Bagaimana membuatkan syarikat anda diingati oleh pelanggan ?
Apabila anda bercakap dengan pelanggan…
Apabila anda mengiklankan produk anda…
Apabila anda membuat kenyataan akhbar…
Apabila anda menulis dalam website…
Anda akan bercakap
- Kami mempunyai perkhidmatan ini dan itu..
- Kami mampu menyediakan ini dan itu..
- Kami telah meningkatkan nilai barangan kami…
Lebih banyak anda bercakap, lebih banyak anda promosikan perkataan KAMI.
Jadi, elakkan penggunaan kata panggilan KAMI….
Tukarkan perkataan KAMI itu dengan nama syarikat anda.
Contohnya jika nama syarikat anda Dentuman Niaga
Anda perlu bercakap begini…
- Dentuman Niaga mempunyai perkhidmatan ini dan itu..
- Dentuman Niaga mampu menyediakan ini dan itu..
- Dentuman Niaga telah meningkatkan kualiti servisnya..
Otak manusia berfungsi dengan menyukai sesuatu yang dikenali. Lebih banyak kita mendengar sesuatu, menulis sesuatu atau melihat sesuatu, kita akan lebih menyukainya.
Manusia takut kepada sesuatu yang tidak dikenali. Takut terhadap ketidakpastian.
Nama yang sering kita temui akan menjadi sebahagian dari hidup kita. Ketiadaannya membuatkan kita rindu.
Jadi untuk mewujudkan jenama perniagaan anda, tukar penggunaan perkataan kami kepada nama perniagaan atau nama jenama anda.
DENTUMAN NIAGA
Sekian, terima kasih
Salam Perniagaan,
Shahabudeen Jalil
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah
Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
good info..
Betul jugak tu….Patut le ada orang bagi nama perniagaan/company pelik2…..mungkin itu satu faktor/stratergi agaknya sebab nak suruh org mudah ingat di fikiran contohnya…perniagaan Benteng Dunia, Perniagaan Hj Gagap, Hujung langit S/B dan sebagainya…hahahaha
Setia Awang Sa
Very helpful tips! aku akan praktik kan dalam perniagaan aku…iallah…tq very much