Artikel Utusan pada Jumaat, 30 Januari 2009
Pada 27 Disember 2008, saya bertolak dengan kapal terbang dari Guangzhou ke Kunming. Rakan saya, Harun seorang Cina Muslim menanti di lapangan terbang Kunming walaupun kapal terbang ini belum bertolak dari Guangzhou. Perjalanan kami itu mengambil masa dua jam 40 minit. Kunming adalah sebuah bandar seolah-olah seperti bandar Ipoh tetapi orang Islam tidak ramai di sini. Pada keesokannya, kami bertolak ke Jian Shui, suatu bandar kecil, kira-kira 220 km dari Kunming yang mempunyai kira-kira 30 peratus orang Islam. Kami dibawa oleh Harun ke satu madrasah tempat beliau pernah menimba ilmu. Kami disambut dengan meriah oleh Ustaz Ibrahim, mudir di situ serta pelajar-pelajar lain yang berjumlah kira-kira 40 orang. Kemudian, kami dibawa oleh Harun serta rakan-rakannya ke sebuah penempatan Islam kira-kira 50 km dari Jian Shui. Penempatan ini bernama Sha Tian dan kawasannya tidaklah besar tetapi mempunyai kira-kira 15 buah masjid yang terdiri daripada masjid lama dan baru dengan pelbagai saiz. Selain itu, di sini juga terdapat banyak madrasah-madrasah di mana beratus-ratus orang pelajar mempelajari agama Islam dan bahasa Arab. Selain itu, terdapat ramai gadis-gadis Muslim yang bertudung dan berpurdah. Link utusan di sini 
Mencari saudara Islam di Kunming, China

p/s : Terima Kasih Utusan.
Friday, January 30, 2009 | 0 Comments
Membuat Keputusan Yang Pantas

Banyak kenangan manis yang tersimpan di hati sewaktu belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, antaranya sewaktu mewakili sekolah sehingga kami menjadi Juara Malaysia dalam pertandingan antara Sekolah-sekolah Premier 1999. (Juga yang lebih manis apabila membelasah MCKK dalam peringkat suku akhir pertandingan ini.)
Antaranya adalah tentang menepati masa, berusaha bersungguh-sungguh, menghormati orang yang lebih tua, kaedah bekerja dalam kumpulan, kaedah membuat keputusan pantas dan lain-lain.
Friday, January 30, 2009 | 1 Comments
HAMKA : Tafsir Al-Azhar
Dalam sebulan dua ini, saya merasakan seperti saya perlu membaca "Tafsir Al-Azhar" tulisan Hamka. Beberapa orang kawan yang saya jumpa juga mengesyorkan membaca tafsir ini. Banyak sedutan-sedutan cerita dalam tafsir ini diceritakan semula hingga membangkitkan nafsu untuk membeli jilid buku ini.
Buku bahasa Melayu yang baru Datuk baca?
Baru-baru ini saya ada membaca kitab hadis dalam bahasa Melayu dan satu set lengkap berkenaan himpunan buku-buku tulisan Prof. Hamka yang diberikan oleh rakan baik saya. Daripada pemerhatian saya, jelaslah bahawa bahasa kita cukup cantik dalam meyampaikan idea yang berunsur falsafah dan agama. Itu harus kita akui.
Shahabudeen Jalil
Thursday, January 29, 2009 | 4 Comments
Dimarahi Kerana Enggan Beri Rasuah
Tengahari tadi, saya diajak oleh seorang rakan saya dari Shah Alam untuk sama-sama makan tengahari di kawasan Keramat.
Tak tahu sejauh mana saya dan rakan-rakan lain dapat bertahan. Moga Allah kuatkan pegangan Insya-Allah.
Thursday, January 29, 2009 | 2 Comments
Karnival "Doa Buat Palestin "
Wednesday, January 28, 2009 | 0 Comments
Kekejaman Kerajaan Thailand Ke Atas Masyarakat Islam Rohingya - Bahagian 2
Wednesday, January 28, 2009 | 0 Comments
Kekejaman Kerajaan Thailand Ke Atas Masyarakat Islam Rohingya
"Kami akan menahan bot-boat mereka, menanggalkan enjin bot ini. Seterusnya bot mereka akan ditunda ke tengah-tengah lautan dan kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana tempat lain. Jika kami tidak berbuat begini, mereka ini akan kembali semula ke sini"

Tuesday, January 27, 2009 | 0 Comments
Berita Kepada Kawan : Ebiet G. Ade
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih …
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Lagu/syair yang berkualiti tinggi, musik yang menenangkan, lirik yang bermakna dan berpuitis. Lengkap sebagai satu karya yang mendidik dan menghiburkan.
Selamat menikmati nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita melalui insan bernama Ebiet G. Ade. (Mungkin ramai yang tidak perasan, lagu Camelia yang dinyanyikan semula oleh Ramli Sarip adalah milik Ebiet G. Ade)
Tuesday, January 27, 2009 | 0 Comments
Bela Anjing Haram ke Tidak ???
Yang lebih menarik, blogger itu mengunakan pula ayat-ayat Quran, nama ulama' dan keratan akhbar untuk menguatkan apa yang dikatakannya itu betul.
Sehingga pembaca blog itu menjadi keliru pula. Jika dilihat pada shoutboxnya pula, ramai juga yang menyokong tindakannya.
Pelik juga. Tapi seperti biasa, ustaz-ustaz pengecut kita akan berdiam diri dan tidak bersuara dalam hal-hal ini.
Harapan yang tinggal hanyalah kepada Ustaz Asri untuk menjawab persoalan-persoalan sebegini. Ustaz lain sekadar ambil envelope selepas ceramah kat surau dan masjid. Takut bercakap, sebab takut tak dapat envelope.
Blog Pembela anjing : http://kittun.blogspot.com/
Tuesday, January 27, 2009 | 5 Comments
Gerhana Matahari Separa Pada Hari Tahun Baru Cina
Pada 26hb Januari 2009, kaum Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina. Dalam hari yang sama, pada sebelah petangnya kita di Malaysia mampu melihat gerhana matahari separa.
Maklumat lanjut tentang Gerhana Matahari Separa ini boleh dilihat di sini
Hari ini saya masih di Guangzhou dan berpeluang untuk melawat "Pasar Bunga" yang menjadi tumpuan masyarakat Cina di sini untuk berkunjung membeli bunga, pohon limau, buah limau dan barang-barang hiasan lain sempena Tahun Baru Cina.
Saya juga ingin merakamkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan Cina saya di Malaysia dan di sini.
GONG XI FA CAI.
Shahabudeen Jalil
25 Januari 2009
Guangzhou, China.
Sunday, January 25, 2009 | 0 Comments
Derita Seorang Ibu ?
Cuba lihat video di atas.
Dimanakah perikemanusiaan kita ?
Jika kita lantang mengutuk penyeksaan askar Amerika terhadap umat Islam, kenapa dibiarkan penyiksaan serupa berlaku di negara kita ?
Bayangkan perkara serupa berlaku kepada anak, suami, abang atau adik anda sendiri. Walau sejahat mana pun orang itu, terdapat saluran yang lebih baik untuk menghukum. Tidak sekali-kali dengan penyiksaan sebegini.
Akhbar kita pula lebih berminat untuk tahu bagaimana mereka dapat menceroboh masuk ke rumah mayat, dan bukan kenapa mayat ini sebegini rupa.
Jika perkara sebegini terus berulang bagi orang India di Malaysia, kita tak dapat salahkan orang lain jika kaum ini bertindak untuk melakukan perkara lebih dasyat seperti serangan berani mati atau serangan hendap kepada kaum lain kerana merasakan mereka tertindas di negara ini.
Lebih baik mencegah dari mengubati.
Pemimpin semua kaum perlu bangkit untuk bersuara dalam isu ini.
Sunday, January 25, 2009 | 0 Comments
Politik Baru : Dato' Saifuddin Abdullah

Petang tadi sewaktu menghadiri pelancaran "Global Entrepreneur Week", terjumpa sekali lagi dengan Dato' Saifuddin Abdullah, timbalan menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Beliau hadir sebagai tetamu kehormat dalam majlis ini.

Thursday, January 22, 2009 | 0 Comments
Berjudi Lebih Menguntungkan Berbanding MLM
"Semua data ini dari sumber yang betul" kata seorang rakan baik saya dalam ruangan chatting di yahoo mesengger setelah saya meminta beliau untuk meneliti data yang sudah seminggu saya temui di ruangan internet.
Wednesday, January 21, 2009 | 6 Comments
Konvensyen Usahawan Bumiputera 2009
Untuk Maklumat semua, MATRADE akan menganjurkan Konvensyen Usahawan Bumiputera 2009.
Wednesday, January 21, 2009 | 0 Comments
Catatan
Salam,
Namun, adalah bagus sekiranya kita jadikan ruang blog ini untuk sama-sama berbincang dan bukan mengutuk dengan mengeluarkan kata-kata kasar.
Tuesday, January 20, 2009 | 1 Comments
Kepala Babi Dalam Surau Akademi Islam UM
Pada pagi ini, telah ditemui kepala babi di atas bendera PAS dan ditulis "PMI, PRO-M, PAS" di surau Akademi Islam Universiti Malaya. Kebetulan hari ini saya membawa tetamu saya, Ustaz Ibrahim dari China bertemu dengan Ustaz Muhamad di Shah Alam.
Friday, January 16, 2009 | 1 Comments
Ada Apa Pada Nama ?
Alur Setar, Alor Setar, Alor Star dan kini Alor Star
Wednesday, January 14, 2009 | 0 Comments
MLM mengikut pandangan Syariah
Memandangkan artikel saya yang lepas bertajuk Tolong Jangan Hubungi Saya Untuk Promote MLM mendapat pelbagai kecaman. Saya tercari-cari apakah pandangan Islam terhadap MLM seperti ini ? Tidak adakah Ustaz yang memberi pandangan sehingga gejala ini menjadi-jadi sejak berpuluh tahun lamanya ?
Wednesday, January 14, 2009 | 12 Comments
Pengalaman Bertemu Exco Kanan Negeri Kedah
Beberapa hari lepas, saya bersama seorang lagi kawan bertolak ke Alor Star setelah membuat temujanji untuk bertemu dengan seorang Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang berkaitan dengan pertanian, YB PZ (kebetulan pula kawan saya ini adalah kawan lama kepada Exco tersebut) . Temujanji dilakukan melalui seorang Pengarah Penerangan PAS Negeri Kedah dan temujanji itu disampaikan kepada Pegawai Khas (PK) beliau.
Kami pun masuk selepas kira-kira 5 minit. Di dalam bilik Exco yang besar ini, beliau mula meraban (merepek).
"Aku dok dengaq kat KL orang dok kata susah sangat nak jumpa hang. Kebetulan kawan aku nie buat temujanji. Aku saja ikut dia nak mai ziarah hang. Maklumlah kita dah tak jumpa lebih 10 tahun"
"Lain kali, you nak datang, buat appointment dulu. Jangan main terjah macam ni saja."
"Dato', kami sebenarnya dah buat appointment ini sejak 3 hari lepas. Mungkin Dato' yang tak check. Ini bukan salah kami. Kami pun tahu prosedur untuk datang jauh macam ini untuk jumpa Dato'"
Pembantu khas beliau menjawab.
Tuesday, January 13, 2009 | 24 Comments
Apa Kata Akhir Ibu Ini Kepada Anaknya ?





Friday, January 09, 2009 | 0 Comments
Tolong Jangan Hubungi Saya Untuk Promote MLM
Baru-baru ini sewaktu di Guangzhou, saya terima satu sms dari satu nombor yang tidak dikenali dan bertanya saya di mana ? Saya pun jawab, saya di Guangzhou, China.
Sunday, January 04, 2009 | 18 Comments
Remaja di Bawah Umur 16 Tahun Dilarang Keluar Malam
Bermula hari ini, remaja bawah 16 tahun di Wilayah Guangdong tidak dibenarkan berada di luar dari rumah pada waktu malam. Ibubapa remaja ini akan didenda jika tidak menuruti undang-undang ini.
GUANGZHOU - Children under 16 should not stay out overnight or live alone outside their families, according to a new regulation on minors' protection in south China's Guangdong Province.
The regulation, which goes into effect on January 1, but did not specify the deadline for minors to go home at night.
The regulation emphasized the responsibilities of parents or guardians to protect minors from addiction to the Internet, alcohol, cigarettes, or leading a vagrant life, said Yang Jianguang who was in charge of drafting the regulation.
"These are the new problems threatening the growth of minors, or children under 18, since Chinese society has seen significant changes in recent years," he said. The regulation comes as an amendment to the 1989 version.
Minors should not stay alone in vehicles without the care of their parents of guardians. Children under 12 should not be seated beside the driver, according to the regulation.
The regulation also stipulates schools provide more toilets for girl students.
China's revised law on protection of minors went into effect on June 1, 2007, based on which local authorities have their own and specific regulations.
Thursday, January 01, 2009 | 0 Comments


.jpg)
.jpg)
.jpg)
