Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Wang ?

Antara alasan orang untuk tidak mula berniaga biasanya adalah “Saya tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan”.

Terdapat banyak lagi alasan-alasan lain, tapi ini adalah alasan yang mungkin menduduki tangga pertama.
Saya akan tunjukan 3 cara memulakan perniagaan tanpa modal. Insya-Allah.
Sebelum itu, apabila kita tak ada modal, bermaksud kita tak ada duit lebihan. Jadi kita tak perlu nak malu-malu dengan sesiapa. Perangai malu tak bertempat ini perangai yang memakan kos yang sangat tinggi. Kerana perangai ini akan menyekat pintu rezeki kita.
Kembali kepada topik asal kita, bagaimana memulakan bisnes tanpa wang ?
1. SEDIAKAN PERKHIDMATAN. Apa saja perkhidmatan.
“Tapi perkhidmatan apa ? aku tak tahu buat apa-apa”, kata seseorang.
Kalau kita tak tahu buat apa sekalipun, tentu ada sesuatu yang kita tahu buat. Bercakap, menulis, menaip, menaiki motosikal, memandu kereta dan sebagainya.
Gunakan salah satu dari kemahiran yang ada ini dan berikan perkhidmatan kepada orang lain. Mudahkan kerja orang lain, jimatkan masa orang lain dan puaskan hati orang lain. Balasan kepada semua ini adalah wang.
Contohnya
Jika anda boleh menunggang motosikal, mungkin anda boleh pergi kutip bil-bil elektrik, air dan telefon dari setiap rumah dan pergi bayarkan bil itu. Kenakan charge RM 2 untuk setiap bil. Saya yakin orang akan menghargai perkhidmatan anda.
Mudahkan kerja orang, jimatkan masa orang dan puaskan hati orang. Dapatkan duit bagi perkhidmatan anda.
Sebenarnya terdapat banyak peluang dalam semua kemahiran yang kita ada. (Walaupun kita tidak semahir mana)
Untuk berniaga juga, kita perlu bermula dari satu-satu titik. Tidak mungkin orang akan terus melantik anda menjadi pemegang saham terbesar dalam mana-mana syarikat setelah anda membuka mata dari tidur hari ini.
Kita perlu bermula dari satu titik. Titik ini boleh bermula di mana saja dalam apa jua kerja.
2. TAWARKAN PERKHIDMATAN tanpa risiko.
Ini lebih menarik berbanding dengan yang pertama dan ini lebih mencabar dan berisiko. Namun berita baiknya anda tidak perlukan modal untuk mulakan ini.
Tawarkan perkhidmatan anda dengan bayaran balas apabila klien anda mendapat kepuasan atau keuntungan.
Contohnya,
Anda pergi ke satu pejabat, dan anda minta berjumpa dengan ketua pejabat tersebut. Kemudiannya anda tawarkan perkhidmatan anda.
“Saya tawarkan untuk bersihkan pejabat anda ini dengan bayaran RM 300 sebulan, tetapi anda hanya perlu bayar jika anda puas hati. Jika tuan tidak puas hati, tidur perlu bayar.”
Jika klien berkata TIDAK : DIA yang rugi, bukan kita.
Jika klien berkata YA : yey yey yey, untung-untung.
Teruskan kaedah yang sama di pejabat-pejabat lain. Ramai yang akan berkata tidak, tetapi terdapat peratusan manusia yang memerlukan dan mencari perkhidmatan ini. Mereka sanggup membayar untuk ini.
3. Menjadi wakil kepada peniaga lain.
Adalah lebih baik jika kita berhubung dengan peniaga lain. Contohnya kita boleh tawarkan untuk meningkatkan jualan dengan menjual barangan peniaga tersebut.
- Menjual pakej pelancongan sebagai wakil kepada agensi pelancongan.
- Menjual kereta sebagai wakil kepada pengedar-pengedar kereta.
- Menjual pakej kursus-kursus sebagai wakil kepada penganjur kursus.
- Menjual pakej pengantin sebagai wakil kepada butik pengantin.
- Menjadi agen untuk kelas-kelas tuisyen.
- Mencari penyewa untuk menyewa rumah yang tidak diduduki.
- Mencari pembeli untuk projek perumahan baru.
- Mencari pelanggan untuk kelab-kelab golf.
Senarai seterusnya boleh difikirkan sendiri oleh usahawan. Kalau malas nak berfikir, anda mungkin lebih sesuai bekerja makan gaji.
Sebagai ejen, kita boleh membuat keuntungan dengan lebih mudah kerana kita mempunyai banyak pilihan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.
Contoh mudah, jika kita ejen kepada penjual kereta, kita mungkin boleh menjual 5-6 jenis jenama kereta yang berlainan berbanding dengan penjual kereta di kedai-kedai kereta baru yang hanya dapat menjual kereta 1 jenama sahaja
Semua ini adalah permulaan satu perniagaan.
Kita akan merasa nikmat berada di rumah setelah kita merantau jauh. Kita akan merasa nikmat makanan setelah kita berbuka puasa. Sama juga dalam perniagaan. Kita akan merasa nikmat hidup senang apabila kita pernah membuat ‘perkara-perkara gila’ untuk mendapatkan wang.
Kesimpulan. Anda tidak perlukan duit untuk memulakan perniagaan. Sediakan perkhidmatan, tawarkan tawaran perkhidmatan yang menarik dan jadi wakil kepada peniaga lain.
Jangan percaya kepada skim cepat kaya atau MLM. Ini point terakhir.
terima kasih
Shahabudeen Jalil
Kuala Lumpur
p/s : saya mengalu-alukan pandangan dari pembaca terhadap artikel-artikel yang ditulis. Jika tidak ada pandangan, maka sukar untuk saya membuat peningkataan. Lagipun semangat pun jatuh. he he he.
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

7 Responses to Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Wang ?

  1. Setia Awang Sa says:

    TAHNIAH…akhirnya,Kekunci Keyboard Dari Usahawan Kepada Usahawan…kembali aktif diketuk. Semoga terus aktif diketuk untuk catatan renungan dan senaman "panjangkan akal" usahawan.

    Tajuk yang menarik kepada bakal usahawan dan usahawan."Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Wang".Pada pandangan/tambahan saya adalah seperti berikut :-

    saya : Modal/wang adalah sinonim dengan perniagaan,Tanpa modal macam mana perniagaan boleh dijalankan.TAPI modal tidak semestinya WANG, modal juga boleh dikaitkan dengan usaha/tenaga/kerja, percakapan, idea dan sebagainya yang boleh menghasilkan WANG juga sebagai hasil dan untuk dijadikan modal kembali.

    Daripada tajuk ini, mari kita sama berfikir sejenak dengan profesional satu persoalan. Adakah Deepak Jaikishan – pengarah Carpet raya(cth:org tgh kontroversi skrg),mendiang lim goh tong dan beberapa taiko business Malaysia pada hari ini yang bukan berbangsa melayu datang dan memulakan perniagaan dengan wang?

    ATAU untuk lebih jelas lagi; bagaimana kumpulan-kumpulan tauke pakistan, india, kemboja di jalan TAR KL boleh memiliki perniagaan yg besar dan kita berkerja untuk mereka, sedangkan mereka hanya mungkin datang sebagai pelarian, perantau,PATI atau sebagainya tanpa apa2.Adakah mereka ada wang/modal untuk memulakan perniagaan pada awalnya?

    Mari kita berfikir dan menjawab persoalan ini…..mungkin perincian SJ dalam topik ini adalah modal sebenar @ kaedah mereka memulakan perniagaan tanpa wang…..:)

    Saya bukan bermaksud merendahkan bangsa apabila menimbulkan persoalan berkaitan mereka yg bukan berbangsa melayu. Hanya sekadar untuk motivasi bagi memajukan diri, ambil yang baik buang yang buruk.Sekarang, "melayu telah bangkit".contohnya melayu dapat menguasai pasaran import barangan dari china, sekurang-kurangnya barangan yg hanya digunakan oleh bangsa melayu itu sendiri. Teruslah bangkit… Teruskan usaha….Syabas kepada mereka yang telah berjaya….semoga menjadi model kepada saya dan masyarakat.'ana' follow you all nanti Insya-Allah….

    Mari kita bersama cerminkan diri dan panjangkan akal kita…..untuk agama, bangsa & negara.

    p/s : sekadar menghangatkan topik. Buat SJ, saya suka cara(3)….bagus promo nampak..hehehe….

    by
    Setia Awang Sa
    KL

  2. Shahabudeen Jalil says:

    Terima kasih atas komen saudara. Betul cakap saudara, modal bukan saja berbentuk kewangan tetapi juga modal dari segi kemahiran dan apa saja yang ada dalam diri kita.

    terima kasih.

  3. greenhall says:

    salam.
    saya baru diperkenalkan dengan blog ini oleh seorang kawan.

    saya harap saudara sj dapat terus berkongsi segala ilmu yang saudara miliki dengan kami.

    amat berguna bagi orang seperti saya yang zero mengenai perniagaan, tetapi pada masa yang sama bercitacita untuk mengamalkan sunnah nabi kita.

    semoga kita semua sentiasa diberkati.

  4. Suhaili Joli says:

    saya suka blog ini.

  5. whatthefishcake says:

    Tahniah…tpi kenapa ckap tanpa pandangan dari pmbaca smagat anda akn jtuh padahal anda la yg beri smagat kpd pmbaca..hehehe….

  6. nety says:

    satu masalah mlm yg saya x brp suka . maintain bulanan……

  7. primus kajuice says:

    salam sejahtera ..saya setuju sangat dengan Setia Awang Sa..kat KL mahupun dimana-mana di bandar di Malaysia peniaga orang bukan Malaysia suda melebihi 50%..di Subang orang Banglah mempunyai kedai runcit sendiri..itu baru 1 tempat..klu dikira di seluruh Malaysia?..idea2 dlm blog ini ‘Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Wang’ sungguh memberi semangat pada saya..TQ ..SJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>