Peringatan Sewaktu Merubah Strategi Syarikat
Posted by
Shahabudeen Jalil
Perniagaan adalah sama seperti manusia. Ada perkara tertentu yang perniagaan fikirkan, amat sukar untuk diubah dalam bentuk pelaksanaan. Kerjasama dari pengarah urusan sehingga kepada pekerja paling rendah diperlukan.
Untuk melakukan reformasi dalam syarikat anda, dapatkan penyertaan daripada semua orang yang terdapat dalam syarikat. Setiap orang adalah penting dan memainkan peranan masing-masing.
Penglibatan
Libatkan semua tingkat pekerja anda dalam memberi pendapat terhadap strategi dan halatuju baru. Walaupun pendapat mereka tidak diterima, mereka akan merasakan mereka adalah sebahagian daripada keputusan yang dibuat. Ini lebih berharga dari ganjaran wang ringgit.
Penglibatan ini boleh dibuat dengan bertanya mereka soalan-soalan berikut :-
Penglibatan ini boleh dibuat dengan bertanya mereka soalan-soalan berikut :-
"Apa lagi yang boleh kita perbaiki ?"
"Di mana titik kelemahan yang kamu lihat ?"
"Apa yang dapat kita jimatkan ?"
"Barangan apa yang mudah dijual ?"
Soalan-soalan begini akan membuatkan pekerja anda merasa mereka adalah sebahagian daripada syarikat itu. Dengan itu, mereka akan bekerja bersungguh-sungguh, bukan hanya kerana wang ringgit, tetapi kerana ingin memajukan syarikat 'mereka'.
Penerangan
Setelah keputusan dilakukan oleh pentadbir syarikat anda. Pastikan keputusan ini disampaikan semula kepada pekerja-pekerja anda.
Ini untuk mengelakan mereka daripada tertanya-tanya. Sekurang-kurangnya mereka faham, syarikat bertanya soalan dan sekarang pula memberikan jawapan.
Dalam proses penerangan ini juga, pastikan anda terangkan kenapa anda mengambil sesuatu keputusan. Pastikan penerangan jelas dan terangkan juga mengenai peranan setiap pekerja.
Melalui kaedah penerangan ini, pekerja dapat faham apa halatuju baru syarikat ? Apa sasaran baru syarikat ? Siapa yang berperanan untuk satu-satu bahagian/tugas ? Apa yang diharapkan oleh syarikat daripada setiap individu ?
Kedua-kedua perkara ini sangat penting.
Jika anda abaikan yang pertama, perubahan strategi yang kita bakal lakukan akan mengejutkan pekerja dan ini akan memberi kesan kurang baik kepada syarikat. Pekerja juga akan menjadi keliru dengan perubahan dan memerlukan masa yang panjang untuk berubah.
Jika anda abaikan yang kedua. Pekerja akan tertanya-tanya, kenapa ditanyakan soalan tempoh hari. Biasanya mereka akan menjangka bahawa syarikat ini mempunyai masalah dan menunggu masa untuk membuang pekerja atau tutup. Ini akan merendahkan motivasi pekerja dan sekaligus membuatkan pelaksanaan strategi ini menjadi lenah dan tidak berjaya.
Libatkan semua orang yang terlibat dalam syarikat anda dalam membuat keputusan.
Terima kasih
Shahabudeen Jalil
7 April 2009
Guangzhou, China
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


May 12, 2009 6:11 PM
good artikal shah kl... tulis lagi
Post a Comment