Harinie lepas semayang jumaat, waktu nak keluar tu tengok seorang pakcik dengan tongkat menuju kearah longkang. Aku sambar tangan pakcik buta tu dan bawak di ke pintu pagar masjid.
Lepas tu aku start bercakap dengan pakcik tu dan last-last sebab seronok bersembang dengan pakcik buta ini, aku bawak dia lintas jejantas sampai kat LRT Ampang.
Perbualan kami berkisar lebih kurang begini
SJ : Pakcik nak pi mana ?
Pakcik: Balik rumah.
SJ : Pakcik rumah kat mana ?
Pakcik : Kat flat Taman Dagang situ jer.
SJ: Pakcik jalan sorang-sorang datang masjid nie ke ?
Pakcik: Ye, anak pakcik student lagi kat Cheras. Kat Unitar.
SJ: Pakcik tak nampak nie sejak bila?
Pakcik : Pakcik tak nampak sejak umur 2 tahun.
SJ: Ooo.. Jadi apa yang pakcik nampak dalam otak pakcik sekarang ?
Pakcik : Pakcik nampak gelap jer.
Bila turun jer dari jejantas tu,
SJ: Sekarang pakcik nak pergi kanan ke kiri ?
Pakcik: Kanan la, kat sini ada lorong kan ? kiri pergi LRT.
SJ: Ooo.. kalau pakcik nampak gelap jer, macamana pakcik tahu jalan semua nie ?
Pakcik : Ala, pakcik dah berpuluh tahun kat sini. Pakcik boleh la tahu sedikit sebanyak simpang nie.
Tiba saat ini, dia pulak soal siasat aku.
Pakcik : Adik nie kerja apa ?
SJ : Saya meniaga pakcik.
Pakcik : Meniaga apa?
SJ: Saya bawak usahawan ke China untuk memborong barang.
Pakcik : Oooo.. betul la. Sekarang semua orang pergi borong di China kan ? Barang kat sana murah.
SJ: He he he.. betul tu pakcik. Macamana pakcik dapat tahu maklumat macam nie ?
Pakcik : Pakcik dengar orang cakap. Dari situ pakcik tahu la sedikit sebanyak.
Saja aku ceritakan cerita ini, supaya kita bersyukur dengan nikmat mata yang Tuhan kurniaan kepada kita. Alhamdulillah.
Moga Allah melindungan pakcik tersebut. Lupa nak mintak pakcik tu doakan aku. Harap-harap minggu depan dapat jumpa lagi.
Kalau aku jumpa pakcik tu lagi, insya-Allah aku akan tanyakan soalan-soalan yang lebih mencabar.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Pingback: Pakcik Buta dan Aku (Bahagian 2) | Shahabudeen Jalil
betul tu…. alhamdulillah syukur dgn nikmat Allah ni