Salam,
Mohon maaf kepada pembaca blog saya ini kerana saya tidak berkesempatan untuk update blog ini buat masa ini.
Yang pertamanya kerana kedai di Jalan TAR. Banyak sangat perkara yang perlu diuruskan selain dari apa yang kita biasa lihat secara pelanggan. Saya cuba untuk kongsi pengalaman-pengalaman ini Insya-Allah.
Yang keduanya, semakin ramai orang yang membuat tempahan barangan dari China melalui kami. Ini mungkin disebabkan orang agak takut untuk pergi ke luar negara kerana ancaman penyakit dan tempahan juga tinggi kerana musim hari raya semakin hampir.
Ketiganya, kerana saya baru sambung pengajian di UIA secara pengajian jarak jauh. Kelas hanya 2 minggu sekali tetapi terpaksa baca buku teks yang tebal.
(Saya juga telah batalkan lawatan saya ke Melbourne Australia yang dirancang bermula 2hb sehingga 24hb Jun 2009 atas sebab ancaman selsema babi yang berleluasa di sana. Sila baca
di sini.)
Sekarang ini adalah masa sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sibuk seperti ini.
Selain itu, saya dan beberapa orang rakan merancang untuk melancong ke beberapa negara bermula pada hari raya kedua nanti selama 2 minggu. Kami merancang untuk ke negara Iran, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakstan, Tajikistan dan mungkin Krygystan.
Jika ada yang berminat boleh hantarkan email kepada saya. Harga tiket Emirates hanya dalam RM 1100 untuk pergi dan balik ke Tehran. Tawaran tiket ini hanya sehingga 30 June 2009. Boleh beli secara online dalam website emirates.
Sekian, terima kasih
Salam Perniagaan
Shahabudeen Jalil
28 Jun 2009
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah
Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
Apa pendapat saudara untuk pergi ke china pada waktu terdekat ini…adakah bahaya dan terdedah kepada selsema babi ini…
uia tu u buat degree ke? EBBM?
kalau nak email personally, apa ur email add ek?
EBBM
email saya shahabudeenjalil@gmail.com
terima kasih.