Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran untuk Mengenali Potensi Diri

Berminat menjadi usahawan dan ingin memborong dari negara China ? Lawati www.KursusBorongChina.com 

Pertama sekali saya perlu nyatakan bahawa ramalan di atas ini saya kurang pasti samada ia betul-betul dari Dr. Fadzilah Kamsah atau ada orang lain yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Saya sangat berharap ada orang tak bertanggunjawab yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Ini adalah kerana saya juga antara orang yang menghormati Dr. Fadzilah Kamsah.

Sebagai seorang Muslim saya mengambil Al-Quran dan Hadith sebagai rujukan utama dalam kehidupan, manakala sebagai seorang usahawan Industri Pemborongan dari China pula, saya juga percaya sains, logik dan hujah sesuatu perkara asalkan ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.

Tetapi perlu saya nyatakan di sini bahawa ramalan seperti ini adalah KARUT. Walaupun ini dikatakan berdasarkan kajian beliau. Kajian apa sangat yang beliau boleh buat ? terhadap berapa orang ?

Dalam menilik nasib, meramalkan tarikh lahir, meramal bulan kelahiran, horoskop, numerology dan sebagainya. Tukang tilik ini hanya menggunakan satu teknik yang sangat mudah. Iaitu, mereka mencipta ayat yang terbuka, fleksibel dan tidak boleh diukur (not scalable) yang boleh disesuaikan dalam semua keadaan.

Pada suatu hari, saya mengenali seorang si A melalui rakan saya. Si A memperkenalkan diri dan rakan saya pun memberitahu bahawa si A ini pakar dalam meramal dengan menggunakan tarikh lahir.

Ditanyanya tarikh lahir saya dan saya pun berikan la. Walaupun dari awal saya tahu orang ini akan mula menipu. Maka si A pun memulakan ramalan…

“Abang nie seorang yang penyayang”

Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. aku penyayang…

“Abang nie mesti ramai perempuan suka kan ?”

Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. ramai pompuan suka aku… (makcik makcik la.. ).. Aku terus blushing walaupun aku tahu dia menipu..

“Abang nie pandai bercakap di hadapan ramai”

Aduh.. ini mesti kawan aku dah cakap kat hang…. tapi tak apa.. aku nak percaya macam tu jugak.

“Abang nie bermotivasi tinggi dan bercita-cita tinggi kan?”

Aduh.. ada ka orang bercita-cita rendah ??? Tak kira, aku percaya, aku percaya, aku percaya…

Satu lagi ayat yang digunakan “Abang nie orang yang suka memaafkan orang, tetapi kekadang abang tak dapat memaafkan. Jika abang benci sangat seseorang itu, abang akan terus benci”

Memang la bahalol.. semua orang pun macam tu.

Inilah dialog bodoh dengan seseorang yang claim boleh menilik nasib.

Jika kita teliti ayat di poster di atas ataupun ramalan yang si A berikan kepada saya… kedua-duanya sangat mudah. Mereka menggunakan ayat yang terbuka, fleksible dan tidak boleh diukur. Kita sebagai manusia yang sensitif akan mengiyakan apa yang kita NAK dengar.

Dengan berbuat demikian, hati kita menjadi tenang. “Aku seorang penyayang, disukai perempuan, pandai bercakap di hadapan umum”

Klik di sini untuk menonton Video Terkini Saya Mengenai Rahsia Tarikh Lahir 

Sekarang mari kaji ramalan Dr. Fadzilah Kamsah di atas untuk orang yang lahir pada bulan Jun.

1. Berfikiran jauh dan berwawasan – Semua orang pun percaya sebegini

2. Mudah ditawan kerana sikap yang baik – Orang bulan Jun tak ada seorang pun yang jahat.

3. Berperangai lemah lembut – Ini kompom salah, aku tak lemah lembut pun.

4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood - Orang lahir bulan lain semua takkan berubah semua ciri ini.

5. Bersikap sensitif - Ada timbang kati ka untuk ukur bertapa sensitifnya seseorang ?

cukuplah setakat ini…

Jadi, jika anda mendengar golongan sebegini tampil untuk memberi ramalan, tolak awal-awal. Ini bakal membuang masa anda. Jangan percaya kepada Dr. Fadzilah Kamsah jika benar dia keluarkan ramalan ini, Jangan percaya kepada Dr. Universiti Gorgon Cucuk Kepala mahupun pakar-pakar motivasi lain yang cuba membuatkan anda percaya terhadap perkara ini.

Sila tonton video di bawah

Moga berubah masyarakat kita. Sila baca blog ini untuk tip-tip perniagaan, keusahawanan dan kaedah menjana pendapatan sampingan dari rumah yang tulen. Usaha akan mengubah nasib anda dan bukan rahsia disebalik tarikh lahir anda.

Terima kasih.

Shahabudeen Jalil

Berminat menjadi usahawan dan ingin memborong dari negara China ? Lawati www.KursusBorongChina.com 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

55 Responses to Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran untuk Mengenali Potensi Diri

  1. Boy says:

    Dulu2 ada keluar rancangan Rahsia Tarikh Lahir Dr Fadzilah Kamsah kat TV3, sejak hari tu aku dah tak minat kat dia ni.

  2. Pingback: Shahabudeen Jalil: Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran « Suhaimi Ramly

  3. vira-aihan says:

    saya suka cerita tentang bulan kelahiran,, tpy knapa x de pon bulan mei dekat page nie,,, urmm,,, ???

  4. zee says:

    not scalable = subjective…
    sy nmpk realistik dlm diri anda melalui artikel ni.. (tp pndgn sy ini msh terhad)

  5. Anak murid yang belajar says:

    Anda sendiri pun menunjukkan kelamahan anda sendiri dengan menuduh orang lain begitu begini tanpa kajian mendalam. Hanya terbaca dari pandangan orang lain. Anda cuba mempengaruhui orang lai untuk tidak memparcayai kajian orang lain, bukan hasil kajian itu penting, tetapi diri anda sendiri yang bertindak lagi maha enting. Tak perlu memburukkan orang lain tanpa anda sendiri masuk dan dengar sendiri dari orang yang berkenaan.

    • Mie says:

      1). Jika mereka taksub sangat pada ‘kajian’ tarikh lahir, mengapa digunakan tarikh tahun Masihi, bukan tahun Hijri. Tahun Islam tak tepat ke?

      2). Kalau yang lahir di kampung, terlewat daftar lahir 2, 3 hari. Nak kira macamana pulak ‘kebolehan & potensi diri’ budak tuh? Pada tarikh daftar @ tarikh dia diperberanakkan?

      Mengarut semua tuh…

    • fauzi says:

      encik, sila banyakkan membaca dan bertanya kepada alim ulamak berkenaan hal ini.
      Benda ini lebih menyerupai kepada ramalan, tilik nasib. Jelas disebutkan perkara sebegini adalah dilarang dalam Islam.

  6. Shahabudeen says:

    apa pula kajian orang yang mengeluarkan ramalan ini ?

    • daun hjau says:

      setuju dgn anak murid yg belajar,x perlu kuarkn kenytaan bg burukn org lain,yg pntg ats dri kita,sbnrnya,sume bln lbh krg je prwtkn kte

      • Shahabudeen says:

        Percaya pada khurafat mcm ini dh satu dosa, pastu mempertahankan perkara khurafat, lg satu dosa yg boleh membawa kpd syirik. Harap maklum

        • ILA says:

          mana awak tahu benda tu khurafat atau syirik ?
          berhati-hati dlm berkata-kata .
          jgn kita jadi org yg menghalalkan benda yg haram dan mengharamkan benda yg halal kerana kepentingan diri sendiri
          renung2 kan lah
          amin

  7. Fazlee says:

    Saya sendiri pernah masuk ke satu seminar saorang Dr yg ‘tersohor’ di Malaya ni. Walaupun kredibiliti title Dr dia masih jadi persoalan, ramai yg mai sesi seminar dia termasuk la saya (hehe).

    Apa yg saya perati, dia pandai persuade crowd ambil package ‘advance’ yang lebih mahai. Obviously dia pandai buat marketing.

    Selain dari tarikh lahir, dia selit juga tips pasal kejayaan. Mungkin dia belajar kat seminar T. Harv Eker atau Anthony Robbins. Atau maybe dia baca buku2 depa ja kot. Memandangkan orang Malayasia baca average 2 buku setahun, sudah tentu idea2 dari beliau kelihatan agak WOW!

    • Fazlee
      Actually Dr Tu Saya Kagum Dari Satu Segi Sifat Dia Iaitu Dia Pandai bermain “Emosi” Orang lain… Banyak Orang yang Berjaya Dalam Dunia Ini… Adalah Lahir Dari Kalangan Orang Yang Pandai Bermain Dengan Emosi Orang Lain. Emosi Boleh Buat Duit jika Kita Pandai. BELIEVE+EMOTION+ACTION

  8. ewan says:

    bagus juga ingin tahu

  9. Dadan says:

    saya tidak percaya ramalan seperti itu, sudah banyak yang meleset..

  10. nida says:

    sekadar membaca tp jgn percaya

  11. purplekyu says:

    kadang ada yang betul, tp ade jugak yang tak..hmm

  12. khalila says:

    mungkin secara kebetulan saja. setiap manusia tidak sama.

  13. mie says:

    1). Jika mereka taksub sangat pada ‘kajian’ tarikh lahir, mengapa digunakan tarikh tahun Masihi, bukan tahun Hijri. Tahun Islam tak tepat ke?

    2). Kalau yang lahir di kampung, terlewat daftar lahir 2, 3 hari. Nak kira macamana pulak ‘kebolehan & potensi diri’ budak tuh? Pada tarikh daftar @ tarikh dia diperberanakkan?

    Mengarut semua tuh…

  14. ~Adriana~ says:

    Assalammualaikum admin macam mana dengan bulan April

  15. wadi says:

    bgi sy, sy tdak percaya tntang rmalan trikh lhir ini krna smuanya terltak pda dri seseorang itu..ada jga orang yg sma trikh lhir, ttpi prangai sngt bertentngan..1 conth shja yg hrus kta fkirkn, adakah smua glngan yg lhir pda blan yg sma dngan RASULALLAH S.A.W mmpnyai prgai sperti BELIAU..fkirknla..

  16. rahim says:

    ‘ilmu’ ramalan ini memang wujud,ada kisahnya ilmu ini di turunkan malaikat yg berlakun jadi manusia di zaman nabi sulaiman…
    cuma kini yg benar2 pakar dlm bab2 ramalan ini sgt kurang,ramai yg menipu…
    suatu masa dulu pernah jumpa dgn seorang india ‘halim’ dlm agamanya…tujuan jumpa sebab ingin mengkaji kebenaran ilmu ramalan dan ketepatannya,lebih kurang zaman sekarang yg suka dok rumah hantu untuk melihat kebenarannya…
    melalui tarikh lahir dia boleh meramal beberapa kisah yg sudah berlaku dan belum berlaku,hampir 90% tepat…jadi saya fikir memang ilmu itu wujud,cuma yg benar2 pakar amat kurang.
    anggap ilmu meramal ini sama seperti ilmu2 pengetahuan shj,saya begitu tak tahulah org lain.
    lagi satu sebagai tambahan cuba tenguk alam,binatang,tumbuhan,angkasa dan perjalanannya semua ikut peraturan yg telah di tetap…kalau selalu memerhatikan rentak alam dan kisahnya mereka inipun boleh meramal kejadian2 dlm renungannya.
    tuhan susun dgn peraturan cuma mereka yg rajin tenguk dan kaji rentak alam maka jumpalah ilmu baru begitulah juga untuk meramal manusia ini.

    • Louis Saha says:

      Surah al-Maidah: ayat 90:
      Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.

      Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”

      (Muslim)

      • livonia19 says:

        livonia19@yahoo.com
        Salam… Tak perlula awk semua betekak pd benda yg awk semua xprnah blajar..xpayah la nak kluar hadis2 atau ayat2 quraan tu.
        blajar dulu ilmu islam,jgn asik blajar ugama islam.Ugama islam ni smua org blh blajar,trmasukla org2 kafir.tp ilmu islam ni xramai yg dpt blajar..hanya org2 yg trpilih & termampu je dpt blajar,
        Smua yg awk brcerita tu hanya la yg ada dlm ugama islam, bkan yg berada d dlm ilmu islam.Utk nak blajar ilmu islam ni awk perlu blajar ilmu kenal diri dulu.Nak blajar ilmu kenal diri ni awk akn habis masa sekurang2nye 10thn.. Klau dah awk sendiri pun xkenal siapa diri awk,mcmana plak awk nak kenal org lain atau nak kenal nabi mhmad..
        Nak blajar ugama islam awk blh la blajar kat buku atau g dengar ceramah2 ugama,sambil blajar blh gelak2 ketawa lagi, atau g blajar kat UIA atau al AZHAR.Awk hafal smua apa yg awk belajar kmudia awk pakai songkok aji,awk berceramah la plak pd org lain.(itu la namanye blajar ugama islam)
        Klau nak blajar ilmu islam,awk perlu brpuasa, brzikir, & brmunajat berterusan selama brtahun2 tanpa henti & tutup semua hati mata & telinga dpd hal dunia sehinga la awk habis blajar smuanye..Hanya beberapa org je yg dpt blajar tentang ilmu2 allah ni. yg lain2 tu hanya temberang je.smuanye brcerita tentang ugama islam yg dia blajar je.
        Dlm ilmu islam ada ilmu tarikh lahir yg melibatkan rezeki ni..tp masalahnye,siapa yg pandai sngt yg nak telek nasib tu,dia prnah ke blajar ilmu tu, dr.a, dr f, harun d, ismail k, nik a, atau sape2 ustaz yg handal tu,,betul ke dia penah blajar ilmu tu.,Klau xpenah blajar,baik xpayah brcerita,sb takut nanti bnyak salah dr betulnye. Baik la awk smua brcerita benda yg awk dah blajar je.
        Sb manusia ni xmampu & xcukup umur nak blajar semua ilmu2 allah tu.Klau ada yg mngatakan dia tau smua ilmu allah tu, maka itu la org yg paling penipu dlm dunia ni.
        Nak blajar 1 ilmu islam tu je dah blh habis masa skurang2nye 20thn.
        Jd pd semua yg gairah sngt komen benda2 yg awk sendiri xprnah blajar,buat pe..buat tambah dosa free je sb awk telah menyebarkan 1 ilmu yg salah pd org lain & org2 tu pula mengamalkan & menyampaikan pula pd org2 lain..
        Baik la awk smua g blajar bismillah tu dulu.

        • Soraya says:

          maaf lah, sy nak ckp komen awk tu pedas sangat n kurang berlapik.. Komen awk tu mcm nak skolah kan kitaorang. Sy percaya bukan semua org yg komen ghairah sgt nak komen. Bukan nak tunjuk pandai. Tp sekadar pendapat. Takpayah nak guna ayat quran dan hadis2 semua? Bapak kurang ajar cara awak ckp. Org yg berilmu la org yg selalu berhujah menggunakan ayat2 Allah. Maaflah, ape yg awk ckp tu betul2 kurang bijak dan tak rasional. So, hope boleh ubah.

          And kepada yg buat entry pasal benda ni, sy mengaku ape yg awk postkan. Tp bg sy awk ni ttp jugak mengaibkan tokoh dr fadzillah tu. Tak perlulah berkeras2 menolak seolah2 mengaibkan dr. Sy yakin ayt2 awk tu boleh diperbetulkan lagi.

          Sekian. Wallahualam. Assalamualaikum

        • Soraya says:

          maaf lah, sy nak ckp komen awk tu pedas sangat n kurang berlapik.. Komen awk tu mcm nak skolah kan kitaorang. Sy percaya bukan semua org yg komen ghairah sgt nak komen. Bukan nak tunjuk pandai. Tp sekadar pendapat. Takpayah nak guna ayat quran dan hadis2 semua? Mmg kurang ajar cara awak ckp. Org yg berilmu la org yg selalu berhujah menggunakan ayat2 Allah. Maaflah, ape yg awk ckp tu betul2 kurang bijak dan tak rasional. So, hope boleh ubah.

          And kepada yg buat entry pasal benda ni, sy mengaku ape yg awk postkan. Tp bg sy awk ni ttp jugak mengaibkan tokoh dr fadzillah tu. Tak perlulah berkeras2 menolak seolah2 mengaibkan dr. Sy yakin ayt2 awk tu boleh diperbetulkan lagi.

          Sekian. Wallahualam. Assalamualaikum

  17. Louis Saha says:

    Huraian
    1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.
    2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.
    3. Allah telah berfirman yang maksudnya:”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).
    4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
    5. Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (Muslim).

    Sumber: JAKIM

    • ILA says:

      awak tahu ke apa yg dimaksud kan perkara ghaib tu ?
      jgn main amik cedok je kenyataan kalau kita tak tahu ilmu sendiri.

      x semesti nya apa yg awak dpt dari jakim tu betul
      cth Allah turun di sepertiga mlm ???? sedangkan Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita sendiri.

      fikir-fikirkan lah

  18. Nazmi says:

    mempercayai bulat2 akan tilikan tarikh lahir ini sudah tentu salah.
    tetapi kajian dibuat mungkin berdasarkan statistic yg dikumpul, dianalisis dan dicari persamaan.
    kenapa dibuat kajian2 seperti ini. cuma untuk mengenali potensi diri. ada orang hidup berpuluh tahun tapi masih tidak kenal diri sendiri. saya percaya setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan sendiri.

    tapi mengapa ya saudara mengiyakan ramalan hamba Allah tersebut jika ia tidak betul. kenapa tidak berani menegur ketika waktu itu, tetapi kemudian berkongsi di blog ini? samalah juga seperti saudara menyokong apa yang diramalkan.

  19. primus kajuice says:

    salam sejahtera sya berminat benda2 mcm ni tetapi sekadar tengo sahaja hehe ..berbagai cara menilik nasib yg perna sya jumpa..tida kira bangsa dan agama..tetapi semuanya untuk duit sahaja..seluruh malaysia sya pi semuanya bohong.. so sya menyokong pendapat SJ..memang betul membuang masa sahaja..baik buat benda yang nyata..TQ

  20. Haifa Razzaq says:

    Pada saya ia merupakan satu kajian berkenaan kelakuan manusia berdasarkan tarikh kelahiran…Ia bukan la satu amalan tilik nasib atau yang seumpamanya….sebab berbeza yer ramalan dengan kajian..

    contoh :
    Ramalan – ” pada umur 35 tahun anda akan menjadi kaya”….

    kajian kelakuan – ” orang yang lahir pada tarikh ini biasanya seorang yang banyak idea, banyak peluang yang datang,cuma usaha seseorang itu bagaimana untuk merebut peluang yang datang dan menggunakan idea yang banyak itu untuk kejayaan”

    atau ” orang yang lahir pada tarikh ini biasanya kurang bertanggungjawab, jadi orang ini harus memperbaiki diri untuk lebih memikul amanah yang diberikan demi kejayaan hidup”

    sama tak ramalan dengan kajian, kajian ini adalah merupakan kajian sains metafizik yang telah digunakan sejak dahulu kala….mengkaji tentang pattern sesuatu kelakuan…umpama begini kalau terjadi sesuatu perkara mungkin “accident: kalau terjadi kali ke dua mungkin “co-inccident” kalau terjadi lagi kali ke 3 ia di panggil ” pattern”…kalau terjadi lagi dan lagi……itu lah kajian namanya…

    Jangan la kita suka menuduh-nuduh sebarangan tanpa usul periksa..

    Sekian terima kasih…..

  21. shubhi says:

    siapa kata itu ramalan? Ramalan adalah membuat tekaan sesuatu akan terjadi pada masa depan. Contohnya pada hari rabu tahun depan si anu akan meninggal. Itu ramalan.

    Tetapi jika kita melihat dalam jadual unsur-unsur kimia dan menjumpai seketul bahan batu lalu membuka jadual unsur-unsur kimia tersebut dan mula membaca dalam kategori mana bahan itu berada dan mula mengenali apakah ciri-ciri bahan itu jika boleh dimanafaatkan , itu bukan ramalan namanya, itu hanya memahami sifat benda yang kita jumpai tersebut.

    Kalau dalam jadual bahan kimia dikatakan unsur Platinium itu tidak bileh berkarat dan tiba-tiba anda bantah kerana itu semua mengarut dan hanyalah ramalan, itu hak andalah tetapi janganlah pula menghalang orang lain untuk memanafaatkan sifat-sifat yang telah disusun oleh para pengkaji untuk kegunaan orang.

    Dan harus diingat sifat-sifat yang telah diberikan itupun belum tentu lengkap dan muktamad.

    Wallahu’alam.

  22. Pingback: Video – Rahsia Ramalan Tarikh Lahir dan Maksud Rahsia Bulan Kelahiran | Blog Usahawan dan Perniagaan

  23. nurul says:

    kan dr fadzilah selalu kata biasanya..bukan semestinya..dlm ceramah2 beliau mmg dh kata jgn percaya 100%..sebab manusia boleh berubah..

    • fauzi says:

      sJadi disebabkan manusia boleh berubah, tidak perlulah disebut perkara seperti itu.
      adalah lebih baik dielakkan, walaupun bertujuan baik, namun ia boleh mempengaruhi sesetengah orang percaya dengan perkara seperti itu

  24. Azean Nordin says:

    Dr Universiti Gorgon cucuk kepala?? hahahah guling2 baca ayat ni.. heheh

  25. za says:

    Assalamualaikum..

    Pendapat saya, dalam apa pun subjek yang di bincangkan, kita sebagai org islam kena bersederhana, jgn terlalu mengutuk dan jgn terlalu memuji..

    Apa yang di kaji oleh Dato’ Dr. Hj Fadzilah Kamsah, hanya melakukan kajian dan menemui kebanyakan persamaan daripada tarikh2 dan bulan2 tertentu dan dah pun dipesan bahawa ianya sekadar kajian untuk pengetahuan dan bimbingan serba sedikit dalam menjalani hidup.. Jadi, sebagai orang Islam, dah tentu jgn kita lupa diri dan asyik fikirkan duit, wang, harta, kaya sehingga terlalu terpengaruh dengan subjek2 yang dibincangkan. tetapi mengambil ilmu tu sebagai proses muhasabah diri..

    Kita yang bercakap ni pun x jauh mana pandangan, tak besar mana pengalaman, eloklah kita sama2mengitkan agar jgn taksub dan jgn pula ditinggal terus, Jangan jugak kita sewenang2nya menggodam orang2 yang selalu bercakap tentang agama Islam, berdakwah di kaca2 TV. cuba fikir apa pula hukumnya tu?. Beliau dah mengingatkan sebelum memberi, jadi kita jgn terus makan seperti di suap2.. gunakan akal untuk menilai dan mengawal diri.. Tq

  26. za says:

    Minta Maaf nak tanya, encik Shahabudeen Jalil yang sedang mempengaruhi orang lain ni betul2 ikhlas ke atau nak tarik pelanggan untuk jualan encik sendiri?..cuba renungkan dan tanya hati balik.. sorry. tq

  27. Ashraf says:

    Think before u make a statement…this is not good for u..

  28. al qa' qa' says:

    Salah satu keagungan Rasullulah SAW adalah kemampuananya untuk menempatkan setiap sahabatnya sesuai dengan kemampuan , bakat & potensi mereka masing2.
    Ali RA ditugaskan bidang kehakiman, Muaz RA bidang ilmu pengetahuan, Ubay RA bidang Alquran, Zaid RA bidang faraidh, Khalid al walid bidang jihad, Hassan RA bidang sastera, Qais bin Thabit RA bidang khithabah. Moga kita mengenali bakat @ kecenderungan diri sendiri. Jangan tersalah letak @ membunuh potensi yang ada dalam diri anda !

    Wallahualam

  29. Pingback: Top 10 Artikel Keusahawan Terbaik Yang Paling Popular di Blog Ini | Blog Usahawan dan Perniagaan

  30. budak happy go lucky says:

    Kita semua manusia biasa. Berhenti menghakimi sesama sendiri. Kalau pandai sangat kenapa x jd doktor saja? Hehe

  31. tolong buang ego says:

    Nk komen,nk komen,nk jugak,nk jugak..ok ape yg sy jk ckp ni simple je..cume sy harap sbg mnusia biase please la blaja trime pndangan n pndapat org lain.sbg mnusia kite ade sifat EGO yg mmbuatkn kte xnk kalah pd org dlm brbahas.sdgkn pd wktu kte mngeluarkn idea utk mematahkn pndapat org sbnarnye kte da pon mnerima pndapat yg kte patahkn td.jd kte da brpgang pd 1 kputusan..yg mana pd waktu same idea yg kte bg utk ptahkn pndapat org tu dah pn melemahkn smngatnya dan memilih kputusan dr idea yg kte beri td.sdgkn kte mnerima pndapat die tp EGO dah memesongkn org tu n ksalahan dr kte..lumrah n ini sgt tdk patut..sbb skrg media massa yg meluas mudah buat org mncipta 1001 andaian fakta n kputusan.ini silap tolong ye

  32. tolong buang ego says:

    Ape yg sy rasa horoskop ni dinilai dr skala besar manusia yg diperhati n dikaji sbelum difaktakan..memang x 100% mengena pada kite tp ade gak yg same..mgkin sbb prsekitaran waktu yg buatkn sikap dan sifat manusia berada pd keadaan yg serupa..walaupn x seratus sbb manusia hanya boleh menilai n mgkaji..ALLAH S.W.T yg mencipta dan menjadikan.ok??

  33. raffilodun says:

    hari ini hari lahir saya 282002

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>