya pergi ikut beliau dengan harga RM 3750 sahaja tanpa makan. Tetapi sekarang harga itu dah tak ada, namun harga beliau masih lagi terlalu murah.

Seorang lagi yang kami panggil Maulena pula, menceritakan pengalaman beliau sewaktu mengikut jemaah Tabliq untuk ke Perhimpunan antarabangsa selama 5 hari di Bangladesh.

Kembali kepada topik asal kita mengenai Restoran ini. Kepada pembaca yang berminat, boleh la singgah di Restauran Wadi Hadramawt. Kepada yang tidak tahu memesan. Saya boleh cadangkan begini.

Jika untuk 4-5 orang, sila ambil makanan berikut.

a. Lamb Madghout – 1 kg = RM 45.00(ini adalah nasi bersama daging kambing, seperti dalam gambar.)

b. Arabic Salad – RM 8.00 (timun, tomato dan sayur)

c. Mixed Grill – RM 25.00 (kebab ayam, daging dan kambing)

d. Mint Tea one pot – RM 8.00 (teh o bersama daun pudina)

e. Mineral Water big – RM 5.00

Total = RM 91.00

Ini adalah memadai untuk makanan 4-5 orang. Harga akan menjadi tinggi, jika minuman. Minuman ringan seperti Sprite atau Coke berharga RM 3.00. Jus berharga RM 8.00 dan minuman paling mahal berharga RM 13.00.

Buat permulaan, pembaca boleh mencuba makanan asas yang saya berikan di atas dahulu. Nanti bila dah tere datang ke kedai Arab, boleh la order benda lain seperti Hummus atau Falafel.

OK. Selamat mencuba dan berikan feedback di sini.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Restoran Arab – Wadi Hadramawt

  1. lienax says:

    Assalam, sya turut bersetuju dengan komentar tuan. Sye dh cube minggu lepas sblum terbaca post tuan ni, kerana ada urusan kerja di Masjid Wilayah. Jadi makan tghari sume pakat nk mkn Arab – pergi split krete, target Rawsha kg. pandan. Tapi sye bersama 2 tmn sekerja sesat (salah info Rawsha) di ampang, terus lajak ke sini. Credit pada 2 org teman sye haritu sbb mrk dh cuba sklai di Wadi Hadramawt, puji tak putus.
    Nah, skrg sya pula puji dengan kuantiti menunya, qualiti makanannya, quantiti makanannya, keselesaanrestaurannya dan terutamanya HARGAnya… setimpal dgn semua yang sye mentionkn tadi. Sblom ni sye pernah lalu dpn kedai ni, terdetik mungkin dan barangkali harga di kedai ni mahal… terpesong sama sekali. Sye dan teman2 sekerja memang suka memburu makanan Arab ni.. tidak serik kesini dan bakal mengulang.. harapan; “semoga kualiti (semua) tidak luntur bersama edaran masa”…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>