feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Tidak Bertajuk

Salam,


Mohon maaf kepada pembaca blog saya ini kerana saya tidak berkesempatan untuk update blog ini buat masa ini.

Yang pertamanya kerana kedai di Jalan TAR. Banyak sangat perkara yang perlu diuruskan selain dari apa yang kita biasa lihat secara pelanggan. Saya cuba untuk kongsi pengalaman-pengalaman ini Insya-Allah.

Yang keduanya, semakin ramai orang yang membuat tempahan barangan dari China melalui kami. Ini mungkin disebabkan orang agak takut untuk pergi ke luar negara kerana ancaman penyakit dan tempahan juga tinggi kerana musim hari raya semakin hampir.

Ketiganya, kerana saya baru sambung pengajian di UIA secara pengajian jarak jauh. Kelas hanya 2 minggu sekali tetapi terpaksa baca buku teks yang tebal.

(Saya juga telah batalkan lawatan saya ke Melbourne Australia yang dirancang bermula 2hb sehingga 24hb Jun 2009 atas sebab ancaman selsema babi yang berleluasa di sana. Sila baca di sini.)

Sekarang ini adalah masa sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sibuk seperti ini.

Selain itu, saya dan beberapa orang rakan merancang untuk melancong ke beberapa negara bermula pada hari raya kedua nanti selama 2 minggu. Kami merancang untuk ke negara Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakstan, Tajikistan dan mungkin Krygystan.

Setakat ini kami semuanya 5 orang. Saya, Ustaz Amin, Ibnu Hasyim, Suhaimi Ramly dan Helmee (cameraman).

Jika ada yang berminat boleh hantarkan email kepada saya. Harga tiket Emirates hanya dalam RM 1100 untuk pergi dan balik ke Tehran. Tawaran tiket ini hanya sehingga 30 June 2009. Boleh beli secara online dalam website emirates.


Sekian, terima kasih

Salam Perniagaan


Shahabudeen Jalil
28 Jun 2009
Kuala Lumpur




Bertanyalah Untuk Menjimatkan Masa

"Malu Bertanya Sesat Jalan"


Ini adalah peribahasa Melayu yang ringkas tetapi penuh dengan mesej yang berguna bagi pelbagai bidang.

BERTANYA adalah satu alat yang sangat penting untuk mendapatkan maklumat. Yang lebih penting, dengan bertanya kita dapat jimatkan masa yang banyak.

Situasi :

Rashid hendak membeli produk A buat pertama kali untuk kegunaan di kedainya.

Rashid dengan penuh semangat pergi ke pasaraya.

Pada saat ini, Rashid mempunyai 2 pilihan :

1. Bertanya pada pekerja di pasaraya itu tentang di mana terletaknya produk A.
2. Cari sendiri.

Jika Rashid memilih pilihan yang ke-2. Rashid akan membiasakan diri dengan keadaan pasaraya, melihat papan tanda yang ada di dalam pasaraya dan mencari produk yang dicari. Mungkin dia akan mengambil masa 20 minit untuk proses ini. Proses ini akan memakan masa lebih lama jika produk ini tidak ada atau kehabisan stok.

Manakala, jika Rashid memilih pilihan pertama. Rashid akan BERTANYA kepada seorang pekerja di pasaraya itu dan pekerja itu akan menunjukan tempat yang tepat ataupun memberikan jawapan bahawa produk itu tidak ada. Rashid boleh menuju ke pasaraya lain.

Pilihan pertama - 2 minit
Pilihan kedua - lebih 20 minit

Kesimpulan : Bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui.

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (QS. An Nahl: 43 dan Al Anbiya’: 7)

Dengan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui, kita seolah-olah berdiri di atas bahu gergasi yang tinggi.

Kelebihan : Menjimatkan masa dan lebih selamat dari membuat kesalahan.

Bertanya Dalam Perniagaan

Dalam bidang perniagaan,

Menjimatkan masa = menjimatkan wang = memberi keuntungan
Kurang membuat kesalahan = menjimatkan wang = memberi keuntungan.

Jadi banyakan bertanya kepada mereka yang pernah melalui jalan yang sama. Pada waktu yang sama, amalkan berkongsi pengalaman peribadi anda kepada orang yang sedang melalui jalan yang pernah kita lalui.

Di mana untuk bertanya ?

1. Berkawan dengan orang yang lebih berpengalaman
2. Membaca forum-forum di internet yang berkaitan dengan perniagaan.
3. Baca buku-buku tentang pengalaman perniagaan.
4. Hadiri seminar-seminar yang mengajarkan tentang perniagaan.
5. Ikuti blog-blog usahawan lain.

Jangan malu bertanya, anda akan menjadi usahawan yang lebih berjaya.


Salam Perniagaan

Shahabudeen Jalil
10 Jun 2009
Kuala Lumpur