feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bertanyalah Untuk Menjimatkan Masa

"Malu Bertanya Sesat Jalan"


Ini adalah peribahasa Melayu yang ringkas tetapi penuh dengan mesej yang berguna bagi pelbagai bidang.

BERTANYA adalah satu alat yang sangat penting untuk mendapatkan maklumat. Yang lebih penting, dengan bertanya kita dapat jimatkan masa yang banyak.

Situasi :

Rashid hendak membeli produk A buat pertama kali untuk kegunaan di kedainya.

Rashid dengan penuh semangat pergi ke pasaraya.

Pada saat ini, Rashid mempunyai 2 pilihan :

1. Bertanya pada pekerja di pasaraya itu tentang di mana terletaknya produk A.
2. Cari sendiri.

Jika Rashid memilih pilihan yang ke-2. Rashid akan membiasakan diri dengan keadaan pasaraya, melihat papan tanda yang ada di dalam pasaraya dan mencari produk yang dicari. Mungkin dia akan mengambil masa 20 minit untuk proses ini. Proses ini akan memakan masa lebih lama jika produk ini tidak ada atau kehabisan stok.

Manakala, jika Rashid memilih pilihan pertama. Rashid akan BERTANYA kepada seorang pekerja di pasaraya itu dan pekerja itu akan menunjukan tempat yang tepat ataupun memberikan jawapan bahawa produk itu tidak ada. Rashid boleh menuju ke pasaraya lain.

Pilihan pertama - 2 minit
Pilihan kedua - lebih 20 minit

Kesimpulan : Bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui.

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (QS. An Nahl: 43 dan Al Anbiya’: 7)

Dengan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui, kita seolah-olah berdiri di atas bahu gergasi yang tinggi.

Kelebihan : Menjimatkan masa dan lebih selamat dari membuat kesalahan.

Bertanya Dalam Perniagaan

Dalam bidang perniagaan,

Menjimatkan masa = menjimatkan wang = memberi keuntungan
Kurang membuat kesalahan = menjimatkan wang = memberi keuntungan.

Jadi banyakan bertanya kepada mereka yang pernah melalui jalan yang sama. Pada waktu yang sama, amalkan berkongsi pengalaman peribadi anda kepada orang yang sedang melalui jalan yang pernah kita lalui.

Di mana untuk bertanya ?

1. Berkawan dengan orang yang lebih berpengalaman
2. Membaca forum-forum di internet yang berkaitan dengan perniagaan.
3. Baca buku-buku tentang pengalaman perniagaan.
4. Hadiri seminar-seminar yang mengajarkan tentang perniagaan.
5. Ikuti blog-blog usahawan lain.

Jangan malu bertanya, anda akan menjadi usahawan yang lebih berjaya.


Salam Perniagaan

Shahabudeen Jalil
10 Jun 2009
Kuala Lumpur




6 comments:
gravatar
Musa Othman said...
June 11, 2009 8:34 PM  

Salam En Shahabudeen..
Tuan sibuk ke sekarang..
lamagak tunggu your new write up..

gravatar
Anonymous said...
June 11, 2009 10:24 PM  

Kadang-kadang jika kita bertanya daripada rival kita - kita disesatkan lagi.
Jadi bagaimana pilih orang yang boleh dipercayai?

gravatar
Shahabudeen Jalil said...
June 12, 2009 2:22 AM  

Salam,

kita bertanya kepada orang tetapi kita sendiri yang buat keputusan samada untuk ikut atau tidak ikut. Ini terpulang kepada kita. Saya percaya ramai yang boleh dipercayai berbanding orang yang tidak boleh dipercayai.

Musa Othman, sibuk tu sibuk la jugak. Tapi penyakit malas menulis adalah yang paling betul saya tidak menulis. Saya cuba rajinkan diri untuk menulis Insya-Allah.

Terima kasih atas komen2 saudara.

gravatar
Anonymous said...
June 23, 2009 4:05 PM  

salam encik,

camna pulak kita nak layan orang yang asyik tanya benda sama banyak kali? bagaimana cara terbaik bagi menangani orang yg sebegini?

gravatar
HeroHuruHara said...
June 27, 2009 11:47 PM  

Salam SJ,

ada lebihan stok yang boleh dirunding untuk saya meniaga di Penang?

Tempahan untuk syawal tahun ini..

gravatar
Shahabudeen Jalil said...
June 28, 2009 1:18 AM  

ada. tlg email saya di shahabudeenjalil@gmail.com

Post a Comment