Di atas adalah keratan yang menunjukan penulis Zaini Hassan mogok menulis pada minggu ini. Dan dibawah pula adalah surat saya kepada Utusan Malaysia yang disiarkan.

India Malaysia bersyukurlah
SAYA merujuk kepada artikel saudara Zaini Hassan bertajuk Alkisah India di India dan India di Malaysia.
Saya boleh dikategorikan sebagai DKK seperti yang disebutkan oleh saudara Zaini Hassan dalam cuitan beliau. Saya ingin menceritakan pengalaman serta kisah yang diceritakan oleh ayah saya mengenai asal- usul orang India di Malaysia.
Saya ke Madurai, Tamil Nadu, tempat asal ibu saya baru-baru ini. Kebanyakan orang India yang berada di Malaysia pada hari ini sama ada Islam atau Hindu berasal dari wilayah ini. Kisah suasana di India telah diceritakan dengan tepat dan terperinci oleh saudara Zaini dalam artikelnya.
Sewaktu di India, saya berulang kali bersyukur kepada datuk dan moyang saya yang membuat keputusan nekad untuk berpindah ke Tanah Melayu pada zaman itu. Saya sering juga berkata kepada ayah saya, jika datuk dan moyang saya masih hidup, sudah pasti mereka adalah orang yang saya akan peluk erat dan ucap terima kasih kerana membawa keturunan kami ke Tanah Melayu.
Saya mula bertanya kepada ayah saya tentang apa yang dia tahu tentang asal-usul orang India di Malaysia.
Ayah saya menceritakan bahawa orang India di Malaysia terbahagi kepada dua golongan utama iaitu orang Hindu dan orang Islam. Orang Islam terdiri daripada peniaga dan pekerja kapal yang datang berdagang ke Tanah Melayu sejak zaman Melaka dan pada 100 tahun kebelakangan ini mereka lebih banyak berpusat di Pulau Pinang.
Sebab itulah majoriti orang India Muslim berada di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ramai juga yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan ramai juga yang sudah terasimilasi dalam bangsa Melayu. Ramai yang tidak tahu lagi bercakap Tamil walaupun paras wajahnya pekat India.
”Bagaimana pula dengan orang Hindu dan kenapa kebanyakan mereka berada di estet?” tanya saya kepada ayah saya seperti seorang budak kecil yang ingin tahu.
Mereka ini telah diambil oleh British dari Tamil Nadu dan dibawa ke Tanah Melayu untuk mengusahakan ladang getah milik British. Mereka ini tidak mendapat gaji tetap. Sekadar diberikan duit untuk makan minum serta sedikit duit lebihan untuk minum arak dan berjudi.
”Jika begitu, teruklah orang British ini. Mereka menipu orang India Hindu ini,” kata saya kerana berasa terganggu dengan tindakan kejam British ini.
Ayah saya menyambung hujahnya bahawa saya tidak tahu menahu bagaimana kehidupan orang India yang dibawa ke Malaysia sewaktu mereka di India. Mereka ini bersetuju untuk bersama British kerana keadaan mereka di kampung mereka itu tersangat teruk. Mereka ini bukan sahaja menjadi hamba kepada seorang tuan, malah mereka ini akan diperlakukan sebagai hamba untuk sebuah kampung.
Untuk mencari sesuap nasi pun sangat susah pada musim kering. Untuk mendapatkan air, mereka perlu berjalan sejauh 10-15 kilometer. Anak- anak mereka tidak mendapat pendidikan langsung. Malah anak-anak ini akan dilatih untuk menjadi hamba untuk keturunan yang seterusnya.
Jadi kebanyakan orang India Hindu yang sampai ke Semenanjung sangat bersyukur pada zaman itu dengan kehidupan yang mereka terima di estet di Malaysia, di mana mereka tidak perlu lagi menjadi hamba kepada orang lain.
Mereka boleh hidup berkeluarga dengan bebas, boleh bekerja, mendapat sedikit duit untuk makan. Ini adalah jasa besar British kepada mereka.
Saya terdiam. Dalam kekejaman British itu rupanya terdapat hikmah.
Bukanlah niat penulis ingin mengungkit kisah lama atau menghina sesiapa. Tiada apa yang hina dalam menyatakan kebenaran.
Sepatutnya orang India di Malaysia perlu bersyukur dengan apa yang mereka ada pada hari ini. Pendidikan sehingga mereka mampu bercakap dengan berani. Makanan yang mewah. Rumah yang luas dan selamat. Kenderaan untuk ke sana dan ke mari.
Terima kasih juga kepada orang Melayu yang telah menerima bangsa asing ini dengan hati terbuka untuk berkongsi tanah bertuah ini. Sehingga kepada apa yang kita ada pada hari ini. Sebuah negara berbilang kaum yang aman damai dan sejahtera. Moga Tuhan kekalkan apa yang kita ada pada hari ini. Bersyukurlah.
Malaysia tidaklah buruk seperti kata saudara Zaini Hassan.
SHAHABUDEEN JALIL
DKK
Pautan Utusan di sini
Terima kasih
Shahabudeen Jalil
updates 5.00 ptg, 16 Dis 2009
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star Kedah. Melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.



Salam,
1. human movement is good. konsep tanah air adalah satu konsep yang
akan obsolete dalam masa 200 tahun lagi. pada masa itu, jumlah native
diaspora akan menjadi sama, jika tidak lebih banyak daripada golongan
native yang tinggal di tanah air. sekarang pun, banyak negara yg
mempunyai % diaspora yang ramai — contoh: bangladesh, israel,
lebanon, iran. disebabkan kemudahan transportation pada zaman ini,
manusia lebih cenderung memilih tempat tinggal yang lebih selesa dan
sesuai dengan fahaman politik/agama/sosial seseorang.
2. pada zaman dulu, human transportation ni susah, jadi pergerakan
manusia secara skala besar ni merupakan event yang penting dalam
sejarah (orang india datang ke tanah melayu, orang british lari pergi
ke amerika, orang XXX pergi ke negara YYY). dan pada masa itu,
golongan pendatang ni mempunyai hidup yang susah walaupun secara
relatif lebih selesa dari keadaan di negara sendiri.
sambung…
3. Golongan pendatang selalunya assimilate dengan baik. ia mengambil
masa lebih 100 tahun dari menjadi golongan yg tidak disukai (contoh,
italian immigrant ke america pada abad ke 19) kepada golongan yg
biasa.
4. tapi persoalannya, kenapa kaum hindu india di malaysia, masih
menjadi criminal class (ayat lim kit siang)? walaupun ramai india yg
jadi professional (lawyer, doctor, etc), tapi kebanyakkan kaum india
masih hidup di dalam kemiskinan dan ramai menjadi penjenayah.
5. apa yg perlu difikirkan kenapa golongan India tak seperti orang
Cina yang boleh dominan dalam bidang ekonomi walaupun handicap mereka
sama seperti kaum india
6. adakah kerana GENETIK?
Harap pembaca lain juga beri pendapat mereka
suhaimi punye point mmg ade kelasss…jd aku cube menjawab point suhami no 3 n 4..so pendapat aku(mungkin kurang tepat sbb pengetahuan aku terhadap sejarah kaum india ni sgt limited):
1. kaum india di malaysia masih lg menerima budaya 'kasta'. walaupun mungkin mereka tidak mengaku mengamalkan budaya kasta secara terbuka, mereka mungkin secara senyap2 mengamalkan budaya kasta ni. contohnye orang2 india yg kaya akan assume diri diorg berkasta tinggi dan mereka tidak perlu utk memandang kebawah walaupon dulunya mereka mungkin berasal dari keluarga kasta rendah. jadi so- called india kasta tinggi ni akan mengabaikan india2 yg lain ataupon mereka mungkin melayan india2 yg "kasta rendah" ni secara acuh tak acuh. jadi bg aku budaya kasta yg masih kuat diamalkan dalam komuniti india ni yg buat org2 india ni terbahagi kepada golongan atasan dan golongan bawahan.
2. golongan india tidak dominan dalam ekonomi mungkin kerana dahulunya mereka bertapak dalam bidang toreh menoreh getah ni. hanya duduk dalam ladang org puteh bwat kerja. jadi pengalaman utk bwat bisnes sgt kurang. itu bezanya dgn org cina sbb org cina ramai yg jadi pedagang dan setup bisnes di tanah melayu sejak dulu. lagi pon diorg duduk kt bandar. so bile getah dah kurang, org2 india ni masuk ke bandar2 nk cari kerja. dat time org2 cina dah stable dgn bisnes diorg. so kurangla org india yg bleh setup bisnes. maksud aku bukan xde org india setup bisnes. ade tetapi kurang berbanding cina sbb org india lame menghabiskan mase bekerja dalam ladang. kat ladang2 kurang kerja, kat bandar2 pon kurang kerja yg boleh dibuat oleh org2 india ni.
3. orang india "kasta rendah" ni dianggap 'sampah' oleh masyarakat bandar ni dan komuniti bandar susah utk menerima kehadiran golongan india kasta rendah ni. jadi bile org2 india kasta rendah ni diabaikan atau dilayan secara acuh tak acuh oleh kaum india sendiri mahupon org2 lain, maka berlakulah masalah sosial di kalangan kaum india yg xde kerja. so few dari mereka2 ni pon transform jadi criminal class instead of working class.
haa itula serba sedikit pendapat dan komen aku terhadap point suhaimy.
**minta jalil atau suhaimi boleh beri komen terhadap pendapat aku ni.
Aku rasa orang india nie tak ada kesatuan yang kuat. Diorang mudah jer bergaduh sesama sendiri.
Diorang kurang perasaaan kekeluargaan berbanding dengan orang Cina dan org Melayu. Orang Cina dalam DAP dan BN pun ada titik pertemuaan dan ada batasan yang tidak akan dilangkaui.
Orang Melayu dlm PAS dan UMNO pun ada titik pertemuan dan ada batasan yang tidak akan dilangkaui.
Orang India tak ada. Lawan tetap lawan, lawan sampai hancur.
ohh point jalil pasal org india xbersatu tu aku mmg xpernah tau. adakah mungkin budaya kasta mengasta ni menyebabkan org india sukar bersatu?
"bersatu kita bersatu"…lahanat punye umno…
Tapi India Muslim (mamak) boleh berjaya. kenapa pula