Perbandingan Sistem Ekonomi

Secara umum terdapat 4 jenis sistem ekonomi utama yang ada di dunia kita.

1. Sistem Ekonomi Tradisional
2. Sistem Ekonomi Kapitalis
3. Sistem Ekonomi Sosialis
4. Sistem Ekonomi Islam
Dalam artikel ini kita akan membuat perbandingan tentang keempat-empat sistem ekonomi utama yang asas ini.

Persoalan yang kita akan jawab adalah Apa ? Bagaimana ? dan Untuk Siapa ?

Apa yang dihasilkan ?
Tradisional - Apa saja yang dapat menampung keluarga
Kapitalis - Apa yang syarikat fikir dimahukan pengguna dan boleh dibuat keuntungan.
Sosialis - Apa yang kerajaan pusat fikir diperlukan oleh rakyat.
Islam - Apa yang halal dan diperlukan oleh masyarat. Tidak berlaku pembaziran.
Bagaimana menghasilkan ?
Tradisional - Dihasilkan secara tradisional. Berfokus kepada pertanian dan perdagangan hasil bumi seperti arang, timah dan emas.
Kapitalis - Pengeluar akan menentukan kaedah pengeluaran dengan menitik-beratkan soal keuntungan.
Sosialis - Ditentukan oleh kerajaan pusat. Menitik-beratkan soal kepentingan ramai.
Islam - Pengeluar akan menentukan kaedah pengeluaran dengan menitik-beratkan soal keuntungan serta kepentingan ramai.
Untuk Siapa ?
Tradisional – Pembahagian ekonomi berdasarkan status masyarakat. Sistem barter memainkan peranan yang sangat penting.
Kapitalis – Pembahagian ekonomi berdasarkan kemampuan individu dan kekayaan keturunan.
Sosialis – Pembahagian ekonomi berdasarkan keperluan masyarakat seperti yang dinilai oleh kerajaan pusat.
Islam – Kerajaan pusat perlu menyediakan keperluan asas kepada rakyat.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
13 Julai 2009
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

7 Responses to Perbandingan Sistem Ekonomi

  1. Ibnu Hasyim says:

    Ya. Sila buka kuliah ekonomi.. Baik untuk generasi remaja masa kini.. bawa ke arah Islam..

  2. Shahabudeen Jalil says:

    Terima kasih.

  3. Mohd Shubhi says:

    Prinsip Kapitalis: "Winners get all"
    Kapitalis kata "with our system, anyone can become rich"

    Socialis kata " With our system, everybody is equaly rich"

    Kapitalis kata pada socialis, "with your system, everybody become equally poor"

    Socialis kata pada kapitalis " with your system rich people become richer, poor people become poorer"

    Disini peranan penguasa atau kerajaan yang bertanggungjawab mengambil hak orang miskin dari orang kaya melalui zakat dan seumpamanya, mengambil hak orang yang lemah dari yang kuat dengan berlaku adil dalam hukuman.

    Wallahua'lam. Sekadar coretan…

  4. zerocredit says:

    lagi satu hang kena jelaskan berkaitan " berapa ".

    1.apa
    2.berapa
    3.bagaimana
    4.untuk siapa.

  5. Qorie Afifi says:

    Seharusnya pengaturan keempat-empat ekonomi yang tuan nyatakan harus didahulukan ekonomi Islam di no 1. Ekonomi Islam tidak harus diletakan di paling bawah. Ini adalah etika penulisan menurut Islam. Jika ekonomi Islam berada di urutan ke 4 , ini bermakna ekonomi Islam bukanlah yang paling utama.

    Ekonomi Islam telah bermula semenjak zaman nabi Yusof lagi hinggalah ke hari ini….
    Persoalan ekonomi bukanlah merupakan satu persoalan yang baru dalam sejarah peradaban manusia kerana kegiatan ekonomi itu sendiri merupakan sebahagian dari kehidupan umat sejagat.

    Nas dari Al- Quran awal-awal lagi telah menyebut kisah Nabi Allah Yusuf a.s dalam urusan yang dinamakan sekarang ini EKONOMI (IQTISAD ).

    Allah telah berfirman dalam al-quran yang bermaksud :

    Berkata Yusuf " Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan Negara ( Mesir ) , sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan".

    (Surah Yusuf 12:55 )

    Rancangan yang dikemukan oleh Nabi Yusuf kepada pembesar Mesir untuk mengatur urusan pembekalan makanan demi menghadapi malapetaka
    ( kemarau ) yang dijangkakan berlaku meruapakan asas bagi ilmu ekonomi ( Babilli , 1988:18 ).

    Agak tepat juga jika dikatakan bahawa pada zaman Nabi Yusuflah terasasnya ilmu ekonomi Islam
    (*1). Dengan itu , Islamlah yang mula-mula memberikan isyarat kepada ilmu ini dengan bahasa yang unik ( Babilli, 1988:18 ).

    (*1) – agama yang dibawa oleh setiap Rasul ialah Islam , termasuk Nabi Yusuf sendiri. Begitu juga Rasul-rasul yang diutus sebelum beliau (lihat al-quran 2:131 – 133 dan 136 , 3:83 -84). Justeru , ekonomi yang diamalkan oleh para Rasul juga merupakan ekonomi Islam.

  6. Shahabudeen Jalil says:

    Tidak ada siapa yg ckp Ekonomi Islam bukan yang terbaik. Realiti pada hari ini, ekonomi Islam berada di tahap yang paling bawah berbanding ekonomi lain. Termasuk di kalangan kita orang islam sendiri.

    Saya letakan di turutan terbawah itu.. menandakan Islam itu datang sebagai penyelesaian atau pengimbang kepada ekonomi2 lain.

    Jadi pembaca boleh nampak kelemahan sistem ekonomi lain dan boleh nampak juga kelebihan ekonomi Islam.

    terima kasih.

  7. Anonymous says:

    berapa banyak NEGARA ISLAM yang mengamalkan EKONOMI ISLAM?

    untuk pengetahuan saudara semua… hanya MALAYSIA SAHAJA yang BERJAYA MENGAPLIKASIKAN EKONOMI ISLAM…

    Kenapa ia berlaku? kerana Ekonomi ISLAM tidak menguntungkan… lepas tu PERBANKAN ISLAM di Malaysia sebenarnya palsu… cuma terma dalam ekonomi sahaja yang diubah… wahlal aktiviti RIBA masih dijalankan….

    SEKIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>