Mencari Tuhan Yang Sebenar

Kita akan memasuki tahun 2009 tidak lama lagi, maka aku terfikir tentang tahun 2008 yang banyak memberi aku kenangan dan pengalaman yang berguna. Pada tahun 2008 ini, umur aku adalah dari 25-26 tahun dan Alhamdulillah pada tahun 2008 ini aku telah melawat beberapa negara seperti New Zealand dan Rusia selain negara China yang sering aku pergi.

Teringat pengalaman di Moscow sewaktu aku berjalan di bandar Moscow dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Red Square, Kremlin, Masjid Besar Moscow dan beberapa tempat lain.

Aku dibawa berjalan oleh Olga. Ada kalanya, abang iparnya yang akan membawa kami.

Maka pada satu hari kami melawat ke sebuah gereja yang tersangat masyur di bandar Moscow ini. Gereja ini diberi nama “Christ His Savor Church”. Kebanyakan gereja di Moscow mempunyai kubah seperti kubah masjid di negara kita. Binaan yang sangat cantik dari luarannya dengan kubah berwarna emas.

Kemudian kami masuk ke dalam dan satu perkara yang sangat menarik perhatian aku adalah lukisan yang dilukis di bawah kubah gereja tersebut. Sila sihat rajah dibawah.

Maka aku pun bertanya kepada Olga. (Dialog ini dalam bahasa Melayu kerana Olga fasih berbahasa Melayu. Dia juga adalah Juara Pidato Bahasa Melayu Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2007)

SJ : Menarik gambar ini. Boleh tak awak terangkan tentang gambar ini.

Olga : Apa yang awak nak tahu pasal gambar ini ?

SJ : Saya tak faham sebenarnya, siapa lelaki tua itu dan siapa budak kecil itu.

Olga : Hmm… Lelaki itu Tuhan kot, budak itu mungkin Jesus.

SJ : Tak mungkin itu Tuhan, saya rasa awak salah. Cuma kita tanya terus kepada orang yang lebih tahu tentang hal ini. Kita tanya pada sister tu nak ?

Pada waktu itu, kebetulannya ada seorang sister yang sedang membersihkan lilin di situ. Maka Olga pun bertanya pada sister itu dalam bahasa Rusia dan sister itu pun memberi penerangan yang panjang lebar mengenai gambar itu.

SJ : Ok. Apa sister tu cakap ? Siapa orang tua itu dan siapa budak itu ?

Olga : Apa yang saya terangkan itu agak tepat. Orang tua itu adalah simbolik kepada Tuhan dan budak kecil itu adalah Nabi Isa atau Jesus.

Aku jadi binggung….

SJ : Olga, saya rasa awak tak faham soalan saya. Cuba awak fikir, tak mungkin orang tua itu Tuhan. Saya kata tak mungkin sebab Tuhan tak mungkin jadi tua macam ini. Tuhan tak mungkin jadi beruban macam ini. Tuhan tak mungkin ada misai dan tangan macam ini.

Olga : Hmm….

SJ: Jika ini Tuhan, macam mana dia boleh control seluruh dunia ini ? Kalau bagi fahaman orang Islam, kita tak dapat bayangkan Tuhan sebab otak kita tak dapat jangkau ke tahap itu dan tak mungkin kita dapat bayangkan Tuhan.

Olga : Bukan, awak tak faham. Kami orang Kristian percaya seperti awak percaya. Cuma kami perlukan sesuatu imej supaya kami dapat sembahyang dengan feeling yang lebih baik (kusyuk).

SJ : Tapi masalahnya ini bukan Tuhan.

Olga : Tidak apa, kami sembah pada Tuhan yang betul cumanya kami cuba dapatkan feeling yang lebih kuat ini melalui imej dan icons.

SJ : OK begini. Katakan ada satu pasangan bercinta. Mereka menyintai satu sama lain. Pada suatu masa, lelaki ini merantau jauh dan gadis ini pula sangat rindu kepada lelaki itu. Untuk melepaskan rindu, perempuan ini cuba mendapatkan gambar lelaki itu tetapi tidak jumpa.
Akhirnya, adakah kamu fikir gadis ini akan mengambil gambar lelaki lain dan merasa dirinya lega sedikit kerana telah hilang kerinduan ? Alasannya gambar lelaki lain itu adalah mungkin mirip kepada kekasihnya itu.

Olga : Hmm.. Jika saya perempuan itu, tak mungkin saya akan gunakan gambar lelaki lain.

SJ : Jadi, samalah dalam hal ini. Kalau kita tak jumpa Tuhan yang kita cari, tetapi kita tahu Tuhan itu wujud dan ada. Adalah salah untuk kita ambil benda lain dan anggap ianya adalah Tuhan. Tak kira lah samada benda yang kita ambil itu gambar orang tua, lembu, matahari atau lain-lain.

Apa yang pasti, apa yang kita bayangkan itu adalah bukan Tuhan tetapi Tuhan yang sebenar itu tetap wujud. Membuat bayangan Tuhan seperti ini adalah satu penghinaan terhadap Tuhan itu sendiri.

Olga : Hmm.. Awak tak faham. Jom beredar dari sini…..

Aku : (Syukur Alhamdulillah aku dilahirkan sebagai seorang Muslim yang sekurang-kurangnya faham sedikit tentang keTuhanan)

Gambar kenangan sewaktu di Red Square. Di kiri adalah Kremlin dan di belakang adalah Historic Museum.

Gambar bersama seseorang yang mirip Stalin. Terdapat juga orang yang mirip Putin, Gorbacev dan lain-lain. (sesuatu yang mengagumkan adalah orang seperti ini bukan saja mirip secara fikizal, tetapi secara cara percakapan, pemandangan mata dan body language juga seolah-olah seorang pemimpin yang mempunyai karisma)

keh keh keh

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

14 Disember 2008

Kuala Lumpur

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

3 Responses to Mencari Tuhan Yang Sebenar

  1. hafez says:

    terima kasih kerana meneggakkan kebenaran berkenaan tuhan..
    kecewa kerana di malaysia ada yg ingin mengiktiraf kalimah Allah digunakan di bible bahasa melayu menggantikan perjataan “god”.. tak terbayang rasanya satu hari nanti gambar2 seperti ini di katakan “allah” nauzubillah

  2. jannatuzzahra says:

    pic yg last tu yg xleh blah..hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>